-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
MESTI BUAT SEMAKAN DAN PENGESAHAN SEBELUM MENGGUNAKAN MAKLUMAT DISINI.

20190130

Kersani Kasar Ditepian Tanah Gila

Berkelanalah seorang diri
dipanah terik mentari
merawat memujuk hati sendiri
melihat yang hitam
jelas keputihan
yang putih itu
sering ditanda kehitaman

mengapa aku sering
ditanda oleh badai
lantas hatiku telus
tidak pandai menari
sembunyi tangan
yang lain bertepuk
ambil kesempatan
dalam diam menikam belakang
berbisik girang
konon dunia dalam
genggaman

aku diam tak bererti aku alah
buta dalam permainan
walau langkah longlai
kayuh kayuh tetap aku kayuh
tepuklah tangan
tepuk
tepuk
kersani ini memang kasar
kersani ini bersepah ditepian
kersani ini bertaburan ditanah
kersani yang gila ini ada dimana-mana
tiada istimewa
tiada apa-apa

namun bila kersani ini hilang
kau carilah
jangan menyesal
jangan merindu
maafkan aku
mulutku tawar tak semanis
gula dan madu

aku menikam
sebab aku tulus
tak bermuka
tak bersandiwara
tiada lakonan
aku adalah kersani yang satu

oh mentari
kau rehatkanlah cahayamu
aku nak pulang
aku nak pulang
aku nak pulanggggg
aku menangis ditepian jalan
mengalah jauh sekali
aku nak pulanggggg
oh mentari
kasihanilah aku.......


1 comment:

Syahid said...


Bismillahir Rahmanir Rahmanirahim

https://keep.line.me/s/FBZtesmFRzXU8lAAY_0gzZCzyGsD1CyHSc8T7p9w7a0

Salam dan renungan

Web: almawaddah.info

Kepada;

Yang dihormati Para rektor universiti, para akademik dan para mufti.

Tun, Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan.

Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sebagai kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah.info

1. Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya?

2. Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?

Terima kasih dan 'afwan.

Daripada;

Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.







.....