-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20190115

Kembara Sejarah Gua Charas (1)

Kembara sejarah Gua Charas adalah bertujuan untuk mencari cerita sejarah asal usul Gua Charas. Tetapi kebanyakan cerita bercampur aduk dengan cerita mitos Gua Charas. Bagi tujuan pengumpulan maklumat, semuanya kena dengar dan kena tengok.
 01. "Masa kecik dulu biasa amat dengan kawasan Gua Charas ini. Ada lebih seratus gua. Ada masa sampai sari suntuk merayau keluar masuk gua-gua disini. Sekarang banyak gua yang sudah tertimbus. Masa tu tak ada lagi tempat orang Hindu sembahyang".
 02
 03 Cerita orang dulu-dulu boleh meminjam pinggan mangkuk untuk kenduri kendara pernah kita dengar. Bukan sepuluh atau dua puluh tempat meminjam pinggan mangkuk ini ada di seluruh Semenanjung Tanah Melayu ini. Tetapi mungkin ada berratus tempat untuk orang kampung meminjam pinggan mangkuk. Ada yang tidak tahu siapa tuan pinggan tersebut. Ada juga kata kena minta pada Orang Bunian. Ada juga cerita bahawa Orang Bunian tersebut ada namanya. Ada juga namanya bermula dengan Haji.

Kebiasaannya ada perjanjian pinjam dan pulang. Bila memulangkan pinggan mangkuk ini mesti cukup jumlahnya. Peminjaman pinggan mangkuk ini semakin berkurangan apabila ada yang:
- Pulang tatapi tidak cukup jumlahnya.
- Pulang tetapi ada yang rosak
- Tidak pulangkan terus.

Ada juga cerita kononnya ada satu dua pinggan mangkuk Orang Bunian masih disimpan oleh orang kita sampai sekarang.

 04 Seperti kebanyakan tempat untuk orang dulu-dulu pinjam pinggan mangkuk semuanya tinggal sejarah. Ini adalah gua tempat orang dulu-dulu meminjam peralatan pinggan mangkuk untuk kenduri bagi penduduk kawasan Gua Charas.

Setakat mana benarnya mitos meminjam pinggan mangkuk Orang Bunian ini masih kekal sebagai mitos. Tetapi kenapa orang tua dulu dulu dulu suka buat cerita atau reka cerita. Pada prinsipnya adalah salah menceritakan cerita yang seolah-olah tiada bukti nyata.

Kita kena faham bahawa itulah keadah orang dulu dulu dulu mengajarkan satu satu ilmu. Ianya tidak diajar secara terus dan nyata sebijik demi sebijik. Ilmunya banyak dalam bentuk mutiara kata, pantun, pepatah, dongeng dan mitos. Sebab itulah orang dulu dulu selalu bercakap berlapis dan berkias. Bimbang orang kecil hati dan terguris lalu timbulkan pergaduhan dan perperangan.

Orang sekarang mesti cakap terus terang baru jelas dan nyata. Apa yang terjadi adalah, orang sekarang cakap terus terang baru jelas mengata. Aku cerdik awak bodoh, Kami pandai awak pandir. Ini pejuang itu penderhaka.
 05 Renungan yang kita boleh dapat dari cerita mitos meminjam pinggan adalah:
- Kalau orang nak pinjam dan kalau kita ada maka kita kena beri dengan ikhlas.
- Kalau jadi peminjam kena jaga barang yang dipinjam
- Kalau jadi peminjam kena pulang sebanyak mana dipinjam
- Kalau jadi peminjam kena mengaku bila barang rosak
- Kalau jadi peminjam kena ganti barang yang rosak

Biarlah mitos jadi mitos tetapi ambil ilmu besar yang orang tua dulu dulu dulu selitkan dalam mitos pinjam pinggan mangkuk Orang Bunian.
 06
 07
 08
 09
10

10 comments:

Anonymous said...

salam,tuanp.

kiasnya kepada;[ ].


harimau selapan atau kepada kiasnya ketua perang padri;[ maka telah diselesaikan kiasnya mereka,terutamanya yang bongsu]. siap lengkap dan disandarkan semula dalam al quraan.[maaf,kami tidak menbuka urusan yang telah lengkap.

warisnya tidak dapat membuka tekateki moyang mereka, sepertimana waris keluarga jemba.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


petik di dinding menyala di tengah[kaca].

bulat air kerana pembentong,

biar mati anak jangan mati ......,

adat disandar pada al kitab.

otak yang penuh dengan angan ,akan di kawal oleh nafsu,dan tidak ada ilmu didalamnya.

maka telah disebutkan dalam al quraan serta al sunnah.
kebanyakan manusia sentiasa lalai dan ingkar dengan apa yang mereka akukan atau iyakan.[aku janji].
hanya segelintir yang mahu kembali,dengan izin tuhannya, kepangkal jalan.

maka dari sebab itu ada pepatah; orang tamak selalu rugi.
anjing dengan bayangnya.
anjing menyalak bukit.

maka akan terjadilah;yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


susunannya;

satu tiga enam dua belas,dua puluh dua,empat puluh empat.siap lengkap sempurna,dengan izin kebenaran allah.inshaallah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


pada zaman dahulunya,disebelah alam nusantara ini,ada dua belas orang perempuan yang telah membuat penyamaran seperti laki-laki[dan menggunakan nama laki-laki],yang tidak dapat dikenali oleh orang yang ramai sehingga ke hari ini zaman ini.

dan sejarah mereka hanya di ceritakan dalam penyamaran sebagai laki-laki semata,dan cucu cicit mereka sendiri pun tidak dapat mengenali diri mereka itu.[sejarah mereka setiasa dikiaskan menjadi fitnah] seperti mitos keturunan berdarah putih.

maka disandarkan urusan mereka kedalam ilmu sifat dua puluh,dengan izin allah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


kesemuanya telahpun lengkap sempurna dan kembali,maka dikembalikan seluruhnya kepada urusan allah. inshaallah.

satu tiga campur satu lapan empatbelas lapanbelas.

yang asal jadi hasil,yang hasil balik asal.asal kembali kepada asal.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


dalam sedar tak sedar,urusan kami hampir kepada tamatnya,dan semakin ramai manusia [mereka-mereka dan orang yang ramai yang semakin tak sedar],dan melakunkan yang diri mereka sedar.

maka mereka masih lagi akan bercakap;biarkanlah siluncai terjun dengan labu-labunya.

allah tahu apa yang hambanya doakan dan lakukan.

bermainlah puas-puas,sepuas yang mungkin.

seperti dalam iklan: kemanalah agaknya budak-budak ni,dah malampun tak balik-balik lagi.

anak tuan ,tanggungjawab tuan.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


ada dua benda dalam hidup manusia ini,yang sentiasa berlegar dalam kepala mereka;[yang terkeluar dari dua bibir manusia].

1] malas
2] letih

maka kalau keduanya itu dah menjadi darah daging,tak payah lah nak berhajatkan syurga. dan berangankannya pun tak payah jugalah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


burung jenjang patah sayap.

[apa ceritanya?]
nantilah.akan diberitakan.inshaallah.
tapi, kalau nak cepat,cari ceritanya dalam al quraan.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ]. [burung jenjang patah sayap].


kisahnya adalah kepada seorang manusia[hamba allah perempuan],yang takut serta ingkar dengan arahan dan perintah yang diberikan atau anugerahkan kepadanya.

lalu cuba melarikan diri dari arahan dan perintah yang diberikan allah kepadanya,kerana tidak faham dan salah faham perintah dan amanah, yang menyebabkan dia takut denga amanah yang ada pada dirinya sendiri.

maka disebutkan: takut dengan bayang-bayang sendiri.

makanya dia telah di nasihatkan oleh hamba allah yang lain atas perintah allah,sebaliknya dia masih lagi ingkar dan cuba melarikan diri serta melawan akan hamba allah yang datang untuk membetulkannya itu.

maka,dalam pergelutan diantara dia dengan hamba allah, dia telah dihukum lalu mati terpenggal tiga.

maka jasadnya tercerai kepada tiga bahagian untuk beberapa lama[tak tahu lah berapa lama masanya,tidak diuruskan jasadnya,sebagai hukuman keatasnya],dan pemerintah selepas dari zamannya tidak pernah menyamak akan hukuman si dia tu sehinggalah ke hari ini.yang mana dia sendiri[burung jenjang itu sendiri] memohon serta mengadu akan hal dirinya yang terbiar sejak sekian lama,dan tiada sesiapa pun dari kalangan ahli keluarganya dari cucu cicitnya yang memperdulikan dirinya,dan tidak menyelamatkan dan tidak menyempurnakan dirinya,malah tidak kenalpun akan dirinya itu.[sejarahnya pun mereka tidak tahu,dan kalau tahupun ianya sebagai mitos cerita hayalan kanak-kanak semata untuk dibuat pengajaran semata].

kejadiannya terjadi dalam pahang ini.dan tempatnya,maaf tidak akan di buka.
yang diceritakan dan diberitakan oleh pemegang amanahnya kepada kami,dan dibentangkan oleh kami kepada tuanpuan,seadanya. dengan izin kebenaran allah.

maka,urusannya burung jenjang patah sayap telah selesai lengkap sempurna,dengan izin kebenaran allah. inshaallah.

dan dikembalikan urusannya kepada allah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


makanya telah melawat kuda merah;telah selesai akan urusannya dan seluruh bahagian lain yang ia wakilinya,dan dikembalikan urusan yang siap lengkap sempurna kepada allah.inshaallah.

kuda merah?

carilah dalam al quraan dan al sunnah. akan cerita dan beritanya.
selamat mencari.