-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20190624

Ibarat anjing dengan orang tamak oleh Neguai

Ibarat anjing dengan bayang-bayang
atau orang tamak selalu rugi.

makanya tiada seorang pun
dari kalangan tuanpuan
yang melepasi urusan
pada ramadhan tahun ini.

ibadah yang tidak lengkap
dan tidak sempurna,
termasuklah kepada mereka-mereka itu
yang bertazkirah,
sama aje[dua kali lima,lima kali dua].
nampak macam betul.

bacanya betul,
dan buatnya betul,
sebaliknya tak sempurna,
maka,
urusan tuanpuan itu di bekukan
sehingga tuanpuan lengkapkan
dan sempurnakan hak yang tidak lengkap
dan tidak sempurna itu.

maka,
disebutkan kiasnya;
apabila terbitnya fajar
dari sebelah barat,
tiada lagi diterima taubat mereka.

ibadah tidak boleh dok main tiru-tiru,
ianya
kena ada ilmu
kena tahu dan faham,
apa yang kita buat,
dan apa yang dibuat.

membazir dan buang kederat aje
puasa dan bersolat teraweh bilang malam,
jadi macam burung pungguk
rindukan bulan,
beragan je lah.

kalau tuanpuan dan mereka-mereka itu
tak percaya
dengan apa yang kami bentangkan ini;
tuanpuan dan mereka-mereka
[yang memberi tazkirah]
itu boleh tanyakan sendiri
kepada rasulullah saw dan kepada allah.

macammana nak dapat lailatulqadar?,
kalau ibadah ramadhan pun
tak lengkap dan tak sempurna.

SUMBER
http://lamanpahang.blogspot.com/2019/04/penulis-pahang-sempena-bengkel-puisi.html

23 comments:

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


lengkap dan sempurna urusan:

rasulullah telah melengkap serta sempurnakan segala urusan islam;sebaliknya manusia yang selepas dari nya dan para sahabat telah menyelarukan yang telah lengkap serta sempurna itu,makanya manusia kemudian zaman ini wajiblah pulihkan urusan yang dah menjadi tunggang-langgang[yang telah di fitnah].

maka, tugas inilah yang disebut muafakat membewa berkat,atau yang berat sama di pikul,yang ringan sama dijinjing. dan bukannya aku, aku punya pasal,dan engkau, engkau punya pasal,kubur masing-masing,asing-asing.

makanya kesemuanya fitnah yang terjadi perlu dirungkai menjadi bersih dan murni seperti yang telah di lakukan oleh nabi muhammad saw dahulu itu.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


adakah tuanpuan atau mereka itu yakin dengan ibadah yang dibuat dan di terima,ada pecahan dalam benak masing-masingkan; sebahagian akan kata: yakin terima,dan sebahagian lagi akan kata,harap-harap atau moga-moga diterima;

kepada yang kata yakin: syahadah atau ayat mengucap dua kalimah yang dalam rukun islam pertama tu duduk disandarkan dalam ayat serta surah mana dalam al quraan?

dan kepada yang kata harap-harap atau moga-moga: sedikit sekali yakin hati mereka kepada perbuatan ibadah yang mereka buat,atau mereka sendiri pun tidak berapa yakin dengan ibadah mereka.

jangan ikut-ikut atau jangan main dengar cakap dan terus buat;itu dinamakan membujur lalu melintang patah. takde kome,takde titik langsung. kononnya nak cuba,kut-kut lepas,sebaliknya mereka itu tidak sedar yang mereka diduga dengan keyakinan hati diri mereka sendiri atas tahu dan faham ilmu,ibadah dan doa yang mereka lakukan dengan cuba-cuba itu.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


bidaah:

adakala bidaah itu boleh dipakai,dan ada kalanya bidaah itu tidak boleh dituruti,dan kebanyakannya bidaah itu hanyalah sebagai perumpamaan atau bidalan bahasa kepada al sunnah.

ibaratnya dalam al quraan kepada ayat al baqarah,ayat pertama: alif laam miim;sampai sekarang tiada yang berani menghurai akan tiga hufuf itu,maka di terjemahkan hanya menyebut sebutan huruf itu juga maknanya 'hanya allah yang mengetahui'.

dalam al sunnah: nabi muhammad saw telah nyatakan;"aku tinggalkan dua perkara yang mana kalau kamu mengikutinya,kamu tidak akan sesat,al quraan serta al sunnah. dan kamu ikut dan buat sepertimana kamu melihat aku buat. dan nabi muhammad saw tidak menyuruh manusia meniru akan nya,kerana tahap seseorang dengan seseorang yang lain adalah tidak sama.

makanya al sunnah itu juga adalah sebahagian besar dari nya adalah dalam bahasa kias,yang mana seperti juga ayat al quraan.

dalam satu riwayat: semasa sahabat memakan dorp[sejenis haiwan],nabi hanya memandang sahaja,tidak turut makan. dan tidak melarang sahabat dari memakannya.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


pendapat pembentangan;

akan ada manusia yang terasa hati dengan pembentangan sebergini,yang mana kami dan tuanpuan serta mereka-mereka itu adalah sama aje keberadaan ilmunya dalam diri,cumanya cepat dan lambatnya sahaja sampai kepada diri.

ada manusia yang sampai ilmunya cepat,ada yang lambat dan ada yang sampainya terlambat,ilmu itu sampai tetap sampai kepada diri manusia,dan meruginya adalah manusia yang ilmunya sampai terlambat[sebab nyawa dah sampai dihalkom baru ilmunya sampai],dan manusia yang menolak ilmu apabila sampai[ sebab bersangkaan buruk kepada ilmu yang sampai],dari sebab hati berasa sangsi,tidak percaya,serta tidak yakin dengan ilmu yang sampai,yang mana ilmu yang sampai itu tidak di saring dengan menggunakan akal yang ada pada diri manusia itu sendiri,dan masing tebal dan kekal bergantungan kepada manusia lain untuk berfikir bagi pihak diri.

dan apabila terjadinya salahlaku kepada diri sendiri,salahlaku itu dengan mentah di sandarkan dan di hukumkan kepada manusia lain yang kononnya mereka itulah yang menyebabkan diri nya melakukan salahlaku. sebab menasihati atau menerangkan dengan salah,ada akai ke manusia yang sebergitu.

manusia ini diberikan pilihan: melakukan urusan yang baik atau melakukan urusan yang buruk,dan digunakan akal untuk menimbang akan perbuatan yang hendak dilakukan oleh diri.

makanya dalam azan sebanyak lima kali sehari itu telah di laongkan: marilah bersolat dan marilah menuju kejayaan,dan ditambah pulak dengan kalimah dalam azan subuh; solat itu lebih baik dari tidur.[ada ke disebutkan: marilah mencari pahala marilah mengumpul pahala,dan kalau ayat yang bermaksud; carilah rahmat dari anugerah tuhammu,itu ada].

makanya: tepuk dahi tanyakan akal,jangan tepuk dada tanya selera.terbelohok nanti.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


alpa:

manusia zaman ini terutamanya orang melayu,kebanyakannya alpa,mereka seperti pahat dengan penukul,sekali disergah sekali terjaga,lepas tu lelap semula sehingga di sergah lagi,berulang-ulang kaedah ini berfungsi zaman berzaman.

sekali suruh baca al quraan baru baca,kalau tidak al quraan tu kedudukannya terletak di rak almari sampai berabuk.

bila kena atas batang hidung sendiri,barulah melenting,melenting tu pulak ,tak tentu pasal,kaedah sebenar tak tahu dan tak faham juga,lepas tu dok persalahkan manusia lain,sendiri punya hati tara diperhatikan,betul ke,salah ke,tak reti ke,mamai ke.

ilmu tinggi-tinggi,sebaliknya di buat tarik harta ghaib@ kerja yang salah laku menggunakan ayat al quraan. allah suruh jadi perangai macam khalifah,mereka jadikan perangai mereka macam.....[tuanpuan berilah jawapan sendiri]. bantu manusia lain serta makhluk lain,dan bukannya merusuh dan merosakkan makhluk dan manusia.

ini jangan kata nak bantu yang lain,diri sendiri pun tak terbantu,hospital dah jadi macam masjid pulak,lebih banyak berulang ke hospital dari ke masjid.dan bila bercakap,berdekah-dekah,ada akai ke macam tu.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


moyang tuanpuan,yang tuanpuan anggapkan sebagai korem atau saka atau hantu atau jin atau jembalang tu,sentiasa datang hendak membantu atau datang minta dibantu. tak reti ke,tak faham ke.

datang membantu; mereka datang terutamanya ayah serta ibu,yang datang melihat kelakuan anak cucunya, yang tak ikut kaedah fekah adat adab yang sebenar,dan menegur,tuanpuan tak sedar pun.

datang minta tolong; mereka datang dalam bentuk wajah yang rosak atau dalam kelaparan,minta dibantu untuk pemulihan diri mereka atau di kirimkan sedikit kerahmatan,maka hadiahkanlah mereka dengan pahala yang tuanpuan kumpulkan berlonggok-longgok tu.

mereka-mereka itu masih lagi makhluk[makhluk yang ghaib] walaupun jasad mereka telah lupus di telan bumi.

sebab itulah disebutkan,hanya tiga perkara yang membantu ank-anak adam selepas kematiannya;

1] ibadahnya
2] sedekahnya
3] anak yang soleh

dah kalau ketiga-tiga tak ada,manusia lain yang mengaku diri mereka islam lah, yang kena membantunya mereka mereka itu.

sebab itu kena belajar tahu serta faham dalam ilmu fekah,barulah dapat membantu manusia yang telah mati yang perlukan pertolongan.

orang yang hidup pun tak berapa nak dibantu,inikan pulak orang yang dah mati kan.macam-macam alasan diberikan: takut lah,syiriklah,ce cakap tak percaya,tak yakin dan tak reti,kan mudah. jangan berselindung belakang perkara yang tak jelas dan was-was atau subahat. rosak diri tu nanti.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


al qadar:

cuba bacakan dengan baik dan teliti akan ayat al qadar dalam al quraan tu. di sebutkan apa?,malam itu adalah lebih baik dari 1000 bulan. yang berebut nak setakat 1000 bulan tu buat apa.allah dah sebutkan yang dia yang lebih baik dari 1000 bulan kepada hamba makhluhnya yang bertaqwa. dan bukannya pahala yang dikali gandaannya,atau tak ada 700 kali ganda pahala,ianya lebih baik atau yang terbaik diberikan.

dari sebab berangan mengejar 1000 bulan itu,maka tiada seorang pun yang faham maksud sebenar anugerah allah itu,maka tiada siapa yang mendapatnya kecuali sedikit sekali manusia yang dapat,walaupun mereka menjumpai akan malam lailatul qadar itu.

mereka mengejar atau mencari malam yang tersebut itu,macam mengejar mencari tiket perlawanan bola sepak piala dunia,sanggup berkhemah depan kaunter tiket berhari-hari.dalam hati,menyebutkan'harap-harap dapatlah ketemu dengan malam itu,ibadah lengkap atau tidak,tak kira,yang mereka nak bukannya rahmat anugerah allah,apa yang mereka nak,adalah setakat bertemu dengan malam yang tersebut itu sahaja.

bila ditanyakan kepada mereka,jumpa malam lailatul qadar?.jawapannya; tak.bila turunnya? ditanyakan semula pada orang yang bertanya.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


cerita sahabat:

kemarin seorang sahabat bercerita; yang dia telah bermimpi,dalam mimpinya dia melihat lima buah sungai,yang mana dua dari sungai itu penuh dengan sampah yang hanyut.

dan kami rungkaikan dengan jawapan ini:

satu riwayat hadis; nabi menyebutkan:ibarat seorang lelaki yang rumahnya dihadapan sungai,dan dia pergi dan balik sebanyak lima kali sehari melalui sungai itu,dan kalaulah tak memberatkan umat ini,sudah tentu aku akan menyuruh mereka berbuat seperti mana lelaki tersebut.[kalau ayatnya tak tepat,sila perbetulkan].

sungai yang keberapa yang bersampah?

dan katanya : dua dan tiga.

dan kami tanyakan kepada sahabt itu,dia hendak kira dari mana, magrib,ishak,subuh,zuhur,asar, atau subuh,zuhur,asar,magrib,ishak.
yang mana kami katakan kepadanya: kita sekarang berada dalam tahiyat akhir solat ishak.

makanya perbetulkan kedua sungai dengan pemulihan,lengkapkan dan sempurnakan mana-mana yang yang tak pulih lagi.[bersihkan dan pulihkan lah ke dua sungai tu].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


cerita sahabat:


hari ini kami pergi melawat saudara kami,dan bertanyakan khabarnya,dan lalu dia menceritakan dalam bulan ramadhan baru-baru ini dia mendapat mimpi,bergini ceritanya:

dalam mimpi itu dia didatangi oleh gurunya merangkap bapa saudaranya.datang dalam keadaan muka yang masam.

dan kami jelaskan; ramadhan baru-baru ini ramai yang ibadah mereka tak lepas termasuklah anak cucu gurunya itu,dan saudara kami tu ditegur dengan muka yang masam kerana tidak memberi teguran kepada orang ramai dalam bab fekah yang salah difaham oleh orang ramai.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


cerita sahabat:

dua orang perempuan yang berceritakan kepada kami:

1] sudah beberapa hari dia mengalami sakit pinggang,dan bila kami semak semula,dan apa yang kami dapat tahu,yang moyangnya atau korimnya telah datang meminta tolong darinya,agar membantu kaum keluarga yang sakit,sebaliknya dia tidak berapa yakin dengan penjelasan kami,makanya kami senyapkan aje lah.

2] sudah beberapa hari dia mengalami sakit dan senak di perut,kelinik kata tak ada apa-apa sakit,angin sahaja.dan bila kami semak,kami dapati yang moyangnya atau keluarganya yang telah lama mati minta dibantu,mereka susah, tiada siapa yang mengirimkan doa dan al fatihah kepada mereka.


kepada berita yang kami bentangkan itu,bukan kami menggunakan jin atau lain- lain ilmu karut;sebaliknya,untuk menafsirkan mimpi atau sakit atau kias,atau perumpamaannya telah diterangkan dalam al quraan serta al sunnah,makanya kami hanya membacakan sahaja kepada mereka-mereka itu dengan kebenaran izin allah.inshaallah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


kepada setiap sesuatu permasaalahan yang terjadi zaman ini,jawapan kepadanya huraian telah siap ada dibentangkan dalam al quraan serta al sunnah. dari sebab permasaalahan zaman ini itu,telah pun berlaku atau ada pada zaman yang lepas atau dahulu kala.

makanya semua masalah, penyakit,salahlaku;telah diberitakan serta di berikan kaedah pemulihan dan hukumannya bersekali dalam al quraan serta al sunnah.

jumpa dengan tidak sahaja oleh manusia zaman ini.itu saja.tak payah lah nak bertaki-taki sesama sendiri,buat berabih beras je.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


baca:

kami membaca bukan sebab untuk mendapatkan pahala,kami membaca kerana diperintahkan membaca oleh allah,mengikut apa yang telah diperintahkan allah kepada nabi muhammad saw dahulu itu,semasa di gua hira,dengan ayat sebutannya iqra[baca].

dan kami di perintahkan membacakan pulak kepada tuanpuan dan mereka-mereka itu dan kepada orang yang ramai[manusia],sepertimana diperintahkan oleh allah kepada rasulullah saw dan para sahabat;moga-moga,ada yang memahami dalam kalangan manusia zaman ini. dan tidak lagi memegang khilaf fitnah dan bersangka-sangka kepada al quraan serta al sunnah.[dalam kesemua bab fekah,adat,adab serta ilmu].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


keliru:

berhati-hati dengan pembentangan kali ini,ia mungkin akan menyebabkan kekeliruan pada akal fikiran serta hati diri,dan pembentangan kali ini akan memakan masa yang panjang dan lama,[dalam bab keliru asas ilmu].

yang telah dibacakan kepada kami oleh pemegang amanahnya urusan,dan kami bentangkan kepada penglihatan serta pendengaran tuanpuan,mereka-mereka itu,dan orang yang ramai.dari izin kebenaran allah.inshaallah.

sejarahnya:

sejarahnya adalah bermula selepas zaman tabii-tabii,dan sebelum tersebutnya mazhab yang empat; ada 30 orang ulama yang pembentangan huraiannya mereka betul,dan selepas dari 30 orang ulama itu tiada atau mati,ulama yang ke 31, telah menjadi terkeliru dengan pembentangan serta huraiannya,maka pada masa ulama yang ke 31 itulah yang disebutkan zaman fitnah dan membawa kepada beberapa tahun yang panjang,sehinggalah muncul ulama fekah yang empatulama imam mazhab] dan ulama hadis yang enam[ulama imam hadis],bagi memperbetulkan pendapat serta huraian yang terkeliru yang telah di bentangkan oleh ulama yang ke 31 sebelum mereka itu.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


keliru;[sambungan].

dan pada zaman itulah bermulanya pulak zaman wali dan para wali-wali,yang mana mereka-mereka itu duduk dalam kalangan orang yang ramai yang tidak dikesan,dan mereka sendiri-sendiri dalam bertugas mempertahankan daulah islamiah, menunggu sehingga munculnya ulama-ulama yang boleh memulakan dakwah dengan terang lagi nyata kepada atau dalam kalangan orang yang ramai.

usul asas:

dalam usul asasnya fekah,kepada bab rukun islam serta rukun iman,diperbetulkan oleh ulama selepas ulama yang ke 31 itu,secara peringkat demi peringkat kepada orang yang ramai bagi menghakis salah faham pegangan yang telah sebati dengan huraian pembetangan ulama yang ke 31 itu. maka timbullah masa zaman beristijat oleh atau kepada ulama,sehinggalah tersebutnya ulama-ulama imam mazhab dan ulama iman hadis yang tersebut itu, sehingga lah kepada perkara sifat 20,perkara rokaat solat 17,perkara rukun solat 13.

maka,dimulakan semula kaedah-kaedah pembelajaran asas yang menurut perbuatan dan kelakuan dan percakapan sebutan dari rasulullah saw sendiri dan dari para sahabat,yang terkemudiannya di sebutkan ahli sunnah wal jammaah[khilaf para ulama-ulama yang muktabar berpandukan al quraan,al sunnah,serta para sahabat].

dan dalam pada itu juga,masih ada dikalangannya segelintir ulama yang menyongsangkan huraian pembentangan mereka untuk menjaga kepentingan diri.[ulama sebergitu,kita tak akan bincangkan hal mereka,buang masa].

makanya, tersebutlah apa yang ada sehingga zaman sekarang ini.

rukun islam 5 perkara
rukun iman 6 perkara

dan dalam setiap rukun itu di huraikan satu persatu dengan tertip serta tertil

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


sambungan:[].

maka,kelirunya zaman itu bagi menceritakan semula sejarah zaman nabi ibrahim,mencari dan mengesakan allah. dan menceritakan sejarah rasulullah saw dan para sahabat yang bangkit menegakkan dan mempertahankan daulah islamiah.

maka pada permulaan zaman kebangkitan para ulama fukaha,yang mana kebangkitan mereka membawa sinar keterangan yang dinantikan oleh manusia zaman itu.

makanya; diajarkan oleh para ulama yang tersebut dari bidang fekah dan bidang hadis sehingga bercambah para saujana dalam bidang pecahan ilmu-ilmu. dan para ulama serta saujana yang ramai itu hanya dibenarkan membentangkan dalam bahasa khilaf atau kias kepada orang yang ramai,bagi mengelak terjadinya semula kekeliruan yang mendatang,dan dalam pada itu,kekeliruan tetap mendatangi hati dan akal manusia islam dari masa kesemasa,berulang-ulang.

turun naik kepada iman dalam diri manusia tetap berlaku,tidak dapat dielakkan.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada ;[ ].


wali:[sambungan]

para-para wali dari zaman itu sehingga beberapa tahaun yang panjang silih berganti tidak terhenti,melainkan ada satu ketikanya semasanya itu[tahunnya tidak kami bukakan,maaf]hanya tinggal seorang sahaja yang bertugas dan bertanggung jawab memjalankan amanah tugas seluruh kewalian diatas muka bumi ini,dan selepas dari itu beransur-ansur pulih serta lengkap ramai sehinggalah kehadirannya penghulu para wali hadir sebagai pelengkap menyempurnakan kumpulan wali dan urusannya kewalian.

wali atau kumpulan itu sudah selesai,tiada lagi pada zaman ini,cuma yang ada hanyalah sandaran gelarannya sahaja,wali keluarga,wali hakim,wali raja,wali kampung.

makanya tugas-tugas, mereka para wali yang tersebut itu,diambik alih oleh para pertugas kumpulan lain pulak,yang hanya disebut dan dikenali sebagai pemegang amanah,pertugas serta pelapis. jumlah mereka itu atau ini sama ramainya dengan jumlah para wali atau para sahabat yang sebelum mereka dan bertugas dibelakang tabir sahaja,seperti juga tugas para wali. mereka tetap tidak dapat dikenali oleh orang yang ramai dan mereka bukan ulama,hanya pemegang amanah kepada allah serta rasulullah bagi pihak ulama sahaja.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


purba jelai:
harimau berantai:

purba jelai;adalah gelaran perjawatan yang di letakkan kepada salah seorang dari enam pemegang amanah pahang selepas dari melaka[kesinambungan melaka].

bendahara
purba jelai
indera senggara
indera pahlawan
shah bandar
sultan,[jawatan sultan adalah dilantik dan dipilih oleh pemilihan lima orang pemegang amanah yang telah dipersetujui oleh mereka berlima].

jawatan pertama kepada perba jelai adalah disandang oleh tok rompin@[adik bongsu kepada wali tujuh tanah melayu],dan selepas nya di sandang kepada menatunya yang berkhawin dengan anak sulung perempuan tok rompin. dan tidak disandarkan kepada anak lelakinya.

menantunya adalah adik beradik ayah wan ahmad bendahara, yang bernama wan muhammad atau [ ].[kesanlah sendiri,ini cuma klu aje.

dan harimau berantai adalah nama persilatan didalam pahang yang gelanggang nya adalah bersekali dengan pondok perguruan agama di sebelah lipis senun tu. dan kebanyakan dari muridnya adalah dari kalangan keluarga bendahara pahang waris atau adik beradik wan ahmad dan orang perba jelai waris wan muhammad.

lain-lain hal selesaikanlah dengan bermuzakarah.dan jangan dok bermasam muka tanpa punca tahu dan faham. sebab waris kepada tok rompin tu sebelah anak lelakinya ramai yang menjadi pemegang amanah balik tabir dipahang ini,beringat lah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


semalam seorang saudara kami kami jumapa,lalu berceritakan,saudaranya dan awok[kami],yang rajin berminat menyusun salasilah.

lalu kami jawab kepadanya:

kami menusun atau buat kerja itu bukan sebab minat,kalau sebab minat,kami tidak akan buat,buang masa.

kami buat dan lakukan kerja itu adalah dari sebab perintah.perintah dari allah yang telah dinyatakan serta turunkan dalam al quraan.

perintah itu termaktub keatas sejak dari diri adam lagi sehinggalah kepada diri manusia yang terakhir diakhir zaman nanti.

siapa kata menyusun sanad salasilah keturunan tak wajib,sedangkan dalam al quraan ada beberapa tempat disebutkan,cumanya dalam bahasa khilaf atau kias. sabanya ianya adalah dalam bab kaji diri atau mengenal diri serta mengenal allah. dan bukannya untuk suka-suka atau untuk berbangga.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


untuk apa di debatkan salahlaku manusia,yang perlu di bincangkan adalah pada kaedah mengenal diri serta mengenal allah dengan menggunakan ilmu nya pemberian allah.

dan apabila mengenal diri serta mengenal allah,makanya, tidak lah terjadi serta tidak lah berhajat melakukan salahlaku atau keingkaran manusia kepada allah.

makanya tiada lah ego bertanam dalam hati diri manusia zaman ini,dan tidaklah akan meniru dan mengikut kesilapan manusia yang sebelum kita ini.dan mana-mana yang ter....,bolehlah membetulkan serta diperbetulkan dengan mudah tanpa pertikaian.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


hari ini kami mendapat satu cerita pertanyaan dari sahabat kami,yang soalannya datangnya dari akinya.

soalannya:[kepada sahabat kami itu atau cucunya]

mana tandanya yang di katakan kita ini laki-laki?

makanya ,pening kepala cucunya menjawab,semua jawapan yang diberikan adalah salah.[rata ditunjuknya pada seluruh badan,semua salah]
bukan jawapan dalam adat yang dimintakan oleh akinya yang sebenar. memanglah tak terjawab oleh cucunya tu. itu hanya kias soalah sahaja dan jawapannya perlu dijawab dalam fekah serta ilmu.[jawapan beserta huraian,untuk melihat pengetahuan serta kefahaman dalam ilmu cucunya],itu aje.

dan semasa sahabat kami itu menceritakan kepada kami,;kami gelakkan aje,dan kami berikan jawapan kiasnya kepada sahabat kami itu dengan jawapan ini:

awal tahun baru-baru ini,kami mendapat satu cerita dari sahabat kami yang lain,yang bertanyakan soalan,yang mereka itu sedang mencari al fatihah betina;yang mana al fatihah yang dibacakan kita sekarang ini adalah fatihah jantan.

makanya dari sebab itulah kami gelakkan soalan yang aki sahabat kami ajukan kepada cucunya itu.

soalannya sahaja yang berbentuk berlainan,dan jawapannya sama aje. kalau tahulah,kalau tak tahu,takde arah le.

boleh jawab ke?, kalau boleh jawab,,jawab le?.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


urusan fekah dibacakan dalam kiraan:[jangan jadi keliru]

satu
tiga
lima
tujuh
sembilan
sebelas
tigabelas [rukun dalam solat bagi dua rakaat satu salam]
limabelas
tujuhbelas [rokaat seluruh solat fardu]
duapuluh campur satu [sifat duapuluh]
duapuluhlima [rasul yang wajib diketahui]
empatpuluh [pengikut nabi nuh atas bahtera]
tujuhpuluhtujuh
saturatuslapanpuluh tujuh
tigaratusempatbelas [tentera perang badar]
tujuhratustujuhpuluhtujuh
sembilanratustujuhpuluhtujuh
seratusdaupuluhempatribu [para sahabat rasulullah saw]


susunan ini dibacakan tidak lengkap,tuanpuanlah yang perlu melengkapkannya, bagi urusan mengenal diri serta mengenal allah.

dan apa yang kami bentangkan diatas itu,yang mana sebahagiannya itu telah diketahui oleh sebahagian orang.

dan setiap kiraannya,ada mempunyai sejarah,huraian serta sandarannya dalam al quraan serta al sunnah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


ada orang yang khatam sekali setahun,dan ada yang dua kali setahun,dan ada yang khatam sebulan sekali.khatam itu khatam apa,khatam baca ke khatam mukasurat.

dan bilalah pulak nak dikhatamkan al quraan serta al sunnah dalam diri atau pada diri sendiri tu?

jangan cakap; tak fahamlah dengan maksud ayat yang tersebut tu. yang dok bacakan tu hal diri dan sejarah diri sendiri yang di catatkan dalam kitab helaian kitab,dan al quraan serta al sunnah yang sebenarnya duduknya dalam diri sendiri tu. dah dibaca ke belum,dah khatam ke belum,atau tak pernah dibaca pun.

mana alif nya, dan mana baa nya, dalam diri tu.dan ada berapa huruf berada dalam diri tu.dan berapa nama dan sifat tuhan untuk disempurnakan kejadian manusia tu. sehingga ramai yang berani mengikari,dalam sedar atau tidak sadar,sama aje. dan sampai berani buat perbandingan dan pernilaian keatas allah.

tak kan lah setakat tahu manusia dicipta dari tanah je,itu tak khatam le namanya tu,dah jadi macam cerita musang berjangut lah.

patik dah belajar habis ilmu haiwan,tapi patik tak khatam tentang haiwan musang berjangut ini,guru patik tak ajar.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


ada manusia,dia faham,dan dia buat-buat tak faham.
ada manusia dia tak faham,dia buat tak faham.
ada manusia dia tak faham dia buat-buat faham.
ada manusia dia tak faham dia takut nak tanya.
ada manusia dia faham ,dia buat-buat tanya.

dan yang tuanpuan serta mereka yang ramai tu pulak,gona gayanya?

takkanlah,nak sandar gunakan ayat: allah tahu apa yang hambanya buat, semata-mata.

memanglah allah tahu apa yang hambanya buat,tak payah ceritalah.
dan tuanpuan serta mereka-mereka tu, tahu ke apa yang tuanpuan dan mereka-mereka tu buat atau dah buat?.

kalau tahu,mengapanya;fitnah zaman ini ,dah jadi macam kanak-kanak tengok cerita kartun.[seronok di lihat dan didengar dan di percakapkan]takde rasa susah hati atau bersalah pun.