-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20130122

Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) 22 Januari 2013

Nasihat Hujan Lebat
(Peringkat Kuning)

Dikeluarkan pada: 06:25am pada 22 Januari 2013

SEKSYEN A : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Dikemaskini pada: 02:22am pada 22 Januari 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di negeri Pahang (Daerah Rompin) dan Johor (Daerah Mersing, Kota Tinggi, Kluang dan Segamat) dijangka berterusan sehingga Selasa, 22 Januari 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN B : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

Dikeluarkan pada: 06:25am pada 22 Januari 2013

Ribut petir dan hujan lebat di negeri P. Pinang (Daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Timur Laut dan Barat Daya), Johor (Daerah Ledang, Muar, Batu Pahat dan Kulaijaya) dan Sarawak : Bahagian Kuching (Daerah Kuching dan Bau) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa 22 Januari 2013.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri P. Pinang (Daerah Seberang Perai Utara), Johor (Daerah Johor Bahru dan Pontian) dan Sarawak : Bahagian Samarahan (Daerah Asa Jaya dan Samarahan) dan Kuching (Daerah Lundu).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.


SEKSYEN C: KAWASAN BANJIR
kemaskini 21 Jan 2013


 KAWASAN BANJIR
1 Kg. Gading - Rompin, Pahang -21/1/2013

PUSAT PEMINDAHAN
1. Balairaya Leban Condong- Rompin, Pahang - bermula pada 20 Jan 2013 -
 Bilangan Mangsa: 14 orang

SUMBER:
1. met.gov.my
2. portalbanjir.mkn.gov.my/pahang

No comments: