Sembahyang itu sebagai tempat bermunajat (menyampaikan hajat kepada Allah), serta memanjatkan puji syukur.
Dan sebagai tempat pembersihan hati dari pelbagai kotoran.
Akan datangnya berbagai rahsia-rahsia Allah.
Dan terbit terang padanya cahaya ilmu dan ma'rifat.
Firman Allah : Tegakkan sembahyang itu untuk zikir ingat kepada AKU.
Sesungguhnya seorang hamba bila ia berdiri sembahyang, maka Allah membuka untuknya tirai hijab.
Berdiri tegak para Malaikat dari atas bahunya hingga langit dan mengikuti sembahyangnya serta aminkan doanya.
Dan seorang yang sembahyang itu ditaburi rahmat dari langit hingga ubun kepalanya.
Dan dipanggil oleh suara : Andaikata orang yang munajat ini mengetahui siapakah yang diajak bicara. Maka tidak akan berhenti dia dari (memutuskan) sembahyangnya.
Dan sesungguhnya pintu pintu langit terbuka untuk orang yang sembahyang.
Dan sesungguhnya Allah membanggakan barisan orang-orang yang
sembahyang di hadapan MalaikatNya.
Dalam Kitab Taurat ada tersebut demikian : Hai anak Adam, jangan malas untuk berdiri sembahyang dihadapanKu sambil menangis, maka Akulah Allah yang telah mendekat dari hatimu, dan kerana ghaib engkau telah dapat melihat cahayaKu.
Muhammad bin Ali At Tirmidzi beikata : Allah telah memanggil orang-orang yang bertauhid supaya sembahyang lima waktu. Kerana rahmat kasihan kepada mereka dan menyediakan berbagai macam hidangan supaya seorang hamba itu dapat merasakan pada tiap bacaan dan gerak itu kurnia pemberianNYA. Maka gerak itu bagaikan makanan sedang bacaan itu bagaikan minuman. Dan hidangan itu disediakan oleh Allah tiap hari lima kali sehari supaya tidak ada lagi sisa kotoran atau debunya.
[https://drshafie.blogspot.com/2017/08/kata-kata-muhammad-bin-ali-al-tirmidzi.html]
6 comments:
Salamun,
Kias,
Waris keturunan pagar ruyung tak pernah hilang pun.
Kalau tak kenal diri sendiri Dan tak kenal manusia lain,memang lah kata keturunan Pagar ruyung hilang Dan tak jumpa.
Inshaallah.
salamun,
kias,
Atas muka bumi ni ada 80 keturunan keluarga Dari Pagar ruyung....
CARI lah.
Onshaallah
Salamun,
Kias,
Pagar ruyung TU kias kepada apa ke bendanya???.
Inshaallah.
salamun,
kias,
pagar ruyung tu kat mana sebenarnya???
inshaallah.
salamun,
kias,
penyakit yang manusia perolehi adalah dari dua sebab;
1] sebab dugaan; allah menduga iman hamba-hambanya,yang mana hambanya berkata, mereka taat,mereka ikhlas,mereka redho,mereka sujud,mereka dengar lalu mereka laksanakan;[seperti contoh kepada nabi ayob,nabi lut].
2] sebab kifarah; allah menghukum hamba-hambanya yang melakukan salahlaku atau melalaikan urusan yang diperintahkan keatas mereka terutamanya dalam bab amar makruf nahi mungkar.
[seperti kepada beberapa orang hambanya yang alim zaman dahulu][maaf,tidak akan disebut nama mereka itu].
makanya; tuanpuan dan mereka-mereka yang di kenakan penyakit kritikal dan penyakit pelik-pelik tu,tuanpuan duduk dalam ketogeri mana[1 atau 2].[terutamanya penyakit; kenser, kencing manis,darah tinggi dan jantung]
takkan tak reti-reti,mana dugaan,dan mana kifarah atas diri sendiri.
[ubat yang paling mujarab adalah taubat,bukan mentekedarah ubat].
dan macammana manusia yang bercakap menasihat orang pun, kena penyakit yang sama macam orang lain tu mereka beri nasihat.
inshaallah.
salamun,
kias,
dari tanah asal kita,kepada tanah kembali kita; itu jasad kita.
roh kita,nak gi mana???
nyawa kita,nak gi mana???
kemana kita nak hantar nyawa dan roh kita,bila berpisah dari jasad.
yang kita berada sekarang ni nyata pada jasad,sebaliknya roh dan nyawa tetap ghaib[ini lah perkara ghaib dalam rukun iman].
tak adalah kerja roh dan nyawa,kalau jasad dok makan tidur aje,kalau dibiarkan iman dan nafsu yang kawal.[bertelagah keduanya,jadi tungganglanggang]
maka;jangan bagi roh sendiri rosak lah. dan jangan rosakkan roh orang lain lah.[lari nyawa tu nanti,merajuk]
[nyawa tu digunakan sebagai pengikat kepada roh dan jasad aje]
[contoh aje ni ,jangan percaya sangat; ibarat mata kail dengan joran,yang menyambung antara keduanya adalah tali tangsi,ketiganya ada fungsi masing-masing,baru lah disebutnya sebagai..............[jawab sendiri lah].
bergitu juga lah kepada keris;ada tiga unsur mata,ulu sarong;di gabungkan ketiga-tikanya barulah di sebut atau dipanggil keris.[tak faham???][tidur aje lah lagi baik,buat perabih beras aje lah jawabnya].
inshaallah.
Post a Comment