10.02.2017 Jumaat
Dimasjid Tanah Putih Baru ini makmum berpeluang mengimbas kembali tentang takwa. Perkataan Takwa ini amat sering kita dengar dan amat mudah disebut. Tetapi bukan mudah untuk kita memahami pegertian sebenarnya.
Jika masih dibeli peluang oleh Allah untuk bernafas maka kita boleh menambah kefahaman masing-masing tentang takwa sehinggalah selepas solat Jumaat ini.. Imam masjid hanyalah pembuka hidayah kepada sesiapa yang mendengar dan menghayati tajuk yang disampaikan.
Kita perlu memahami Al Quraan supaya memahami tentang takwa. Kerana pada Al Quran tidak ada yang boleh diragukan. Maka iulah petunjuk bagi mereka yang bertakwa yaitu mereka
-yang beriman kepada yang ghaib,
-yang mendirikan shalat dan
-yang menafkahkan sebahagian rezki mereka
-yang yakin akan adanya kehidupan akhirat.
-yang tetap mendapat petunjuk
-yang beruntung.
Bukanlah mudah untuk kita menghimpunkan amalan takwa kita. Banyak rantaian perkara yang kita perlu lakukan. Semuanya berkisar tentang diri kita bukan Bukan berkisar tentang apa yang kita hadapi sekarang semata-mata. Tetapi apa yang telah disebut dalam Al Quraan.
Untuk bertakwa kita perlulah
1-Beriman kepada
a--Allah,
b--Hari kemudian,
c--Malaikat-malaikat,
d--Kitab-kitab,
e--Nabi-nabi dan
2-Memberikan harta yang dicintai kepada
a--Kerabat masing-masing,
b--Anak-anak yatim,
c--Orang-orang miskin,
d--Musafir yang memerlukan pertolongan dan
e--Orang-orang yang meminta-minta; dan
3-Memerdekakan hamba sahaya,
4-Mendirikan salat, dan
5-Menunaikan zakat; dan
6-Menepati janjinya apabila ia berjanji, dan
7-Bersabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan.
Sampai kesaat ini saya tidak sedar bahawa memberi kepada ORANG-ORANG YANG MEMINTA-MINTA adalah salah satu jalan takwa.
Akhirnya sama-samalah kita menilai takwa pada diri masing-masing. Bukan menilai takwa pada orang lain. Sehinggalah kepada kesimpulan bahawa apa yang ditulis disini adalah untuk diri saya sendiri. Ilmu yang ditimba di khutbah Jumaat ini akan digabungjalinkan dengan khutbah Jumaat seterusnya.
[Kebijikan Khairat Al Muttaqim]
1 comment:
salam, tuan puan.
pepatah orang tua mengatakan:[berani kerana benar,takut kerana salah].kiasnya;
bukan soal pepatah ini yang hendak di bicarakan, yang hendak di perkatakan adalah sifat benar dan sifat salah itu didalam berani dan takut diri manusia.
benar itu sangat bagus;sebaliknya bukan semua benar boleh di bentangkan kepada orang yang ramai,maka bergitu juga dengan salah.
ada kalanya benar itu perlu disuruk kerana dibimbangi ia disalah gunakan,maka bergitu juga salah.
oleh itu istilah berani dan takut itu perlu ada dalam budibicara apabila hendak dipergunakan.
kebenaran adakalanya ;diwajibkan untuk dibuka,perlu di buka,harus di buka sebagai ilmu ,sebagai pengajaran,sebagai penyelesaian,sebagai jawapan; dan kesalahan juga sama bergitu, sebaliknya kebenaran dan kesalahan adakalanya tidak dibenarkan di buka dan di terangkan kepada orang yang ramai,sebab dibimbangi menyebabkan malapetaka yang dasat kepada manusia.
maka kesalahan dalam bab dendam,kelahi yang menyebabkan kematian,permusuhan; tidak perlu berani-berani dibuka.kerana itu salah laku yang mengaibkan.yang boleh menyebabkan dendam dan permusuhan semakin melebar kepada orang yang kemudian,ianya menjadi fitnah yang merosakkan.
dalam bab fekah pula;kebenaran itu perlu di cari oleh diri sendiri,dan bukannya sewenang-wenangnya dibuka dan dibentangkan kepada orang yang ramai di bimbangi orang yang mendengarnya akan tersalah menterjemahkan dan menyalahgunakan ilmu-ilmu dari allah itu yang boleh menjadi kan mereka tergelincir dalam beragama,[bawa ilmu songsang lah senang cerita].
maka hati-hatilah apabila bercakap,mendengar,menyampaikan;maka gunakan budibicara dengan akal yang waras apabila menggunakan berani kerana benar,takut kerana salah. jangan sampai yang benar jadi salah dan yang salah jadi benar.
inshaallah.
Post a Comment