-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120729

20 Pendekar 2 pertemuan dua beradik

Dalam sebuah negeri terdapatnya dua orang adik-beradik yang sangat ahli dalam persilatan dan mereka ini asal nya dari tanah seberang yang berhijrah ketanah melayu. Kedua beradik ini selepas hijrahnya, telah terpisah kerana mendapatkan haluan masing-masing dan tidak berhubung antara satu sama lain.

Ini adalah cerita pertemuannya kedua beradik yang tersebut.
Suatu masa pada zaman nya yang tersebut oleh orang tua-tua, telah diadakan pertandingan atau permainan silat (untuk pemilihan hulubalang dan pendekar oleh raja. Ya atau tidak wallahualam). Maka ramailah pendekar yang mencuba nasib termasuklah anak murid kedua beradik ini.

Dalam hari pertandingan itu kedua anak murid dapat mengalahkan lawan masing-masing dan sampailah masa pertemuan mereka berdua(anak murid kedua beradik). Maka bermainlah mereka keduanya dengan buah permainan yang serupa, bertepis, menyerang,langkahnya, elaknya, tumbuknya dan tarinya, semuanya sama dan serupa. Tiada yang kalah dan tiada yang menang.

Kedua anak murid yang tersebut merasa hairan dan telah letih kerana permainan mereka tiada berkesudahan, jadi mereka pun memberentikan permainan itu dengan seri disebabkan keletihan.(pemenang pertandingan tersebut tidak diketahui, kerana sudah tidak diperdulikan oleh mereka lagi).

selepas hilang penat keduanya tadi bertemu semula untuk bertanya khabar sambil merisik akan silat yang dipelajari oleh masing-masing. Kembali kepada kedua beradik itu pula, semasa pertandingan tersebut, salah seorang dari mereka tiada disana. Dan anak muridnya sahaja yang menjadi wakil dan juga peserta dalam pertandingan itu.

Berbalik kepada anak murid semula, yang kedua itu diajak nya bertemu dengan gurunya yang ada bersertanya. Diceritakan lah oleh murid pertama akan hal mereka itu dan juga diceritakan oleh anak murid kedua pula. Maka siguru murid pertama menjadi amat teringin untuk berjumpa dengan siguru murid kedua kerana dia merasakan yang mereka ada pertalian (tiada orang lain yang mengetahui akan permainan silat yang tersebut kecuali mereka berdua beradik sahaja dan silat itu di ajarkan oleh bapa mereka berdua dan tidak kepada orang lain).

Selesailah hari pertandingan itu dan masa untuk bersurai balik, maka dipesankan oleh guru si pertama kepada sikedua, katanya”sampaikan salam kepada gurumu dan jemputlah ketempat kami”.

Sesampainya sikedua ditempat gurunya selepas balik dari pertandingan itu, maka diceritakan oleh sikedua akan hal disana dan menyampaikan pesan serta salam dari giru sipertama. Guru sikedua dalam firasatnya , itulah abangnya yang telah lama tidak ditemuinya, maka bersegeralah dia berangkat pergi mendapatkan abangnya itu.

Seperti layaknya pendekar dipertemuan itupun (yang pertama selepas sekian tidak berjumpa) sudi-menyudi dalam permainan tetap terjadi walaupun mereka tahu mereka kedua adalah adik-beradik.

Permainan mereka disaksikan oleh ramai anak murid guru sipertama, sehinggakan yang melihat menjadi lebih letih dari yang bermain kerana permainan kedua beradik itu tidak mahu habis-habis dan tiada yang mahu mengaku kalah. Siabang (guru sipertama) yang sebenarnya ingin menduga siadik(guru sikedua). Siadik pula sudah merasa letih tetapi tidak mahu mengaku kalah, maka dikeluarkannya buah rahsianya (diciptanya sendiri). Yang menyebabkan siabang tidak boleh bergerak dengan buah yang tersebut. Lalu kata siabang,”aku malas main dengan engkau kerana engkau main tipu”. Dan dijawab oleh siadik,” bukan tipu, itu buah baru”. Maka dilepaskanlah siadik akan siabangnya lalu memohon maaf…wallahualam.

No comments: