KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20111122

Buku: Pengkatalogan Bahan Maklumat ditulis oleh Zuraidah Abd Manaf dan Yushiana Mansor


Pengkatalogan Bahan Maklumat
ditulis oleh Zuraidah Abd Manaf & Yushiana Mansor


Kulit Keras
ISBN: 9789833317936
Harga:
RM260.00 (Semenanjung Malaysia)
RM286.00 (Sabah & Sarawak)

Kulit Lembut
ISBN: 9789833317820 
Harga:
RM89.90 (Semenanjung Malaysia)
RM98.90 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis
Buku ini memberi panduan asas tentang bagaimana mengorganisasi bahan maklumat yang terdapat di perpustakaan atau bahan-bahan pengumpul maklumat. Ia amat sesuai untuk digunapakai oleh mereka yang ingin mengetahui teori-teori asas pengkatalogan and pengkelasan bahan maklumat. Selain daripada itu, buku ini dilengkapkan juga dengan latihan-latihan yang bertujuan membentuk kecekapan di dalam mengaplikasikan teori-teori tersebut.

Pengarang


Dr. Zuraidah Abd Manaf adalah pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau memperolehi ijazah kedoktoran dan sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Berpengalaman selama 10 tahun sebagai pustakawan di Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (1989-1999) dan sebagai seorang pensyarah di dalam bidang pengorganisasian maklumat lebih dari 10 tahun.


 Prof. Madya Dr. Yushiana Mansor adalah pensyarah di Jabatan Sains Perpustakaan dan Maklumat, di Fakulti Maklumat dan Teknologi Komunikasi, UIAM. Beliau memperolehi ijazah kedoktoran dari Universiti of Pittsburgh, A.S. dan sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa. Berpengalaman lebih 15 tahun sebagai pensyarah di dalam bidang pengurusan maklumat.

Copyright © August Publishing Sdn Bhd, All rights reserved.
Our mailing address is:
editor@augustpub.com

August Publishing Sdn Bhd
3F-15, IOI Business Park,1 Persiaran Puchong Jaya Selatan,Bandar Puchong Jaya,47170 Puchong,Selangor
T: 03-8075 9168   F:03-8076 3142
Website: www.augustpub.com

No comments: