-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20111122

Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) 06:40am 22 November 2011

SEKSYEN A : AMARAN HUJAN LEBAT ( PERINGKAT JINGGA)
Dikemaskini pada : 6.40 pagi 22/11/2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun di Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai), Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan) dijangka berterusan sehingga Khamis, 24 November 2011.

Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN B : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
Dikemaskini pada 8.50 pagi 21/11/2011.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Perlis (Daerah Padang Besar, Kangar dan Arau) dan Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Langkawi) mulai Selasa malam, 22 November 2011 sehingga malam Khamis, 24 November 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT
Dikemaskini pada: 6:40 pagi pada 22 November 2011

Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Pahang (Daerah Pekan dan Rompin) dan Johor (Daerah Mersing) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa 22 November 2011. Keadaan cuaca yang sama dijangka di negeri Pahang (Daerah Jerantut, Maran dan Bera) dan Johor (Daerah Segamat).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.

Sumber: met.gov.my

No comments: