-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20111205

Senarai Kubur Bersejarah Orang Pahang

Berikut adalah senarai kubur-kubur lama Orang Pahang yang diusahakan oleh Neguai. Senarai ini masih tidak lengkap dan kerja kemaskini senarai ini akan terus dilakukan jika terdapat maklumat baru. Senarai ini dibuat berdasarkan sumber lisan dan tulisan. Masih terdapat banyak perkara yang boleh dikaji dan dibahas. Usaha yang dilakukan oleh Neguai hanyalah pada peringkat menyenaraikan apa yang orang kata dan tulis sahaja. Sama-samalah kita mengali kebenaran cerita setiap kubur tersebut.

Semoga ada yang berminat menjaganya. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua ahli kubur, ibubapa kita dan tok nenek keturunan kita, Al-Fatihah.

A. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH BERA
klik DISINI.

B. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH TEMERLOH
klik DISINI.

C. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH BENTONG
1. Bentong: Dato' Hussein bin Awang Muhammad Taib.

D. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH JERANTUT
1. Kg Pulau Tawar: Malim Yunus] Dikawasan Kubur Kg Masji@Kg Kedongdong, Tiga Kubur (Perempuan, Isteri Kepada Sultan Muhammad Atau Sultan Ahmad)}Dikawasan Telok.
LINK [Moyang Mualim Yunus - yang mana kubur beliau ditandai dengan pokok besar berhampiran makam mat kilau]




2. Kg Pulau Tawar: lamanpahang.blogspot.com. Kawasan Tanah Perkuburan Besar Pulau Tawar. Bersebelehan kubur ibunya Teh Mahada.

3. Kg. Pulau Tawar: Teh Mahada (Ibu Mat Kilau). Bersebelahan kubur anaknya Mat Kilau.

4. Kg. Ulu Cheka. Kubur Pawang Nong. Dalam kawasan masjid Ulu Cheka. Sebelah kanan berhampiran pintu masuk.(07052012)

5.  Makam Ketapi, Kg Chebong Tembeling Temgah-Ini makam Tun Abdullah ibni Tun Da ( Tun Tusuf Pedah ) ibni Raja Bendahara Pahang Tun Abdul Majid (04.04.2013-WZWH)

6. Makam Bukit Hangus Kg Bantal Ulu Tembeling-Ini makam Engku Khatib ( Wan Endut ) bin Tun Abdullah dan Puteri Daing Khadijah dari Brunei yang berkahwin dengan Che Wan Ahmad bin Engku Khatib. ( 04.04.2013 - WHWZ)

E. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH RAUB
1. Kg Kuala Temau: Tok Sharom} Dikawasan Kuala Temau, Dekat Ajai.

F. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH LIPIS
1. Bukit Betong: Pendekar Endol}Dikawasan (   )Bukit Betong

2. Tanjung Rambai: Pahlawan Pahang bergelar Maharaja Setia Raja Hj. Wan Daud bin Wan Pahang atau lebih di kenali sebagai Orang Kaya Haji Lipis. Kawasan kubur ini dari simpang masuk ke Kg. Binjai lebih kurang 5km. Terletak di kawasan tinggi berbukit, menghadap sungai Lipis. Sumber: marisma.multiply.com.

3.  Kg Relong: kubur Datok Linggi. Makamnya bawah Kundang Kuala Relong. Baca:toklinggi-zulkarnain.blogspot. Lihat: makam-datuk-linggi.

kemaskini:26.4.2012
G. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH MARAN/CHENOR
1. Kg Bukit Segumpal: Tok Panglima Taidin, Imam Sahadan@Tok Batin Sungkai (Pupu Tok Mengkarak 2), Panglima Abdullah@Dollah Kancil@Pertada Kepada Sultan Abu Bakar}Dikawasan Kubur Lama Bukit Segumpal (Tepi Sg Pahang).

2. Seri Jaya: Raja Budu@Batin Budu Yang Dikalahkan Oleh Sultan Ahmad}Dikawasan Tongkiat.

3. Maran: Adik Beradik Tok Ngah Bera} Dikawasan Kg (    )Maran.

4. Pengkalan Balai, Chenor kubur pahlawan Tok Parit dan Tok Tunggal. Mereka adalah panglima yang mengiringi Raja Pahang ke Daik. (Sumber Tuan Jamaluddin)

5. Makam Tok Kaya Kandis (Kampung Kandis, Chenor, Maran)

kemaskini:2.11.2018

H. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH KUANTAN
1. 

I. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH ROMPIN
1. Kuala Rompin: Panglima Ahmad}Dikawasan Kg(    )

J. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH PEKAN


1. Raja Muhammad bin Sultan Mansur Shah

K. KUBUR BERSEJARAH DI LUAR PAHANG
1. Kelantan, Ulu Lebir: Saudagar Ming@Katib Ming Bin Tok Sharom(Ayah Saudara Mat Kilau}Dikawasan Kg Ulu Lebir

2. Kedah, Kubang Pasu: Tok Malek (Susur Dari Bendahara Petani 3@Puak Orang Perba Jelai), Seri Bulan@Seri Pagi Binti Tok Kebayan@Tok Mengkarak I}Dikawasan Kubang Pasu.

3. Perak: Tok Biah (Pupu Tok Mengkarak 2)}Dikawasan (    )Negeri Perak.

4. Johor: Tok Ju (Adik-Beradik Tok Biah) Dikawasan (    )Negeri Johor.

5. Selangor: Tengku Kudin(Anak Alam Shah@Pupu 40 Serimenanti)}Dikawasan(    )

6. Terengganu: Tok Gajah} Dikawasan Kuala Berang.

7. Negeri Sembilan, Jelebu. Kubur Nakhoda Zainal (Jenal) yang mati diracun. (24022012)

8. Terdapat peninggalan kg.lama dan kubur kuala arin kuala kerai dipercayai anak cucu pelarian peperangan mat kilau di ulu lebir  (04.04.2013 -Syapul)

50 comments:

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Kajian yang baik, tapi kubur Datok Linggi,diKg Relong,Kuala Lipis tidak anda masukan .Sila lihat Kajian saya bertajuk " Teori Raut Wajah dari Perspektif Islam Satu Penerokaan: Kajian Susur Galor Waris Datok Linggi atau Sultan Ahmad ,Sultan Pemerintah Johor-Riau- Linggi" yang pernah saya paparkan dalam Cakna Pahang

. said...

Dah senaraikan kubur Datok Linggi,diKg Relong,Kuala Lipis.

Terima kasih Dr. Aminudin Abdul Karim

nani said...

kubur2 lama di pekan, byk yg menyimpan sejarah Pahang purba/lama. dari susur galur sultan melaka, johor-riau dan kerajaan acheh. Makam chondong, makam pahang tua, makam tok tuan dll.

Indera Segara said...

Salam.

Kubur Tok Mengkarak - Tanah Perkuburan Kg. Mengkarak, sebelah masjid.

Kubur Orang Kaya Indera Segara Temerloh 5 generasi di lokasi yang sama.

Mohon paparkan.

. said...

Kepada saudara Indera Segara: kubur tersebut telah disenaraikan disini.
[http://lamanpahang.blogspot.com/2012/06/kubur-lama-di-kawasan-bera-pahang.html]

. said...

Kepada Nani, buat masa ini pihak kami belum berkesempatan melakukan jejak kubur di Pekan. Mana-mana yang Nani tahu boleh maklumkan kepada kami untuk diterbitkan.

syapul said...

salam..terdapat peninggalan kg.lama dan kubur kuala arin kuala kerai dipercayai anak cucu pelarian peperangan mat kilau di ulu lebir

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Laman Pahang,

Terdapat 2 kubur bersejarah di Jerantut di Lembah Tembeling:

1) Makam Ketapi, Kg Chebong Tembeling Temgah-Ini makam Tun Abdullah ibni Tun Da ( Tun Tusuf Pedah ) ibni Raja Bendahara Pahang Tun Abdul Majid

2) Makam Bukit Hangus Kg Bantal Ulu Tembeling-Ini makam Engku Khatib ( Wan Endut ) bin Tun Abdullah dan Puteri Daing Khadijah dari Brunei yang berkahwin dengan Che Wan Ahmad bin Engku Khatib.

. said...

Terima kasih Saudara Syapul dan Saudara Wan Zamzuri Wan Hasenan kerana berkongsi maklumat. Telah dimasukkan dalam 'Senarai Kubur Bersejarah Orang Pahang'.

Anonymous said...

Salam Laman Pahang,

Saya dari Siputeh, Perak. Diceritakan Che Wan Puteh (adinda Tun Mutahir) pernah berkahwin dgn Raja Mandailing; Raja Asal. Kemudian berkahwin dgn saudara Raja Asal iaitu Raja Mahmud selepas baginda mangkat.

Di perkuburan Siputeh ada seperti kubur orang2 kenamaan yg terbiar, yang dipercayai kubur Che Puteh dan pengikutnya. Orang2 tua di siputeh ni selalu mengaitkan kedatangan org2 rawa, mandailing, talu dr sumatra ini bertitik tolak dr Pahang.

Mungkin dua nama tempat Seputeh di KL dan Siputeh di Perak ada terkait dengan kerabat wanita Pahang ini.

Wallahualam.

nad_ikaz@yahoo.com.my

. said...

Terima kasih kerana berkongsi makulmat Seputeh/Siputeh. Pihak kami telah lama memikirkan perkaitan antara nama-nama yang serupa di beberapa tempat.

Anonymous said...

che wan putih tu bukan adik tun mutahir...dia tu anak perempuan tun mutahir... sila semak dengan warisnya ;[tun] suzana bin [tun] osman.

Anonymous said...

indera segara;...orang besar [kaya indera segara dengan orang kaya temerloh adalah orang yang berlainan.
jawatannya pun lain, lantikannya pun bermula zaman yang berlainan.

orang besar indera segara dipegang oleh orang berempat, dilantik dizaman sultan pahang waris melaka yang akhir. orang yang pertama dilantik ialah..tok paus.anak atau cucu kepada imam muda mamat@ [keramat] buntut pulau bin imam dol bayan. dia adik beradik tok mengkarak.[jawatan ini adalah sebagai pemegang amanah pahang danianya adalah jawatan yang perlu dipusakai dan dijaga oleh warisnya]

orang kaya temerloh dipegang oleh orang berlapan, dianugerah oleh wan ahmad[sultan ahmad 1 bin bendahara tun ali], orang yang dianugerahkan tu adalah tok bahaman [orang kaya temerloh bukannya jawatan dan tidak dipusakai sebab ia anugerah kawasan].

Anonymous said...

salam dr. aminudin abd karim...dengan maklumat tuan tu,,, telah ada dua orang yang menggunakan gelaran tok linggi di pahang,,, yang satu lagi kuburnya ada di daerah bera.

Anonymous said...

syapul;...maklumat tuan tu betul,,, tapi pengkisahannya belum boleh diceritakan,,,maaf.

Anonymous said...

Assalam... LP hamba mohon pencerahan.. Adakah Dato Linggi merupakan keturunan Raja .. Adakah Beliau termasuk dalam moyong 16 ..? dan adakah beliau mempunyai amanah penting yang disampaikan dalam susur galurnya ... yg diketahui keturunan Dato Linggi mempunyai salasilah yang dipanggil sebagai teghembe ... mohon pencerahan kepada yang berkenaan.. terima kasih..

. said...

salam dr. aminudin abd karim...dengan maklumat tuan tu,,, telah ada dua orang yang menggunakan gelaran tok linggi di pahang,,, yang satu lagi kuburnya ada di daerah bera.

-----
Terima kasih dr. aminudin abd karim kerana memperkenalkan diri. Orang persatuan sejarah, penulis dan pengkaji macam dr. aminudin biasanya tidak sembunyikan diri.

Terima kasih dr. aminudin kerana menimbulkan persoalan ini.

. said...

syapul;...maklumat tuan tu betul,,, tapi pengkisahannya belum boleh diceritakan,,,maaf.

-------

Terima kasih syapul kerana mengesahkan maklumat tersebut.

Kita semua kena terima bahawa tidak semua perkara boleh dibuka disini.

. said...

Assalam... LP hamba mohon pencerahan.. Adakah Dato Linggi merupakan keturunan Raja .. Adakah Beliau termasuk dalam moyong 16 ..? dan adakah beliau mempunyai amanah penting yang disampaikan dalam susur galurnya ... yg diketahui keturunan Dato Linggi mempunyai salasilah yang dipanggil sebagai teghembe ... mohon pencerahan kepada yang berkenaan.. terima kasih..

-------
Terima kasih tuan yang tidak bernama atas pertanyaan ini.

Kepada 'tukang jawab' mohon dipertimbangkan untuk diberikan jawapan disini setakat yang boleh.

Mohon yang bertanya memeperkenalkan diri.

Maaf kalau tersalah tulis.

Anonymous said...

Assalam... LP hamba mohon pencerahan.. Adakah Dato Linggi merupakan keturunan Raja .. Adakah Beliau termasuk dalam moyong 16 ..? dan adakah beliau mempunyai amanah penting yang disampaikan dalam susur galurnya ... yg diketahui keturunan Dato Linggi mempunyai salasilah yang dipanggil sebagai teghembe ... mohon pencerahan kepada yang berkenaan.. terima kasih..

-------
Terima kasih tuan yang tidak bernama atas pertanyaan ini.

Kepada 'tukang jawab' mohon dipertimbangkan untuk diberikan jawapan disini setakat yang boleh.

Mohon yang bertanya memeperkenalkan diri.

Maaf kerana tiada terlebih dahulu memperkenalkan diri... hamba mohon memperkenalkan diri .. hamba dari susur galur ibu berasal dari lubuk kulit dan bapa dari bukit betong ..
Tujuan hamba bertanya di sini adalah untuk memahami akan susur galur hamba serta kepentingannya kepada dunia akhir zaman

Anonymous said...

salam...dr aminudin abd karim dan waris tok linggi[lubuk kulit@bukit betong,,,

tok linggi[kubur di kg relong,kuala lipis,,,bergelar raja dalam @tok linggi [1]. campuran@kacukan
berketurunan kerabat melaka @ kerabat seri menanti.
tok linggi [kubur didaerah bera] itu pula adalah anak nya...tok linggi [2]@[haji ...] bin tok linggi[1],,,bini di linggi.
tuan kena semak tok linggi ada berapa bini dan susun mengikut induk@ibu [barulah jumpa waris dan tidak silap menyusun susur].

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

saya berada diluar negara agak lama kerana urusan menyelia pelajar-pelajar PHD.Untuk makluman beberapa kajian dibuat Tok Linggi adalah Sultan Kerajaan Riau Lingga Johor yang ditabalkan pada 1761 yang dikenali sebagai Sultan Ahmad I Riayat Shah Ibni Al-Marhum Paduka Sri Abdul Jalil V Muadzam Shah.

. said...

Terima kasih Dr. kerana berkongsi maklumat.

M.Hanif Hafiz said...

Salam
mohon disertakan juga kubur Tok Perak di gesing
juga dukacita untuk saya maklumkan bahawa kubur tok shaharom di kuala temau pada ketika ini dalam bahaya kerana tanah tempat perkuburan tersebut sedang dibersihkan..

. said...

Terima kasih M.Hanif Hafiz,

Kerana berkongsi maklumat dan melaporkan perkembangan semasa.

jamaluddin said...

Nama2 orang dulu ada perkataan Batin....spt Batin Pak Sipang,Batin Mahgalang.Batin Sungkai,Batin Sebok...mereka adalah pembesar2..mengapakah berlaku demikian?

Anonymous said...

salam...tuan dan puan.

jamaluddin,,,batin bermaksud ketua (ia bukan terjemahan kepada peristiharan asli selepas 1948*mengikut undang-undang malaysia).
nama itu adalah nama gantian bagi mereka selepas keluar dari pagar ruyung bagi tujuan kesufian diri(FEKAH)dan merendah diri.

m.hanif hafis,,,bukan setakat ditemau je yang di bersihkan, tempat lain pun sama...atas sebab waris-warisnya tak berkeyakinan bila disebut@dinyatakan yang kubur moyang mereka berada di tempat yang tersebut.kita sebagai waris hendaknya memberi penghormatan dalam penjagaan kubur moyang.

Anonymous said...

salam...
kubur tok pandak @ panglima pandok pulau tawar,jerantut... berada di kg telok sentang bersama 200 kubur tenteranya(yang telah disodok rata)
tok pandak ini cucu kepada malim yunus dan anak sedara sepupu kepada mat kilau.
susunan susur keturunannya(warisnya sekarang)
1.tun razak bin husain bin taib bin pandak.[ikut susur bini pertama taib]
2.hj kadir bin awang long bin taib bin pandak[ikut susur bini kedua taib]

jamaluddin said...

Di Pengkalan Balai,Chenor juga terdapat kubur pahlawan Tok Parit.Beliau adalah panglima yang mengiringi raja Pahang ke Daik.

. said...

Terima kasih Tuan Jamaluddin atas info kubur pahlawan Tok Parit di Pengkalan Balai,Chenor.

Anonymous said...

salam tuan@puan...
terima kasih tuan jamaluddin.

koi memang berhajat menjengok kubur-kubur lama di bukit segumpal dan lain-lain kubur di kawasan chenor. dan koi juga sedang mengesan kubur tok@che chenor dan tok@che guai serta ibunya(puteri!!!), yang telah hilang ditelan zaman.inshaalah. kubur adiknya(der yang@sider,gelarannya) dan kubur ayahda mereka sahaja yang dapat dijumpai.masanya masih tidak kesampaian utk koi buat masa ini.

jamaluddin said...

Baru-baru ni 6 kubur lama di Padang Gayang,Bkt Segumpal Chenor telah digali dan dipindahkan ke perkuburan di Cherok Tualang,Chenor(Sinar Harian 15 OGOS 2014)...boleh admins siasat kubur siapakah yang terlibat kerana dianggarkan berusia lebih 200 tahun

jamaluddin said...

Baru-baru ni 6 kubur lama di Padang Gayang,Bkt Segumpal Chenor telah digali dan dipindahkan ke perkuburan di Cherok Tualang,Chenor(Sinar Harian 15 OGOS 2014)...boleh admins siasat kubur siapakah yang terlibat kerana dianggarkan berusia lebih 200 tahun

Unknown said...

as,salam maaf bertanyer...dimana perkuburran...orang kaya kecik..panglima kuris...anaknya bujal..dan cucunya bakar....

Unknown said...

saya anaknya saeram bt abu bakar..
waris pd orang kaya kecik...panglima kuris..saeram adalah anaknya bakar..yg masih ada lag..usianya 78 tahun....sy ingin mencari..perkuburan..moyang sy...selagi ibu sy masih hidup..minta kerja sama..saudara..
hubunggi sy 0179676062...shaiful

jamaluddin said...

Assalamualaikum wbkth

Saya mendapat maklumat perkuburan Pangkalan Balai Chenor juga terdapat kubur TOK TUNGGAL,bersebelahan dengan kubur TOK PARIT.Sekian harap maklum

waris pahlawan tanggok said...

Pusara Pahlawan Tanggok di perting bentong, takdepon tersenarai. Makanye telah musnah ditelan pembangunan... sedih says pusara moyang sudah tiada bertanda...

jamaluddin said...

MALIM BAHAN diceritakan tinggal di Bukit Segumpal adalah adik beradik Tun Beringin dan Tok Balih yang tinggal di Seri Menanti...harap tuan admins dapat mencari susurgalur mereka.Terima kasih

jamaluddin said...

MALIM BAHAN diceritakan tinggal di Bukit Segumpal adalah adik beradik Tun Beringin dan Tok Balih yang tinggal di Seri Menanti...harap tuan admins dapat mencari susurgalur mereka.Terima kasih

Anonymous said...

salamun..tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

kenapalah tuan@puan suka sangat berikan nama-nama glemor orang tua-tua dulu,ceacu berikan nama adat atau nama fekah mereka.

sebut tok parit, tapi siapa dia tu kepada tuan.
sebut tun beringan,tapi sia dia tu kepada tuan.
sebut pahlawan tanggok atau tok tanggok, tap[i siapa dia tu kepada tuan.
tak kenal lagi ke kepada moyang sendiri.
sebut pagar ruyung, tapi apa hubungan tuan dengan pagar ruyung tu.
masih belum jumba ke diri sendiri yang dicari.

Unknown said...

Salam tuan.. Kubur haji mat lela bin buang di kampung merchong...jika tuan ingin tahu tempatnya boleh hubungi saya di 0129460549..(khairul)..

Unknown said...

As Salam..koi waris panglima garang ishak bin daud berasal dr lanchang.Beliau bersama-sama membantu perang saudara di selangor/perang klang & terus tinggal di selangor.Mempunyai anak angkat bernama Kontik kamariah yg berketurunan cina yg mana beliau adalah tokoh wanita di malaysia.Mohon bantuan saudara sekalian jika ada info dimana kubur panglima. Waris yg lain tidak diketahui.. hubungi sy di 0179541534.. t.kasih

Anonymous said...

Aslmualaikum Admin kawasan Pekan terdapat juga Kubur lama dari Kg Tanjung Pulai ,Kg Tebat dan Lepar..blh lihat sndri Pahat ukiran yg ada T kasih

W M Naim said...

Assalamualaikum.....

Nama saya W M Naim Shukri bin Mohamad

Saya susur galur Encik Wan Ismail bin Tun 'Abdu'llah.. ..

Berhajat untuk bertemu dgn susur galur yg tak pernah bersua muka. ..

Keluarga berada di Besut Terengganu. ...Moyang saya adalah Tok Gawa Wan Leh @ Wan Muhammad Salleh (Penghulu Kg Raja Besut Terengganu) bin Tok Wan Musa

Mohon kerjasama untuk hubungi saya 0133689247.

Terima kasih.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


adapun kita ini hanya boleh bercakap dan membentangkan sahaja ,akan tempat atau kawasan kubur yang bersejarah itu di seluruh malaysia atau di pahang ini,sebaliknya kalau setakat dibentangkan dalam blok laman pahang ini,makanya cerita ajelah yang jumpa,kuburnya entah kat mana-mana.

makanya kubur-kubur itu terbiar juga lah,tiada permulihan dan penjagaan oleh cucu cicit si jasad dalam kkubur itu. dan jangan diharapkan sangat kepada orang lain untuk menjalankan tugas pemuliharaan kepada kubur moyang sendiri,dan kalau cucu cicit sendiri tak nak buat. jangan mengeluh lah,cucu cicit bukannya miskin,bertimbun yang kara raya, dari sebab dari hasil usaha moyang yang duduk dalam kubur tu.

dan kalau moyang yang dalam kubur itu dahulu tak istikomah, tak ke hidup cucu cicit dia yang ada sekarang ini,senang lenang dan mewah. dalam pada itu pun, ada kalangan cucu cicit nya yang tak sedar diri juga,ego sampai ketelinga. mulut, jangan cakap lah celuparnya.macam tak pernah baca ayat al quraan.

Unknown said...

