-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120613

Kubur lama Daerah Temerloh

1. Kg Buntut Pulau: Imam Muda Mamat@ Keramat Buntut Pulau}Dikawasan Perkuburan Buntut Pulau.

2. Kg Bangau: Haji Ismail Bugis@Tok Bangau Ke?(Ayah Mertua Tok Sahibudin)}Disebelah Balairaya Kg Bangau.

3. Kg Paya Banir: Tok Zainal Abidin}Dikawasan Belakang Surau Kg Paya Banir.

4. Kg Telok Ira: Tun Abd Samad@Laksamana Bentan@Bendahara Petani 3}Dibawah Pokok Manggis.

5. Kg Berhala Gantang: Tok Sahibudin}Dikawasan Perkuburan Kg Berhala Gantang.

6. Kg Teluk Sentang: Tok Garang (Der Seht)}Dikawasan Sempadan antara Kg Teluk Sentang dengan Kg Baduk.

7. Kg Belengu: Imam Rasu@Pawang Rasu}Dikawasan Kubur Darat Belengu.

8. Kg Bolok Lanchang: Tok Ombak@Maharaja Ombak@ Kengku Umbak@Pupu 40 Seri Menanti}Dikawasan Kubur Lama Kg Bolok (Belakang Masjid).

9. Kg Cempaka Lanchang: Kubur Medan Pahlawan Gajah Mati (Batu Kapor Mentakab), Panglima Perang Weeh}Asalnya Dikuburkan Kg Gajah Mati di Sg Buluh Kg Batu Kapor Dan Pada 2009 Selepas Ditemui Dan Dipindahkan Kekawasan Kubur Kg Cempaka, Lanchang.

10. Kg Cempaka Lanchang: Bidan Besar (Emak Bekyah)} Dikawasan Kubur Lama Kg Cempaka (Belakang Masjid).

11. Lubuk Pelam: Sultan Abd Jalil, Puteri Bukit Betong, Raja@Kerabat Acheh}Dikawasan Tapak Istana Lama Lubuk Pelam, Kuala Krau.

12. Kg Lengkong: Munah,Bekyah, Aminah (Anak-Anak Bidan Besar) Dikawasan Kg Lengkong.

13. Lanchang: Tok Draman Perkasa}Dikawasan Kuala Sokmek, Teris.








sumber: utusan.com

14. Kampung Batu Hampar, Gajah Mati: Terdapat 14 kubur lama. Merupakan tempat terakhir Datuk Bahaman tinggal bersama rakan-rakannya sebelum berhijrah ke Terengganu. Kawasan perkuburan ini dinamakan Kubur Medan. Sumber DISINI.

Sumber: mforum.cari.com.my

15. Kampung Kemuning, Lanchang: Tok Uban. Kubur berusia 300 tahun. Tapak kubur terletak berhampiran Ladang Tapak Kekal Makanan (LTKM). Sumber: DISINI

16. Kampung Teluk Ira: Kubur Tok Umbi.Delat Masjid lama. Tok Umbi adalah antara orang yang terlibat dalam peristiwa Sultan Mahmud Mangkat dijulang.

17. Kampung Sanggang: Kubur Engku Daud pupu Sultan Abdullah. Meninggal di rumah Pak Ngah Nie
(26042012)

Kubur lama di kawasan Bera, Pahang

1. Kg Tok Mengkarak 1@ Nur Bayan@Tok Kebayan}Ditebing Bukit Chelani (Tepi Sungai Pahang Mengkarak:

2. Tok Mengkarak 2@Nur Qudim}Dikawasan Perkuburan Kg Mengkarak, sebelah masjid. Kubur Orang Kaya Indera Segara Temerloh 5 generasi

3. Tok Antong (Pupu Tok Mengkarak 2), Tok Shahbandar, Mangku Imam Kasim, Panglima Maman, Haji Tahir@Orang Kaya Indera Sengara Semantan}Dikawasan Perkuburan Kg Mengkarak.

4. Kg Paya Hitam Telok, Seberang Kuala Triang: Tok Panjang, Tok Subuh, Tok}Kubur Lama Di Telok.

5. Kg Batu Bo: Tok Bo}Dikaw Kubur Lama Kg Batu Bo.

6. Kg Bohor: Tok Midun}Dikawasan Kubur Lama(Keluarga)Kg Bohor.

7. Tasik Bera: Sultan Mahmud@(Mangkat Dijulang)}Dikawasan Ulu Tasik Bera.

8. Kg Jelam:Tun Jenal}Dikawasan Seberang Jelam, Suji Dibilang}Dikawasan Tanjung Belengu (Tepi Sungai Belengu).

9. Kg Seberang Guai: Seri Buana}Dikawasan Tanjung Menuang@Benuang.

10. Kg Guai: Hassan Bin Zainal Abidin(Kerajaan Kepayat Negara,Champa), Mangku Nekman, Peli Mamat (Pendekar Penghantar Ufti Pahang Ke Raja Siam)Dikawasan Kubur Kg Guai.

11. Kg Batu Papan: Hang Nadim(Berkhawin Dengan Kerabat Tok Mengkarak 1)}Dikawasan Sg Chueh.

12. Kuala Triang: Wan Ahmad(Chenor)} Dikawasan Bawah Jambatan Kuala Triang.

13. Kg Durian Tawar Bera, Kubur Tok Jambi dan Seri Kampung. (21022012)

14. Kampung Lebak Seberang: Kubur Imam Tok Matain. Pada batu nisannya ada ditulis 'Ain na fatah na kun faya kun'. Ada oran pernah mengambil batu nisan tersebut dan membawa balik kerumah. Batu nisan tersebut merayu supaya 'pulangkan aku balik' berulang. (26042012)

kemaskini:26.4.2012 - 11.12.2012

20120612

Siapakah Melayu Deli?

Siapakah Melayu Deli

MELAYU DELI [orang asal tetapi bukan  orang asli]  yang pergi ke Sumatra dan hijrah kembali ke Pahang;   ????????????

MEREKA INI adalah orang yang asalnya [datang] dari tanah besar *kerajaan yunan[tanah yunan] [kalah ditakluk] mereka  turun ke kerajaan champa[tanah champa] [kalah ditakluk],

apabila kedua kerajaan ini bubar, orang –orang ini telah berpindah kemerata tanah dinusantara yang bergelar MELAYU . [versi] jadinya islam  dikelantan, Pahang, berkemungkinan lebih awal dari kedatangan islam kemelaka.

Peneroka awal Pahang; yang digelar orang tiga beradik yang asalnya  dari keturunan bukit seguntang Sumatra dan telah bergabung dengan  melayu deli.

20120611

Bagaimanakah migrasi orang RAWA?

Bagaimanakah migrasi orang RAWA?

1.Orang dari Pahang yang pergi ke Sumatra dan kemudian berhijrah balik ke Pahang.

2.Migrasi awal (tua) ke Pahang selepas no 1. Penempatan dari ulu lipis hingga ke pekan disepanjang sungai Pahang.

3. Migrasi kemudian sebab berdagang dan penjajahan. Bagi keturunan kita,dari no 1 dan no 2. Sebab tulah takde seorangpun keturunan kita yang tau cakap bahasa Rawa. Semua cakap lograt Pahang’ yang ada lebih 25 lograt tempatan. Cuba fikir orang  Guai dah lain lograt dengan  orang Kuala Triang. Tu menunjukkan berapa lamanya keturunan kita menetap di Pahang.

4. Dalam kelompok yang ramai kerana kalah dan penyerahan kuasa secara aman disebabkan pertikaian keluarga disumatra , yang menang menggelarkan diri sebagai orang [puak] minang kabau [yang memerintah di tanah Sumatra hingga sekarang ini] dan yang kalah pula telah berpindah ketanah melayu [teutamanya di Pahang] dan itulah kumpulan rawa kedua. Dari pemerintahan raja melukut yang berpindah bersama – sama kerajaan dan bala tenteranya serta semua pengikut-pengikutnya.

5. Dari orang rawa dari minang kabau yang untuk menyelamatkan tahta kerajaan seri menanti [negeri Sembilan] mereka ini adalah keturunan raja minang kabau [hulubalang] mereka ini digelar [dikenali sebagai] pupu 40 seri menanti atau pupu 40 minangkabau. Apabila selesai urusan di seri menanti, mereka ini tidak kembali ke tanah minang tetapi telah bermukim rata ditanah melayu terutamanya di Pahang. Salah seorangnya ialah tenku umbak atau [tok ombok, maharaja ombak] gelaran dipahang.

6. Dari orang rawa/ minang [kaum agama]  yang melarikan diri [menyelamatkan diri] dari perang paderi ditanah minangkabau , ianya diantara kaum adat dengan kaum agama walaupun mereka ini adalah sedarah sedaging [bersaudara]. Mereka ini menggelar diri mereka RAO.

7. Adalah dari golongan  berdagang , mencari penempatan baru untuk bermukim dan datang mencari serta melawat saudara mara dipahang dan kemudiannya terus menetap [tidak pulang ketanah minangkabau].

Mereka –mereka ini telah bergabung dan menjadi entity atau masyarakat dan penduduk bumi Pahang hingga kepada yang ada sekarang.

20120610

16 Orang Papan Sekeping

ORANG PAPAN SEKEPING
ORANG EMPAT BERADIK PAGAR RUYUNG
PUPU 40 SERI MENANTI


Al-kisah lengenda/mitosnya…maka mereka ini adalah empat beradik laki-laki dari lapan beradik asal ditanah pagar ruyung.

mereka telah keluar dari tanah pagar ruyung mencari tanah baru untuk bermukim

mereka inilah yang dikatakan menyeberang laut/selat Melaka hanya menggunakan papan sekeping /berjalan diatas air/berdiri dibelakang haiwan laut.

Mereka telah meninggalkan hak mereka disana kepada adik-beradik perempuan mereka berempat,,, yang mana empat lagi adalah perempuan yang menetap dipagar ruyung itu telah mengambil alih dan mentadbir kerajaan tanah pagar ruyung sebagai amanah.

Mereka dan waris keturunan mereka inilah yang telah mentadbir tanah pagar ruyung sehingga kehari ini.

Mereka ini lah yang dikatakan kumpulan panji semerang(empat beradik perempuan.

Mereka lapan beradik ini adalah anak keturunan kepada maharaja Rumbak ditanah pagar ruyung…wallahhualam

Berpada-padalah dengan mitos ini jangan sampai menjadi keliru…….

20120609

Siapa dia Bendahara Megat Komeng

Soalan;
Siapa dia bendahara megat komeng dan gading (bini), keturunan raja melukut dari susur galor syed abd rahman putra, Pagar Ruyung. [terengba diguai].

Jawapan:

Itu adalah nenek moyang kepada Sultan Taufik sekarang ni. Orang tau hanya pagar ruyung je. Bukan RAO. Sebenarnya Rao adalah empayar yang besar, termasuk Pagar Ruyung, Kampar, Acheh dan banyak lagi.” Dulu dia orang ada sengketa keluarga ,dan nenek moyang kita mengalah dan diserahkan tahta kepada keturunan Sultan Taufik.

Mereka lari ke Pahang dengan semua bala tentera dan orang- orang besar dan lain-lain.
Koi (pakwa ?) pergi jumpa Sultan Taufik  tahun lepas. Bila dia tahu siapa koi ni (juga  saudara-saudara dari lanchang), dari atas kerusi Sultan Taufik terus turun kebawah besela atas karpet dengan kome. Dia yang cerita pasal perpecahan keluarga tu.(kembang hidung kome sekejap)

20120608

RAWA apa maksudnya?

1. RAWA apa maksudnya?

RAWA disebut dalam bahasa RAO makna Sawah, Paya atau Pamah

2.Orang RAWA nak khawin , cari orang GUAI, kenapa? Dan apa maksudnya?

RAO adalah nama pahlawan utama MAJAPAHIT, yang pulang ke tanah Rawa dan keturunannya digelar orang RAO. Apabila orang Rawa nak khawin,  cari orang guai ,  sebab Rawa Guai adalah jati dan keturunan diRAJA , dari seorang yang bergelar MAHARAJA OMBAK,( dalam bahasa kita) dan ini ada susur galur dari keturunan Raja AGONG ISKANDAR ZULKAINAIN. Sultan Taufik yang ada sekarang adalah sultan yang ke 35 sejak cucu iskandar zulkanain.[ini bukan dongen]

20120607

CARTA AHLI WARIS SEMENDA PAHANG

Menjadi Lembah Raja-Raja Bersemenda ( Waris-Waris)
Dari Keturunan Maharaja Bukit Seguntang/Iskandar Zulkarnain dan Ahli Bait.

MELAYU PAHANG TIDAK BERSUKU, 
INI KETURUNAN WARIS-WARIS.

CARTA AHLI WARIS SEMENDA PAHANG

Menjadi Lembah Raja-Raja Bersemenda ( Waris-Waris)
Dari Keturunan Maharaja Bukit Seguntang/Iskandar Zulkarnain dan Ahli Bait.

MELAYU PAHANG TIDAK BERSUKU, 
INI KETURUNAN WARIS-WARIS.


 Carta Ahli Waris Pahang (klik untuk besarkan)

WARIS-WARIS PAHANG - Bersemenda Pahang Tua (Waris Deli)
Brunai - Perak - India Tua - Kedah - Cina Tua - Kelantan - Arab - Terengganu - Maharani - Muar - Pattani - Champa - Kepayat Negara - Siam - Melaka - Sumatera - Negeri Sembilan - Jawa - Johor - Makasar - Selangor

20120606

Majlis Tahlil Di Tapak Bersejarah Masjid Tok Mengkarak

MAJLIS TAHLIL TERBUKA DI TAPAK BERSEJARAH MASJID TOK MENGKARAK
(Kawasan Perkuburan Islam Kampung Mengkarak)

Tarikh:
14 Julai 2012 (Sabtu)

Masa:
8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Tempat:
Perkuburan Islam Kampung Mengkarak. Bersebelahan Masjid Kampung Mengkarak, Bera, Pahang.

Anjuran: Perkim Daerah Bera Usahasama: JKKK Kg. Mengkarak dan AJK Masjid Kg. Mengkarak

ATURCARA
8.00 pagi -  Pendaftaran peserta/waris Tok Mengkarak

8.45 pagi -  Ketibaan tetamu jemputan - Pegawai Daerah Bera, Pegawai Agama Islam Daerah Bera, Pengerusi Perkim Daerah Bera, Penghulu, Ketua Kampung Mengkarak, Pengerusi AJK Masjid Mengkarak

9.00 pagi -  Tahlil bermula (Diketua oleh Pegawai Agama Islam Daerah Bera)

9.30 pagi - Jamuan ringan

10.00  pagi - Gotong-royong membersih kawasan kubur Tok Mengkarak

12.30 tengahari - Majlis Tahlil dan gotong-royong bagi menghargi Tok Mengkarak Tamat
Sumber gambar: mediaguai.blogspot.com

TUJUAN
1. Mengenang jasa dan perngobanan Tok Mengkarak dan kumpulan ulamak dan pendakwah zaman dahulu dalam menegakkan dan menyebarkan Islam.
2. Mengeratkan siratul rahim dan ukhwah Islamiah dikalangan waris Tok Mengkarak secara khusnya dan umunnya orang Melayu
3. Mengumpul senarai nama waris-waris keturunan Tok Mengkarak supaya dapat menyediakan dokumen senarai waris-waris keturunan Tok Mengkarak.
4. Mengumpul cerita-cerita lisan tentang Tok Mengkarak supaya dapat ditulis oleh mereka yang berminat..

Penganjur mengalukan-alukan kedatangan semua waris Tok Mengkarak yang berada di Bera, di Pahang, di Malaysia, di Nusantara dan diseluruh dunia.


SUMBANGAN
Penganjur juga sudi menerima bantuan ikhlas, Sumbangan derma boleh disalurkan ke:

AKAUN BANK RAKYAT: JKK KAMPUNG MENGKARAK
no akaun : 22-010-105754-1).

Atau

Ketua Kampong/Tok Empat Kampong Mengkarak iaitu ENCIK ROSLI BIN MOHD YUNAN  (no tel:019-9762553) Atau setiausaha JKK Kampung Mengkarak ENCIK MOHD SARIF BIN SULAIMAN.
-----------------------------
JURAI KETURUNAN TOK MENGKARAK

Sultan Baa Kilap Alam pagar ruyung. Ada dua anak dari ibu. (     ).sultan Muhammad@suji dibilang dan adik perempuan(                 ).
*sultan baakilap dan parameswara adalah berwaris
#Sultan Muhammad@suji dibilang
##Adik beradik perempuan (               )

#Sultan muhammad@Suji dibilang khawin dengan anak perempuan batin saridun temerloh.ada anak perempuan (        ) kawin dengan zainal abiding (kepayat negara)[isteri ke3]. Ada 3 anak, shabudin, sharudin dan maradah.

*sultan zainal abidin (Kepayat Negara).isteri 
[1] siti zubaidah. Ada anak,  Isteri
[2] waris jelebu. Ada anak .

+++orang besar berempat indera pahlawan dari susur keturunan zainal abiding kepayat Negara.

Shahbudin khawin dengan mardiah anak perempuan hj. Ismail bugis@tok bangau(2)

*tun@raja@hj. Ismail bugis (anak raja makasar)@tok bangau(2) khawin dengan anak tun selehudin@tok bangau(1) bin tun abd samad@bendahara pettani (3).[susur dari tun perak@bendahara Melaka]

Shahrudin kawin 
isteri [1]waris toksetia kerdau. Tiada anak. 
Isteri [2] waris bukit segumpal chenor.ada anak (              ).

Maradah khawin dengan panglima bagus bin dato matang [perak].

*panglima bagus bin dato matang [perak] bersusur kepada tun telanai bin tun perak@bendahara Melaka.

##adik perempuan(                 ) khawin dengan gurunya syekh hasim@nur bayan. Ada anak, dzol bayan@tok mengkarak[1]
*nur bayan  ini ayah nya arab(ahli bait) dan ibunya (          )
Dzol bayan@tok mengkarak[1]Khawin (           ).ada anak lima orang, 
tok mengkarak[2],tok adam, imam muda mamat,seri kampung dan seri pagi@bulan.

Tok mengkarak [2] kawin dengan (           ),  ada anak disengkarak.( cari susur orang tiga beradik negeri Sembilan)

Tok adam kawin dengan (                ), ada anak, khatib buruk.susur turunnya panglima maman

Imam muda mamat@keramat buntut pulau khawin dengan (              ), ada anak, tok paus//tok awas@orang besar berempat, indera sengara yang pertama]

Seri kampong khawin dengan tok jambi. Ada anak, (                   )

Seri pagi@seri bulan khawin dengan tok malik, ada anak, (                      )

*tok malik bin tun abd samad@bendahara pettani [3],dia membuka kubang pasu dikedah.

+++Orang besar berempat indera segara dari susur keturunan tok kebayan@tok mengkarak [1]

Tok batin sungkai @imam sahadan@ panglima dewa sahadan adalah sepupu kepada tok mengkarak dua. Dia adalah ayah kepada puteri hijau yang berkhawin dengan raja acheh.

Panglima Abdullah@dollah kancil adalah dari susur  imam sahadan.
-----------------------------

Sumber gambar: saja53.blogspot.com

HARAPAN
Marilah waris-waris semua berkumpul dengan semangat satu hati.

Kalau ada yang terguris hati ... buangankan
Kalau ada yang menyimpan dendam ... buangankan
Kalau ada yang rasa terkilan ... buangankan
Kalau ada yang bermegah ... buangkan
Yang jauh atau dekat ... kita sama sahaja
Yang besar atau kecil ... kita sama sahaja
Yang kaya atau miskin ... kita sama sahaja
Yang berpangkat atau bertongkat ... kita sama sahaja

Banyak kita satukan
Satu kita banyakkan

LINKS RUJUKAN
(padam)

MAKLUMAN KEHADIRAN
Melalui makluman kehadiran, pihak penganjur dapat membuat jangkaan jumlah ahli waris yang akan hadir. Mungkin dapat disediakan sedikit makan minum dan mungkin juga ada sedikit cenderahati kenangan untuk dibawa balik

Boleh nyatakan dibawah (klik pada 'comments') jika anda atau kumpulan anda berminat untuk hadir. Anda boleh nyatakan (1) Nama kumpulan (2) Dari mana (3) Jumlah kehadiran.

Sekian, Terima kasih.

20120605

15c Koming Mertua dan Koming Menantu Versi 3

Cerita 15c
Koming Mertua dan Koming Menantu (seorang imam dan seorang panglima)

Versi 3
dilain hari pula mertua mengajak menantu pergi ke sungai ,menjala ikan (siang atau malam tidak diketahui). Mertua memegang jala dihaluan dan menantu mengemudi diburitan perahu. Maka mertuapun menebar akan jalanya itu disatu kawasan lubuk yang dalam lalu tersangkut jalanya pada lantai lubuk dik kayu atau batu.

Ditanggalkan tali gelang jala daripada tangannya dan diberikan pada menantu sambil berkata “nah ambik dan pegangkuat-kuat tali ni, aku nak selam jala ni”(dia tak nak jalanya rabak kalau disentak dari atas).menantu yang mengambil tali itu hanya menganguk-anggauk sahaja. Terjunlah mertua kedalam lubuk untuk menguraikan(menanggalkan) jalanya,selepas menunggu lama tak timbul-timbul, menantu yang berada diatas perahu tadi dengan selambanya telah mengikat tali jala pada dahan kayu ditepi lubuk sambil berlalu balik kerumah (tuan dan puan fikir-fikirlah sendiri).

Mertua yang ditinggalkan dilubuk tadi berjalan balik kerumah sambil mencebet ikan dan jala nya dan sesampainya dia dirumah dilihatnya menantu sedang berihat diatas pelantar rumah dan mertua hanya senyum sengeh sahaja kepada menantu tanpa digaduhkan apa-apa pun.