-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20130116

PERSATUAN SENILUKIS DAN SENIREKA MELAYU NEGERI PAHANG (senika) sambut Jubli Perak 1986-2012

Seni dan lukisan adalah ekspresi seseorang yang halus dan indah serta mempunyai nilai estetika yang tinggi dan meliputi pelbagai cerita.

Seni dapat dinikmati sebagai santapan jiwa. Masyarakat pada zaman purbakala anggap seni sebagai sumber penting dalam kehidupan mereka terutama untuk berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung.

Seni Untuk Masyarakat telah diperjuangkan oleh ASAS 50. Manakala Seni Untuk Seni pula diperjuangkan oleh Hamzah Abdul Majid Hussin (Hamza). Kedua konsep ini tetap merujuk kepada hasil seni yang dihasilkan oleh seorang insan.

Seni lukisan juga dikaitkan dengan pengalaman istimewa seseorang yang digambarkan melalui gerak minda dan gerak hati lalu diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi.

Mudah kata, lukisan merupakan satu disiplin seni yang boleh dikaitkan dengan keperluan psikologi sejarah dan artistik.

Perkara ini terbukti kerana pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu:
-daya visualisasi,
-daya emosi
-daya estetika.

Pandek kata, semua manusia berhak menjadi pelukis. Pengalaman anak kecil menconteng dinding adalah fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi.

Secara umumnya seni lukis mempunyai tiga kepentingan iaitu bagi tujuan:
-kajian untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar;
-rakaman peristiwa penting
-alat komunikasi

Inilah perjuangan SENIKA PAHANG.

Maka pada 26 November 2012 Senika Pahang telah menyambut Jubli Perak penubuhannya di Dewan Perbadanan Perpustakaan awam Pahang.


Tajuk: Pengkisahan SENIKA Pahang 1986-2012
Tarikh: 26 November 2012
Tempat: Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Senika Pahang kini mempunyai kira-kira 348 ahli dan Senika Pahang yakin dapat membawa industri seni negeri Pahang ini lebih jauh sekiranya mendapat sokongan padu pelbagai pihak.

Untuk itu Persatuan Senilukis dan Senireka Melayu (Senika) Pahang berharap untuk mendapat dana industri kreatif. Dana sebanyak RM200 juta telah disediakan oleh kerajaan bagi membangunkan industri ini.

Pengerusi Senika (Mohd Shaimy Hashim) memerlukan dana tersebut bagi membeli sebuah bangunan yang boleh dijadikan galeri, pejabat dan studio Senika Pahang.

Pengerusi Senika (Mohd Shaimy Hashim) berharap pihak di Pahang dapat menikmati dana ini. Beliau berharap kelulusan permohonan jangan tertumpu pada mereka yang berada di Kuala Lumpur sahaja.

Satu kertas kerja bagi mendapatkan nasihat daripada Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Pahang (JKKNP) serta Balai Senilukis Visual Negara (BSVN) akan disediakan oleh SENIKA Pahang. Ini kerana JKKNP dan BSVN adalah jawatankuasa dana tersebut.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat dan Datuk Aripin Said.

Pengerusi Senika (Mohd Shaimy Hashim) memohon kepada Kerajaan Negeri supaya  menyediakan balai seni lukis yang tetap dan lengkap.

Senika Pahang juga berhasrat mengadakan majlis anugerah dan penghargaan kepada individu serta institusi kerajaan dan swasta yang banyak berjasa memajukan seni visual di Pahang.

Semasa majlis ini telah diadakan penyampaian dokumen sejarah Senika kepada jabatan-jabatan oleh Datuk Wan Adnan Wan Mamat , Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaa Negeri Pahang.
sumber gambar: sinarharian.com.my (senika-pahang-mohon-dana-industri-kreatif)

LINKS:
1. senika-senika.blogspot.com  (21.12.2008)
2. gabunganpelukis.blogspot.com
3. jasmian.wix.com (biografi-jas)
4. sinarharian.com.my (senika-pahang-mohon-dana-industri-kreatif)
5. susurdenai.blogspot.com (plein-air-gunung-keriang)
6. suteramalaya.blogspot.com (laporan-ekspedisi-lakar-endau-rompin)
7. arepeas.blogspot.com (pelukis-mohd-shaimy-hashim-senika)
8. pahangsenika.blogspot.com (22.6.2009)
9. rimbundahan.org (ilham_fadhli - ADA LANG ADA SIPUT ADA BAKAU ADA KITA)
10. utusan.com.my (Seni lukis semakin aktif di Pahang)
11. kizzkazz65.blogspot.com (mengungkit-kenangan-lalu-bersama)
12. rajawaliartgallery.blogspot.com (sekitar-pameran-warna-menjunjung kaseh)

No comments: