-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20111115

Restoran Nasi Minyak Za Tanjung Api (Cawangan)

 1. Pada 21.10.2011 saya berpeluang bersama Otai Makan-makan untuk meninjau satu lagi restoran di bandar Kuantan. Pada kali ini saya dibawa ke Cawangan Restoran Nasi Minyak Za Tanjung Api Kuantan. Nasi Minyak adalah salah satu makanan yang menjadi keistimewaan yang ada di bandar Kuantan. Kalau di tempat-tempat lain kita jarang-jarang atau kadang-kadang jumpa nasi minyak.Kebiasaannya pada masa orang kawin. Tetapi di Kuantan Pahang Darul Makmur kita boleh berjumpa dengan nasi minyak pada setiap hari. Antara nasi minyak yang paling popular di Kuantan adalah Nasi Minyak Za Tanjung Api.
 2. Tengok tukang isi nasi sedang isi nasi pun dan terasa kesedapan nasi minyak Za Tanjung Api Kuantan. Jangan keciwa kalau ketika sampai tak ada meja kosong. Jangan terus lari, sabar. Untuk menikmati sesuati yang sedap perlu menunggu giliran. Tak rugi bersabar.
 3. Inilah rupa nasi minyak Za Tanjung Api. Nampak simple sahaja. Tetapi kalau dimasukkan dalam masuk mulut, hanya keluar ayat aaaaaaaaaaa dan uuuuuuuuuuuuu sahaja. Tambah pula kalau dikawinkan dengan  teh tarik, sedawa panjang la jawabnya.
 4. Otai Makan-makan sedang merasmikan hidangan nasi minyak za Tanjung Api Kuantan. Otai Makan-makan memilih lehir ayam untuk dilawankan dengan nasik minyak za Tanjung Api Kuantan. Bagi yang belum otoi kena saksikan dahulu perasmian oleh otai barulah boleh menikmati nasi minyak Za Tanjung Api kuantan.
 5. Minuman pilihan adalah teh o dan neskapi o untuk yang takut tersedawa panjang. Encik Aziddin dan Encik Amir terpaksa sabar menunggu upacara perasmian oleh Otai Makan-makan.
 6. Gulai ayam yang perlu dimakan bersama nasik minyak za Tanjung Api. Bagi Otai Makan-makan, beliau makan nasi sikit tetapi makan ayam banyak.
 7. Hidangan lengkap nasi minyak za Tanjung Api bersama gulai daging dan acar.

No comments: