-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20180930

Selamat Pulang Langit September

Langit September ( 2 )

Oh Langit September
setahun yang lalu
aku berpuisi
dicelahan jari kakimu
tentang segala didadamu
memuja segala kecantikkanmu
dari jauh aku terpukau
terpaku kelu
bersama sidia setia disisiku

selamat pulang Langit September
maafkanku tiada rezekiku
mendakap indah
segala memori
diatas puncak dadamu
inginku raikan puisiku
kuraikan bersama kesayanganku
menjelajah bersama
berswafoto bersama
bercerita bersama lagi
tentang kau aku
dan Puisi Langit september
yang telah lahir dicelahan jarimu
setahun nan lalu

oh Langit September
selamat pulang
usahlah kita bersedih
mengalir air mataku
seraut wajahmu indahmu
kian kelam berawan kelabu

segala suka duka
yang hidup
hanya sejenak
cukup indah untuk kukenang
segala jerih perih
susah senang
tangis tawa
adalah rencah penyambung
setahun cerita yang
tak pernah padam

sayangku
aku amat menyayangimu
menyayangimu september
kerna cerita kau dan aku
tak pernah hilang
andai esok lusa aku tiada
kenanglah aku
kenanglah Langit September
kerna disini segalanya bermula

maafi aku
andai aku
bukanlah permata
hanya sekeping besi
karat terbuang
dilindung tanah
debu yang gersang.

selamat pulang Langit September
kita berkongsi langit yang sama
rindu
september yang penuh
dengan cinta
kasih sayang
bukan penuh benci
dan dendam

Langit September
moga panjang umurku
dapat mendakap
memelukmu
tiada kempunan
dijiwaku

oh langit September
maafi aku....

Penaluka Kersani is feeling sad at Dalam Hatiku.

No comments: