Pahang Sasar 32 Emas
Oleh Asrol Awangsukan@hmetro.com.my
SUMBER: hmetro.com.my
SEBANYAK 32 pingat emas disasarkan tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2012, Pahang pada temasya sukan terbesar negara yang dijadual berlangsung Jun tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, antara penyumbang utama pingat emas ialah menembak, silat dan olahraga.
Menurutnya, semua atlet menjalani latihan di bawah kendalian persatuan sukan masing-masing dan kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Pahang (MSP) memantau perkembangan mereka.
“Sebagai tuan rumah, kami bukan saja menumpukan kepada prestasi kontinjen, malah penganjuran kejohanan sukan berprestij itu adalah yang terbaik. Sebanyak 32 pingat emas adalah sasaran awal tetapi dengan beraksi di gelanggang sendiri tiada yang mustahil untuk menambah pungutan pingat emas.
“Pada masa sama, kami mensasarkan berada dalam kelompok tiga kontinjen terbaik Sukma 2012 berdasarkan prestasi semasa berikutan Terengganu dan Selangor dijangka menurunkan barisan atlet terbaik mereka,” katanya.
Bagi memastikan kemudahan sukan berada pada tahap terbaik, Wan Adnan berkata, kerja menaik taraf membabitkan gelanggang utama, antaranya kolam renang dan Stadium Hoki Kuantan di Wisma Belia Indera Mahkota, petanque di Balok, Laman Woodball di Pantai Hiburan Rompin, Lapang Sasar di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) akan dilaksana.
Pahang Sasar Empat Emas Acara Basikal di Sukma 2012
Oleh Asrol Awangam@hmetro.com.my
SUMBER: hmetro.com.my
Ketua jurulatih Pahang En. Aminuddin Sulaiman
EMPAT emas menjadi sasaran Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) pada Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang Jun tahun depan, biarpun sedar ujian getir bakal dihadapi 17 pelumbanya.
Pada kejohanan sukan terbesar di negara ini, Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) menyandarkan harapan kepada 17 pelumba, masing-masing 12 lelaki dan lima wanita dalam acara iaitu trek, lebuh raya, basikal bukit dan BMX.
Ketua jurulatih Pahang, Aminuddin Sulaiman berpuas hati dengan komitmen 20 pelumba termasuk atlet kebangsaan dan pelapis yang menjalani latihan intensif.
Menurutnya, beliau bersama pembantunya, Abdul Aziz Aliasak melatih 10 pelumba di Temerloh manakala bakinya terbabit bersama skuad negara termasuk mereka yang beraksi di Sukan Sea Indonesia November depan.
“Tiga pelumba juga diserapkan dalam skuad pelapis negara yang memberikan kelebihan kepada Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) untuk membariskan pelumba terbaik pada Sukma nanti.
“Semua pelumba berada pada prestasi terbaik terutama dari segi komitmen dan disiplin untuk memburu empat emas bagi memperbaiki pencapaian di Sukma Melaka tahun lalu.
No comments:
Post a Comment