KOMEN HEBAT DARI PENGUNJUNG BLOG INI.

zulkefli Ahmad Razali said...Apa yang sebenar dimahukan ?apakah untuk menaikkan byk benda yang tak betul? Byk yang katanya tahu,pandai tapi semuanya tak mengerti apa dimaksudkan atau yang tersurat serta tersirat. Biarkanlah ia mencari cari jalan,kerana tiada usaha yang mudah untuk berjaya kerana semuanya itu kehendak allah. Jgn hanya pandai berkata kata tapi hakikat nyatanya ada sesuatu yang terselit serta punya kepentingan. Maka kajilah dulu sebelum menyatakan kerana zaman sekarang byk tipu daya dari yang benar....06:50

Ibnu manaf said...assalamualaikum tuan laman pahang menggeletek hati saya baca post tuan2 ni semua dalam mencari ni bro...,lu tak boleh sombong bongkak takabbur suka suki lu aja campak pergi jauh Batin Terjali,lu orang ingat orang tua tu suka - suki pecah2 anak Maharaja Alif tu.... dah jumpa ke Biduanda Waris Nan Jerneh Luak Jelebu?? dah bukak ke terombo Biduanda Waris ngan waris tetua?? jangan luper ada ungkapan kalau tok undang jelebu naik "waris sarin putus2 adat,waris kemin berterabur adat,waris jelebu tersusun adat" schantekkk lu susun ayat kat sini fuhhh....bravo3 naik menggerutu wa tengok....sorry lah bahasa kasar. 11:55

Ibnu manaf said...tahu pun ad rahsia dalam rahsia saya bukan suka hati je nak sauk sana sini saya tanya dengan sopan,jawab dengan sopanlah. tahu pun orang tua2 berpusing sana sini mencari maklumat. dalam berpusing mencari maklumat mereka berapat kaki,peha ke peha,berbisik kalau perlu tahu pun ada yg macam2 niat. yg ad "niat" tu manusia,pihak tuan sendiri pun manusia.jngan lupa hakikat tu ye :) tahu pun ada kisah yg disimpan orng2 tua tapi kenapa tak terfikir ada banyak lagi maklumat yg tak terkumpul dari yg sedia ada sedapkan menunding jari?? :) semoga terbuka seluas-luasnya cara pihak tuan meneliti keadaan dan maklumat semoga Allah membuka Rahmat seluas-luasnya pada pihak tuan "hakikat diri manusia" sila jangan lupa perkara itu terpulanglah pada tuan,saya benar2 sakit hati dan terkilan dengan sikap tuan mana perginya integriti sebagai "pemegang amanah"? dalam hal perkara2 ni,ada ramai lagi di luar sana yg memegang amanah(sila ingat tu :) ) jazakallah...18:04

Koment pilihan. ANGGAPLAH APA YANG MEREKA TULIS ADALAH BETUL SEMUANYA. Batalkan niat anda untuk terus mambaca disini.

20130129

Sup Belut Kat Yah Kuantan Pahang (Jalan Sg Lembing)

 01. Kak Yah adalah salah seorang pengusaha kedai makan yang menyediakan hidangan berasaskan belut. Warong Belut Kak Yah ada menyediakan hidngan sup belut disamping lain-lain masakan.. Warong Kak Yah berhadapan dengan Petronas Jalan Sungai lembing. Belut (Monopterus albus) merupakan haiwan eksotik yang termasuk dalam kategori ikan. Bentuknya yang panjang dengan kepala bulat dan berinsang. Kelihatan seakan-akan ular ketika ia meliuk-llentuk dalam air. Tengok sahaja dah tegak semua bulu roma, apatah lagi nak dimasukkan dalam mulut. Biarpun ada rasa geli geleman hinggs tegak semua bulu roma, ramai yang teruja untuk merasa hidangan sup belut.
 02. Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Belut adalah ikan yang boleh dimakan. Tetapi ramai yang tidak “sanggup” memakan sang belut ini.
 03. Warong Belut Kak Yah hanya menggunakan belut yang ditangkap bukan yang diternak. Setelah berpengalaman menyediakann hidangan berasaskan belut semenjak berusia 14 tahun, Kak Yang dapat mengenali perbezaan antara belut tangkap dengan belut ternak.
 04.Kerap kali terdapat penangkap belut yang cuba-cuba menjual belut ternak kepada Kak Yah. Namun Kak Yah akan menolak secara terang-terang. Ini kerana belut ternak hanya boleh bertahan selama 4 hari sahaja. Manakala belut liar atau belut tangkap boleh hidup lebih lama.
 05. Hidupan sup belut ini kaya dengan pelbagai khasiat. Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding dengan ikan tenggiri dan selar. Ianya mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.
 06. Ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.
 07. Spesies ikan belut ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.
 08. Kak Yah telah terlibat dalam menyediakan masakan berasaskan belut ini ketika meniaga di Kota Bahru Kelantan.
 09. Warong Belut Kak Yah memulakan operasi seawal jam 6.00 pagi. Kak Yah mula menyiapkan bahan untuk masakan sup belut jam 4.00 pagi. Kak Yah hanya akan menunggu di warungnya sehingga jam 7.00 petang sahaja. Selepas waktu tersebut, warong di jaga oleh anak saudara Kak Yah. Kak Yah kena balik berihat kerana esoknya perlu mula bekerja jam 4.00 pagi.
 10. Tiap-tiap hari akan ada penangkap belut liar akan menghantar tangkapan mereka ke warong belut Kak Yah. Kebiasaannya Warung Belut Kak Yah memerlukan 40 kilo sehari. Kebanyakan pelanggan Warung Belut Kak Yang datang dari sekitar Kuantan. Tetapi dah ramai pelanggan-pelanggan dari luar pahang mula datang.
 11. Disebabkan bekalan belut liar tidak menentu, Kak Yah meminta pelanggan tetapnya menelefoh terlebihdahulu sebelum datang. Kak Yah tak mahu ada pelanggan yang keciwa bila sampai disebabkan kehabisan bekalan belut liar.
 12. Pada peringkat awal memang ramai yang geli-geleman bila diajak merasa sup ikan belut. Tapi bila dah rasa sekali sup belut Warong Kak Yah baru tahu nikmatnya.
 13. Ikan belut boleh dibuat macam-macam masakan. Jika hendak dibuat ubat eloklah dimakan cara masak sup. Cara ini dapat mengekalkan khasiat ikan belut. Dahulu Kak Yah jual ikan ini cara kerat. Tapi bila dah ramai yang minta hempedu ikan belut ini untuk ditelah sebagai ubat, kenalah jual cara lain. kini Kak yah jual penuh seekor. Jadinya hempedu tersebut hak orang yang membeli.

Selain hempedu belut, ada juga yang nak darah belut. Katanya nak mengubat sakit kulit anaknya. Setakat yang Kak Yah tahu penyakit kulit anaknya telah beransur sembut setelah disapu dengan darah belut. Semua tu dengan izin Allah SWT.
14.Kalau terasa nak mencuba sup belut Warong Kak Yah, eloklah cuba telefon dahuli 019-9881075.
15. Ini pula adalah gambar yang diletakkan di Warong Belut Kak Yah. Kata  Kak Yah itu adalh gambar tok moyang dia. Kalau ada sesiapa yang tahu cubalah sebut siapanamanya.

LINKS:
1. lamankongsi.com/2012/03/khasiat-belut-yang-mesti-ketahui
2. mstar.com.my/Khasiat_belut_membuka_selera&sec
3. bicaradariaku.com/2012/03/khasiat-belut
4. panduanpercuma.info/khasiat-belut
5. fifapg9.blogspot.com/2012/10/khasiat-belut
6. salampantaitimur.com/khasiat-makan-belut

No comments: