KELOMPOK TEMPUR - Kelompok ini melibatkan anggota dan sistem tempur yang berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam peperangan.
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD),
Rejimen Renjer Diraja (RRD),
Rejimen Sempadan (RS) dan
Kor Armor Diraja (KAD).
KELOMPOK BANTUAN TEMPUR - Kelompok kedua ini terdiri daripada anggota dan sistem tentera yang membantu Kelompok Tempur secara langsung di dalam peperangan.
Rejimen Semboyan Diraja (RSD),
Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD),
Rejimen Artileri Diraja (RAD),
Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) dan
Kor Risik Diraja (KRD).
KELOMPOK BANTUAN PERKHIDMATAN - Peranan kelompok ini adalah untuk membantu Kelompok Tempur dan Bantuan Tempur dalam asoek perkhidmatan lojistik dan senggaraan serta perkhidmatan lain yang berunsur pentadbiran.
Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD),
Kor Perkhidmatan Am (KPA),
Kor Perkhidmatan Diraja (KPD),
Kor Ordnans Diraja (KOD),
Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan
Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).
ASKAR WATANIAH - Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang diangotai oleh para sukarelawan. Mereka ini adalah barisan kedua di dalam mempertahankan Negara. Kemahiran anggota adalah standing dengan anggota tetap, malah ada memiliki kepakaran tertentu seperti telekomunikasi, perbekalan air, pengendalian pelabuhan dan pengendalian keretapi.
sumber
army.mod.gov.my
kaptnizam.wordpress
No comments:
Post a Comment