Assalamualaikum.. Kubur panjang Pahlawan Ahmad ada di Rompin Pantai Bernas...sekarang dia buat dapur kubur tu jadi pendek pulak... Kalau asal memang kubur tu panjang.. Harap maklum

Mat said...

Assalamualaikum.....makam puteri che Siti Fatimah(darah putih)mati dibunuh di tebing sg.pahang dekat batu gajah..Che Siti Fatimah anak kepada tok raja hulubalang Tanjong belawan Ali..

i k l i l Bendahara said...

assalamualaikum wbt
alhamdulillah syukur kerana serba sedikit dapat diketahui perihal kubur atau makam insan yg terdahulu dari kita. kisah di pahang ini amat menyedihkan terutama apabila berlaku bya perang saudara di pahang dan asbab musababNya yg tidak diketahui rakyat kebanyakan. sesuatu yang telah berlaku serta mencelarukan rakyat jelata pahang. ianya amat menyedihkan. kemudahan tidak spt dimasa ini adanya. kebenaran itu mutlak milik Allah SWT dan akan tersingkap bila sampai masaNya. memang menyedihkan kerana ramai yang telah terkorban. amat menyedihkan apabila fitnah menutupi kebenaran. beruntunglah kepada keluarga jurai keturunan yang ada dapat menziarahi kubur atau makam jurai nasab keturunan yang ada. sebagai anak pahang jati tertanya tanya dimana letaknya makam insan syahid Sultan Pahang Bendahara Tun Mutahir ibni Tun Ali yang dimakamkan di bukit timbalan johor dan dikatakan telah dipindahkan ke tempat lain malah ada yg mendakwa ditolak & dilenyapkan begitu sahaja makam tersebut. Astarfirullahalazhim, ianya amat menyayat hati kerana ianya makam sultan yang syahid dalam pertempuran mempertahankan agama serta negeri nya. pihak di johor pula hanya mendiamkan diri perihalnya. Daulat itu anugerah Allah SWT buat tonggak agama @ ketua agama. Daulat bertukar menjadi Tulah sekiranya kebenaranNya dinafikan dan ianya mengundang bala musibah dan kehancuran. 21 kesultanan melayu telah tumbang selama ini cuma berbaki tidak sampai 10 yg masih ada.kemodenan yang semakin menghancurkan jati diri bangsa melayu serta agama. dunia sudah berada difasa akhir zaman dan kepada Allah SWT setiap diri makhluk itu akan dikembalikan nanti. kebenaran dan kemungkaran ada nilaian akhiratNya. apalah nasib anak bangsa cucu cicit peninggalan kita nanti sedang dimasa ini bangsa melayu semakin terpinggir dan hilang kuasanya. pemimpin yg ada pula hanya memikirkan manafaat buat diri lebih dari segalanya. roh keislaman semakin ditekan dan semakin hilang. itulah hakikat kebenaranNya. semoga Allah SWT hadirkan buat kita berbangsa melayu ini pemimpin islam yang sebenar yg membawa islam sepertimana pembawakan Rasulullah SAW dan menyelamatkan amal kehidupan duniakhirat umatnya atau rakyat jelata yang ada.. semoga diri diri kita yang ada menjadi makhluk keredhoanNya dan umatnya yg selayak nilaianNya dengan baki hayat yg masih ada serta sedar dan insaf perihal segalaNya. in sha Allah. Aamiin.. Allahu Ya Karim Ya Hu Hu Haq Ya Zalljalali Wal Ikram.. allahumma solli ala saidina muhammad wa ala alihi muhammad

Jamizal said...

Assalamualaikum Dr.

Kajian Dr ada dibukukan tak? Saya berminat untuk dapatkannya.

Cik Niys said...

Assalamualaikum tuan.. Jika boleh saya menambah, makam ulama pertama Pahang, Tok Montok ade di Tanah Perkuburan Kg Pasir Panjang. Namun sayang, tidak ditandakan..warisnya ade di kg ketapang hilir