Kalau hari dalam bulan atau
kelendar kiraan
disebut orang
hari bulan.
Kalau bulan penuh
disebut orang bulan
mengambang atau
15 hari bulan.
Kalau lama sangat
disebut orang berbulan-bulan.
Kalau jumlah harinya
disebut orang cukup bulan.
Kalau hal perempuan
disebut orang datang bulan.
Kalau waktu gelap
disebut orang gerhana bulan.
Kalau dalam setahun
jumlah ada 12 bulan.
Bulan yang mengelilingi pada bumi
cuma ada satu sahaja bulannya.
Dan orang melayu tak menggelarnya bulan,
mereka menggelar purnama.
[untuk mengira hari dan bulan]
Dan kalau disebut orang;
bulan dipagar bintang,
itu senikata lagu.
Dan kalau disebutkan orang;
pungguk rindukan bulan,
itu orang anggau.
Oleh Neguai
18.10.2018
19 comments:
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
maka kami telah sampaikan apa yang dikiaskan oleh rasulullah dalam tuturnya semasa di padang arafah, hajinya :[juga dalam kias].
moga-moga,ada dari kalangan tuanpuan dan mereka yang semasa dan selepas dari kami akan memahami akan kias yang kami perbentangkan.[fekahnya,adatnya,adabnya,dan serta ilmunya]
[kiasnya]:sampaikan lah oleh kamu kepada orang yang tiada disini pada hari ini,moga-moga orang yang terkemudian dari kamu akan lebih memahaminya dengan apa yang telah aku sampaikan. ya allah saksikan lah,aku telah sampaikan seruan mu kepada seluruh manusia dan seluruh alam.
inshaallah.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
pada solat setiap waktu dan sunnat;selepas mengankat takbir,maka di bacakan doa iftitah,dan didalam doa yang dibacakan itu diucapkan,sebutan wajahtuwahjiya[betulke,kalau tak betul,tolong betulkan].
apa yang akan dipertanyakan adalah:
semasa tuanpuan membaca doa iftitah itu,wajah dan hati tuanpuan,tuanpuan hadapkan kepada mana?
kepada allah? atau kepada kabbah?.
kalau jawapannya kepada allah;....betul.
dan kalau kepada kabbah;......itu salah,sebabnya kabbah itu hanyalah arah kiblat sahaja.
sebab itulah: turun ayat[maksudnya,lebihkuranglah]:
hadapkanlah wajahmu kemana atau, ketimur atau kebarat.
maka hadaplah wajahmu kebaitullah. yang sebelum itu solat mengadap ke arah baitulmakdis.
bukannya baitulmakdis atau baitullah yang wajib di hadapkan wajah kita,yang wajib dan yang sepatut taatnya wajah kita adalah kepada allah.
yang mana para ulama menghuraikan bergini:
semasa kita solat,itu bermakna kita sedang mengadap dan berbicara dengan allah@ tuhan yang mengcipta kita. mana boleh pandang ketempat lain.
contohnya: kalau kita mengadap raja,muka kita dihadap kemana?,dah tentulah ke muka raja yang kita hadap itukan,kalau kita berpaling atau buat indah-tak indah,alamatnya di marahi atau kena jerkoh dik raja.
datang mengadap raja,sebaliknya bila bercakap muka mengadap dinding,itu dinamakan biadab atau tak ada adab.
inshaallah,dengan izin serta kebenaran allah.di kiaskan pembentangan.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
lihat perumpamaan kepada semut atau anai-anai atau lebah;
jemaahnya mereka itu atau mereka berjemaah. bekerja mengikut atur cara yang telah ditetapkan, mengikut bahagia-bahagian kerja yang telah di tetapkan.
diantara satu sama lain, tidak berebut-rebut,tidak mendabik dada, bagi mempertahankan kumpulan keluarga mereka.
mereka akan menyelamatkan satu sama lain jika terjadinya musibah dan membetulkan semula sarang mereka bersama-sama,dan tiada yang menjadi..... melainkan satu ketua nya sahaja yang memberi arahan.
dan yang lainnya tuanpuan perhatikan sendiri lah.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
manusia ni ada dua jenis sahaja:
yang pertama: yang tahu[tidak di bincangkan lagi].
yang kedua: yang tak tahu [ada dua jenis].
1] jenis yang main ikut-ikutan dan tiru.
2] jenis yang lagak tahu.
bila ditanyakan kepada mereka: mereka jawab: aku dengar sipulan tu cakap atau dalam kitab si pulan tu yang sebut.
dan yang lagi teroknya: bila mereka beralasan; dalam al quraan dan dalam al sunnah[hadis nabi dah sebut], ini manusia banyak-banyak bahaya woo,main ikut dan baca membuta tuli,lansung tak di muzakarahkan dan disahkan dengan manusia yang tahu.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].[yang disebutkan dua rakaat satu salam]
dalam solat,pada setiap rakaat,akan ada berapa rukun,maka ia akan menjadikan jumlah tadbirnya menjadi?;[kiralah dengan tenang]
rakaat pertama; berapa tadbir untuk mencukupkan rukun.
rakaat kedua; berapa tadbir untuk mencukupkan rukun.
makanya jumlah tadbirnya sama ke tidak,kalau tak sama jumlah tadbirnya, boleh ke disebut solat tu lengkap. dan kalau tak lengkap,bahagian tadbir untuk rukun yang mana yang ditinggalkan atau hilang?.
kami tidak mahu menyediakanjawapannya,bahkan tuanpuan sendirilah yang perlu menjawabnya sendiri.
solatnya sah sebaliknya tak lengkap,jadinya macammana yang dikatakan;solat yang lengkap serta sempurna itu.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].[amalam manusia]
1]ada manusia yang amalannya ditolak mentah-mentah,
2]dan ada manusia yang amalannya didikembalikkan semula tidak di terima,[sehingga manusia itu lengkap serta sempurnakan amalan mereka]
3]dan ada manusia yang amalannya di terima dan di simpan baik-baik di baitul makmur.
manusia 1];itu yang disebut kufur kepada allah.[rasanya tak perlu di perbentangkan,faham-faham sendiri sudah]
manusia kedua 2]; golongan ini lah yang paling ramai sekali.[akan di perbentangkan nanti]
manusia 3]; tak ramai yang tergolong dalam kompulan ini.[golongan rasul-rasul,nabi-nabi,awlia serta wali-wali,dan hamba-hamba allah yang *seperti yang di beritakan dalam al quraan serta mendapat jaminan allah serta rasulullah]
inshaallah.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
pada kumpulan manusia kedua itu; mereka bertingkat-tingkat akan duduknya.
ada yang diangkat amalannya sehingga kelangit pertama,sebaliknya tidak di bukakan pintu langit pertama dan suruh dikembalikan oleh penjaga pintu langit pertama,lalu di curah seperti orang membuang sampah layaknya akan amalan manusia keatas kepala manusia itu sendiri.
seterusnya ada amalan manusia yang melepasi pintu langit pertama sebaliknya tidak melepasi pintu langit kedua,dan bergitulah seterusnya lepas dan tidak di lepaskan pada setiap pintu langit akan amalan manusia sehinggalah kepada langit ketujuh.
untuk melepasi pintu langit ketujuh itu,amalan manusia hendaklah lengkap serta sempurna,makanya kalau dah tak nak belajar mengenal diri macam mana nak mengenal allah dan islam.
yang dikatakan, lengkap serta sempurna, itu;[kenal akan diri sendiri,kenal akan allah,kenal akan islam]
kita tahu siapa diri kita,apa tugas dan tujuan kita,lengkapkan serta sempurnakan hak allah,islam, rasulullah,adam,hawa. dan bukan buat untuk pahala.
amanahnya,syukurnya,redhonya,ikhlasnya,semuanya mesti lengkap serta sempurna,lagi bersih.
contoh,nya kepada makanan yang baik lagi sedap;maka pemberian makanan yang sebergitu akan di terima malah akan di puji dan akan di minta kalau ada lagi.,sebaliknya makanan yang kuran sedap,kotor atau dibuat atau dibungkus dengan cincai,mana akan pergi,dah tentu dalam tong sampah: tuannya tahu atau tanpa pengetahuan tuannya makanan itu.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
manusia kumpulan kedua; makanya tak dikiralah siapapun manusia itu[kalangan lelaki dan perempuan]; orang biasa,adib,habib,guru @ ustat,ulama,imam,pemerintah @ raja @ sultan atau wali dan pemangku wali kota sekalipun. kalau amalannya tak lengkap serta tak sempurna: akan tetap di humbankan amalan yang tak lengkap dan tak sempurna itu keatas kepala manusia si pemilik amalan.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
keseluruhan jawapan yang tuanpuan cari ada dihadapam mata tuanpuan sendiri,seperti dikatakan oleh orang yang tua-tua;
kalau tak di pecahkan ruyungnya.
al quraan serta al sunnah yang ada dihadapan tuanpuan itu wajib dan hendaklah di hadamkan dengan betul-betul.
untuk menghadamkannya dengan betul,maka kenalah di usahakan seperti lumrahnya orang bertani dari mula membuka tanah ladang sehingga mengeluarkan hasil.
dari hasilnya di masak dari bahan yang mentah sehingga kepada ianya masak boleh dimakan dan dihidangkan.
dari hidangan itu,makanan yang telah dimasak dengan sedap,perlu disuap kedalam mulut,dan di kunyah sehingga lumat dengan sopan teratur sabar,dan tidak gopoh serta gelojoh.
makanan yang telah lumat itu hendaklah ditelan sedikit demi sedikit beransur-ansur,dan barulah ianya dapat dihadamkan dengan baik.
barulah mendapat menjadikan jasad dan roh yang baik.
inshaallah.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
apa yang kami perbentangkan kepada tuanpuan,semuanya yang di ambik sandarannya dari dalam al quraan serta al sunnah,yang di bacakan oleh pemegang amanah fekah,pemegang amanah adat,pemegang amanah adat,pemegang amanah ilmu kepada kami,terutamanya dalam penusunan sanad atau teremba keturunan.[terutamanya keturunan dari sanad nabi ibrahim yang menurun melalui nabi ishak,nabi ismail,dan ayahnya iskandar zulkarnai].
dan kesemua berita yang diperbentangkan itu adalah berita yang kiasnya adalah kias al quraan dan kias al sunnah. tiada kias baru yang diperbentangkan melainkan jika memang tidak ada atau tidak pernah dikiaskan pada zaman yang lama,itu pun mestilah bersandarkan kisah yang pada zaman yang lama,kerana kisah lama akan beserta hukumnya bersekali.itu yang disebutkan sebagai sejarah yang silam.
maka ilmu yang ada zaman ini,hanyalah beberapa peratus sahaja berbanding zaman yang silam,oleh kerana ilmu yang dianugerahkan dahulu oleh allah kepada manusia telah disalah gunakan atau di salah pakai oleh menuasia sendiri,yang menyebabkan kerosakakan diatas muka bumi.
makanya manusia ini tidak serik-serik mengulangi salahlaku-salahlaku yang sama berulang-ulang tanpa reti hendak memulihkan atau memperbetulkan semula kerosakan yang menusia lakukan itu.oleh itu banyak ilmu-ilmu yang di tarik balik atau tidak dibenarkan untuk di gunapakai oleh manusia.
tiada apa yang pelik dan ajaibnya dalam kejadian atas muka bumi ini,hanyalah manusia sendiri yang menjadikan perkara itu menjadi atau nampak luarbiasa,itu yang pelik dan ajaib sebenarnya.
salam,tuanpuan.
kiasnya;[ ].
tuanpuan kena ada keyakinan dan keberanian bagi menjawab dan membentangkan jawapan,apalah sangat yang ditakutkan.jawapannya adalah suatu pembentangan muzakarah. salah atau betul atau tidak tepat,itu pendapat memasing.
cuba lah dahulu,baru tahu akan duduk perkaranya. inshaallah.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
sebagaimana gambaran mendaki laluan bukit kertau[seperti gambar yang ditunjukkan],maka bergitu jugalah,akan laluan penyusunan keturunan.
ada kalanya senang,adakala susah,adakalanya diganggu dengan panorama yang indah,adakalanya di usik dengan perkara yang menakutkan,maka pendakiannya mestilah sah sampai kepuncak bukit kertau itu,baru tahu kenapa bukit itu penting.[dan bukan setakat mendengar cerita orang semata],[ada sejarahnya,ada halangannya,ada cerita-ceritanya,dan lagi,dan lagi,dan lagi,dan lain-lain lagi].
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
rupa-rupanya,dalam kalangan mereka -mereka itu,ramai yang tak mahu belajar dari dalam al quraan dan sifat dua puluh,dan nasihat rasulullah hanya menjadi angin yang lalu di tepi telinga aje rupanya.
ego dan tamak mereka, memegang hati mereka, mereka mengambik untungnya,dan di berikan daki kepada orang lain.
makanya mereka-mereka atau manusia yang membongkar atau mengeluarkan kuman itu dari kuburnya dengan sengaja,akan di kifarah,dari sebab ego dan tamaknya diri mereka.
penyakit jangkitan kuman tanah ini,masih tidak ada penawarnya buat masa sekarang,ianya hanya membawa kepada maut sahaja.[hati-hati lah].
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
lima tiang lima penjaga,
urusannya lengkap serta sempurna,
urusan pemulihan kepadanya selesai.
inshaallah.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].[tabal]
[bersiram]
beras
bunga
kulit
air
cekor
jerangau
daun
setanggi
batu
benang
[langkah]
tujuh langkah.
[pantun]
kedah 1
perak 1
pulau pinang 1
selangor 1
negeri sembilan 1
johor 5
pahang 3
kelantan 5
terengganu 1
pattani 1
pagar ruyung 1
melaka 1
siap selesai lengkap sempurna.
inshaallah,dari izin serta kebenaran allah.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
manusia zaman ini bertanya;mereka mencari:
siapa melayu
dimana bahtera nabi noh
mencari harta karun @ qorun
mencari barang nabi sulaiman
mencari barang nabi musa
mencari keluarga nabi isa
mencari peninggalan adam dan hawa
siapa iskandar zulkarnai dan hartanya
mencari kitab asal zabur,taurat,injil.
mencari umur dunia dan atau umur bumi.
sebaliknya mereka tidakpun berusaha mencari diri mereka sendiri.
carilah dalam al quraan,adalah jawapannya.
dah tak cari,mana nak jumpa.
dok pakai pendapat kitab je,
kitab-kitab karangan ulama itu perlu disandarkan kepada al quraan,dan bukannya al quraan disandarkan kepada pendapat kitab ulama.[kitab tu huraian atau ulasan pendapat ulama pada masa zamannya].sepatutnya digunakan untuk huraian kefahaman aje.dan bukannya untuk manusia kemudian bersandarkan diri kepada mereka.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
kenapa ramai yang masih berpegang kepada peribahasa ini:[ditelan mati emak,di lueh atau dibuang mati ayah];atau[telor dihujung tanduk]:kedua-duanya membawa maksud yang sama.[serba salah].
dalam fekah, tiada akan kedudukan seperti peribahasa ini,dalam keadaan serba salah.sebabnya peribahasa yang kedua-duanya itu hanyalah sebagai penduga atau dugaan semata-mata keatas diri manusia yang tak mahu ambik tahu atau taknak mencari diri atau tak mahu mengenal diri.[ hanya pasrah dan berserah,tidak ada usaha][makanya ilmu yakin kepada tahu dan ilmu yakin kepada faham,tidak pernah ada atau ujud dalam hati diri manusia itu.mereka sangsi,sakwasangka serta was-was sentiasa kepada diri mereka sendiri dan kepada manusia lain].
makanya menusia itu tidak berilmu berkenaan diri mereka sendiri dan berkenaan ilmu ketuhanan.[[dalam] ilmu, mengenal diri dan mengenal allah].
yang menyebabkan manusia-manusia itu, tidak tahu untuk membuat keputusan atau pemilihan kepada jawapan.makanya, jawapan-jawapan itu pulak yang menjadi persoalan dalam diri manusia-manusia itu sendiri.
inshaallah,dengan izin kebenaran allah di bentangkan.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
rukun islam beserta dengan rukun iman[bersekali];
urusan kepadanya, siap lengkap sempurna.
inshaallah, dari izin kebenaran allah.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
bera bara
membera membara
ibarat api dalam sekam
genggam bara api biar sampai jadi arang
arang batu
batu api
menang jadi arang,kalah jadi abu
batu tungku,akhirnya di buat orang.
merah menyala, marahnya;
jika disalah gunakan tak bertempat;akan menjadi dendam.
jika betul guna pada tempatnya;tegaklah akan benarnya.
Post a Comment