Riwayat dari anas ra, bahwa bapa saudaranya yang bernama anas ibnu-nadr tidak keluar bersama-sama rasululah saw kemedan perang badar. Maka hal itu telah menimbulkan semacam terbuku dihatinya, hingga ia berkata; sayang sekali!. Suatu pertempuran ang disaksikan sendiri oleh rasulullah saw, sedang saya tertinggal dibelakang tidak ikut serta. Demi allah, kiranya allah mentakdirkan suatu peperangan lagi, dimana rasulullah saw akan berjuang, niscaya allah akan menunjukkan apa yang akan saya lakukan.
Anas menyambung ceritanya; apabila berlaku pertempuran du unud pada tahun berikutnya, maka bapa saudara saya ditemui oleh saad bin mu’az yang bertanya: hendak kemana? Jawabnya: aduhai! Ini bau syugar! Saya telah mencium bau syurga di uhud. Maka dia pun bertempur dengan sengitnya sehingga menemui ajal, manakala dibadannya didapati lebih delapan puluh luka dari tusukan panah dan pedang. Tikaman-tikaman itu menyukarkan untuk menganali jasadnya. Kata saudara perempuannya: saya dapat mengenal jasad anas hanya dengan pakaiannya saja.
Kerana itu, maka turun ayat berikut; maksudnya
“Orang-orang yang menepati apa-apa yang mereka telah janjikan kepada tuhan”.
Berkata mujahid: ada dua orang yang tampil dihadapan khalayak ramai seraya masing-masing berkata kiranya saya diberi rezeki oleh allah ta’ala harta yang banyak, niscaya saya akan membelanjakan harta itu untuk sedekah. Tetapi apabila mereka telah diberikan harta, lalu mereka pun lupa akan janjinya itu, maka turun ayat berikut:
(at-taubah: ayat 75-77)maksud; “diantara mereka ada orang-orang yang berjanji kepada allah: andaikata kami diberi allah kunianya, niscaya kami akan bersedakah dan akan menjadi orang-orang yang soleh. Apabila allah memberikan kunianya, mereka lalu menjadi kikir dan berpaling sambil menentang. Hal itu telah mengakibatkan tercetusnya nifaq didalam hati mereka sehingga mereka menemuinya (allah), disebabkan mereka memungkiri allah terhadap apa yang mereka janjikan dan kerana mereka itu berdusta.”
Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang
PENAFIAN: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Ini koleksi Pengurusan Ilmu peribadi kami untuk pendidikan & pembelajaran, bukan perdebatan. Allah SWT beri ruang bertanya & berbincang. Perlu ada sabar & cerdik supaya tahu, kenal, faham, mengerti dan pasti dengan dalam iman. Inilah dakwah kecil (الدَّعْوَةُ الصَّغِيرَةُ) kami. Moga Allah SWT jauhkan kita dari keburukan, kerugian, kehinaan & kesombongan melalui apa yang dikongsi di sini. آَمِيْن.
KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah:
PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment