-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20181130

Membilang Waktu Sejarahmu

Tasik Chini

Saat hadir aku disisimu..
Membawa hati yang lara..
Ku lihat tenang air muaramu..
Damai disini sepi yang nyata..

Mengkuang bersusun indah..
Pepohon hutan tinggi menegak..
Suara kicauan beburung merdu..
Dendangan lagu rimba...

Lagendamu ..
Naga Tasik Chini di Laut Gumum..
Merentas bilah aksara rindu..
Aku disini membilang waktu sejarahmu..
Mendakap kasih dan sayangmu.
Naga Sri Gumum dan Sri Pahang..
Bersatu dalam tasik yang indah..

Aku lelah didada kasihmu..
Merela kasih mendamba rindu..
Ukirlah perjalanan singkat dalam memori..
Untukmu demi kasih dan cinta..
Tasik Chini.

z AIN aL CCZ Bukit Setongkol
13 5 24 Lake Chini Resort

Bike Pahang is with Penaluka Kersani.

No comments: