-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20180904

SIAPAKAH TUN TEJA (2)

SUMBER: Khazanah Bendahara Seri Maharaja

Tun Teja Binti Bendahara Seri Amar Diraja MELAKA

Serikandi Tun Teja terkenal sebaris dengan nama serikandi Tun Kudu dan Tun Fatimah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka . Mengikut sejarah Melayu, Tun Teja diberi gelaran “RATNA BENGGALA” yang membawa maksud “INTAN PERTAMA” dari Benggala iaitu puteri kepada Seri Amar Bangsa Diraja, Bendahara Pahang pada abad ke-15.

Tun Teja Ratna Benggala, itulah nama serikandi tidak asing lagi TUN TEJA.

“Tun Teja Ratna Benggala,
  Pandai membelah lada sulah,
  Jika tuan tidak percaya,
  Mari bersumpah kalam Allah.”

Begitulah bunyi pantun yang dipersembahkan oleh Hang Tuah kepada Tun Teja, anak bendahara Pahang yang cantik jelita di akhir abad ke-15.

Sejarah Melayu menggambarkan dengan jelas bagaimana Tun Teja direbut daripada tangan tunangnya Yang Dipertuan Pahang, Sultan Ahmad Syah (1474-1494) oleh Hang Tuah untuk diperisterikan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).

Sultan Ahmad Syah menerima penghinaan daripada Melaka yang terakhir dari tunang baginda, baginda sangat malu dengan rakyatnya lalu bertindak turun takhta dan mengasingkan diri ke Lubuk Pelang. Setelah mangkat digelar Marhum Syeikh.

Tun Teja sebenarnya bermadu dengan Puteri Betara Majapahit. Di atas perkongsian hidup bersama Sultan Mahmud Syah, Tun Teja dikurniakan seorang puteri yang bernama PUTERI AMRA DEWI.

2 comments:

Anonymous said...

salam, tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].

yang dipertuan pahang,sultan ahmad syah itu,bapa saudara benar tun teja lah,[ayah tun teja dan sultan ahdam tu adik beradik seibu seayah,anak sultan mansur syah melaka.

dan hang tuah itu pangkat datuk saudara kepada tun teja lah.[hang tuah berhikmat dengan empat orang sultan melaka,lah].

tun kudu dan tun fatimah tu pangkat nenek saudara kepada tun teja lah.
dan kalau tun teja yang lagi satu tu,lagi lah jauh jarak pangkatnya,rasanyalah,,,,,tujuh ke lapan keturunan kebawah pewarisan mereka.[jadinya nak disebutkan sebagai apa? susuna pangkat keturunan dari anak susun hala keatas ada 10 sebutannya, dan dari anak susun hala kebawah ada 10 sebutannya.

sultan mahmud syah melaka tu pangkat anak saudara kepada sultan ahmad yang dipertuan pahang lah.

yang lari kelubuk pelam tu orang lain lah bukannya sultan ahmad.

puteri bentara majapahit tu nenek tun teja,lah,sultan mahmud tak pernah khawin dengan puteri jawa. yang khawin dengan puteri jawa,adalah anak sultan ahmad yang di pertuan pahang, lah.

kalau kata sultan mahmud syah melaka itu ada berdarah jawa diraja, itu betul,moyangnyanya memang datang dari tanah jawa. siapanya dia tu? cari lah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].

disebutkan 2x5,dengan disebutkan 5x2=jawapannya memang sama;sebaliknya,susun aturnya tak sama.

2x5;itu disebut sifir 2.

dan 5x2; itu pulak disebut sifir 5.