-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20180921

Apakah NLP - Neuro Linguistic Programming

Neuro-Linguistic Programming (NLP) adalah suatu kajian secara sistematik tentang perlakuan individu yang cemerlang. Contoh atau modeling bagi keadahnya meliputi 3 aspek utama:
1. Bagaimana berfikir dengan menggunakan otak yang berkait rapat dengan saraf (Neuro),
2. Perhubungan menggunakan bahasa (Linguistic) dan
3. Susunan strategi ke arah tindakan (Programming) dalam mencapai hasil.

Keadah Neuro-Linguistic Programming (NLP), dapat membantu manusia diseluruh dunia dalam kehidupan dan kerjaya mereka termasuklah hubungan komunikasi, keluarga, pendidikan, pemasaran, jualan, kaunseling, terapi, latihan dan pembangunan diri.

Bagaimana NLP Dapat Membantu Setiap Individu?

Setiap insan mempunyai pelbagai kemahuan dan keinginan. Bukan semua mudah dicapai. Sesukar dan sesulit manapun kemahuan tersebut NLP ada keadah yang dapat digunakan untuk mencapainya.

"Apakah yang saya mahu?"
"Bagaimanakah saya boleh mencapainya?"
Adalah dua persoalan yang dijadikan penunjuk arah.

Semua tindakan merupakan perlakuan yang diproses oleh minda. Skrip yang kita buat sebagai kompas akan menjana minda bawah sedar dan seterusnya mempengaruhi hasil yang disasarkan.

Komunikasi dari minda kepada motor pengawal saraf dan otot amat penting bagi menuju kearah yang disasarkan. Disinilah peranan bahasa dalam menghubungkan neuro atau saraf kepada otak berperanan. Ayat SKRIP yang kita buat menjadi isyarat atau kod kepada minda kita.  Setiap isyarat atau kod menghasilkan sesuatu tindakbalas. Jika isyarat atau kod itu dapat ditukar digantikan maka hasil yang diperolehi juga boleh mengubah perlakuan dan permikiran yang lama.Jika proses penukaran isyarat atau kod berjalan lancar ia menghasilkan perubahan dengan cepat.

Trauma dan fobia dapat diubah dalam masa yang pendek.

Contoh:
Apabila SKRIP "takut" atau "benci" ditukar dari dalam minda kita maka hasilnya juga berubah. Hilanglah ketakutan atau kebencian. Kod ketakutan atau kebencian sudah digantikan dengan kod lain. Dan saraf serta otot yang bertindak balas akan mengikut arahan minda melalui kod yang baru.

Ianya nampak amat abstrak tetapi kaedahnya penuh dengan tatacara dan konsep saintifik yang dapat dibuktikan. Hasil yang diperolehi amat mengejutkan.

Adakah anda inginkan sesuatu yang masih dirasakan amat sukar mustahih atau ibarat mencapai bulan, mungkin kaedah NLP dapat membantu anda.

Skrip NLP ini jika digabungkan dengan skrip ketuhanan, moga dapat memberikan impak yang lebih bermanafaat kepada rakyat Pahang.

Terdapat ramai pengamal NLP di negeri Pahang.
Kuantan
Lipis
Pekan
Bentong
Bera
Maran
Rompin

Rujukan:
akademinlp.com

No comments: