-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20210216

Pendekatan 5: Kelalaianku terhadap kewajipan adalah butanya mata hatiku

Kerajinanku untuk mencapai apa-apa yang telah dijamin pasti akan sampai kepadaku, disamping kelalaianku terhadap kewajipan-kewajipan yang diamanahkan kepadaku, membuktikan butanya mata hatiku.

Janganlah memaksa diri 

untuk mencapai apa yang telah dijamin 

dan janganlah abaikan apa yang diamanahkan.

"Perintahkan kepada keluargamu supaya sembanyang, 

dan sabarlah dalam melaksanakannya. 

Kami (Allah) tidak menuntut kamu mencari rizki, 

Kami (Allah) yang menjamin rizqimu, 

dan kemenangan bagi orang yang bertaqwa.

(Carilah selebihnya dan kongsikan disini)

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Dah berhenti mencari. Yang diberi telah, sedang dan akan dinikmati. Dah tidur pun payah nak jumpa mimpi.

Dulu-dulu mimpi, sikit saja diberi;
.لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎
Diulang berkali-kali.

InsyaAllah.

Anonymous said...

salam;


maksud kepada ayat tu apa;

dari ayat surah mana.


inshaallah.