-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20181130

JANGAN GANGGU RUMAH PUSAKAKU

RUMAH PUSAKAKU

Rumah pusakaku bergoyang
ada yang ingin menduga
ada yang ingin mencuba
ada yang cuba menyiram minyak
Cuba membakar
menghidupkan kembali
api yang telah padam

sungai yang dulunya tenang
tiba-tiba bergelora
yang dulunya jernih
kini keruh bergelodak

jangan ganggu Rumah Pusakaku
jangan ganggu Rumah Pusakaku
kenal asal usulmu
kenal dirimu

jangan sampai puisiku
menikam urat lehermu
membelah tiap jantungmu
kernaku tahu asal usulku

Siapa kamu
yang cuba mencabarku
meruntuh Rumah Pusakaku....

Penaluka Kersani

No comments: