-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20200710

Putri Saadon dan Cek Siti Wan Kembang

salam;

dalam bab putri saadon dan cek siti wan kembang;makluman:

cerita mereka dahlah terfitnah,makanya jangan ditambahkan lagi fitnah pada cerita mereka.

akan menyebabkan bertambah sungguh aib jadinya sejarah mereka kedua itu oleh pembantangan mereka itu,boleh menyebabkan menambahkan lagi perselisihan warisan kedua keluarga itu. jangan tambah tambah dosa diri tu.

inshaallah.
15:54

10 comments:

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

tulisan yang disebutkan pada dahi dajjal;tak lengkap.

ia juga boleh dimaksudkan kepada kifarah;selain dari yang mereka terjemahkan sebagai kufur.

tiga huruf tidak membawa apa maksud,kalau tak di sambung dengan sempurna hurufnya untuk menjadikannya satu patah perkataan.

maka; sempurnakan sebutan huruf pada dahi dajjal tu;kalau nak jadi manusia, dan berilmu.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

manusia zaman ini tidak sedar yang mereka kebanyakannya melebihkan dunia lebih banyak dari akhirat.

setakat bersedekah,bayar zakat.tiada apa maknapun untuk dibawa kehadapan allah.

solat dikerjakan lima kali sehari semalam dan solat sunnat.juga tak memberi erti dihadapan allah.

yang wajib tidak pernah terlaksana oleh manusia zaman ini.

menyempurnakan diri sendiri tidak pernah dilakukan oleh diri. dalam erti kata lainnya;tidak mengenal diri sendiri.

asal diri dari tanah;tanah dimana?. dari setitik air; air dimana?, asal tulang dari mana?, asal darah dari mana?.

yang terpenting sekali;manusia itu apa?,sebagai mengaku diri adalah manusia.

tidak akan lengkap diri kalau tidak tahu apa itu manusia.

[kejadian adam itu pun tidak pernah diambik tahu;sedangkan itu adalah asas kejadian manusia]

tidak perlulah terlalu ego serta berbangga diri;sedangkan fasa dalam bab kejadian manusia pun[diri sendiri];masih terkontang konteng.

soalan yang diberikan oleh rasulullah,masih tidak terjawab oleh manusia zaman ini.

[rukun islam lima perkara]

tahu serta faham apa yang dikerjakan oleh diri,dan bukannya meniru atau melakukan menyerupai pekerjaan rasulullah.

rasulullah tahu serta faham apa yang dikerjakan olehnya.

dan manusia zaman ini;adakah tahu serta faham dengan apa yang mereka lakukan.

kalau tak tahu serta tak faham;teramat membazirkan diri sendiri hidup puluhan tahun atas muka bumi ini.

hidup mati hidup mati;keturunan silih berganti tapi tiada arah tujuan hidup atas muka bumi.


inshaallah.

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

seperti;membaling batu sembunyi tangan dan menegakkan benang basah.

usaha seperti itu tidak akan dapat melepaskan diri dan tidak akan terlepas dari hukuman;dunia dan akhirat kecuali taubat yang di benarkan.

tahu ke apa yang dimaksudkan taubat yang dibenarkan?;

suatu pekerjaan salah yang tidak mungkin diulang kembali[insaf];serta sedar lalu membetulkan perkara yang salah itu sehingga pulih tanpa mengeloh.[tidak berputus asa].

dengan kata kesatnya disebut; angat-angat tahi ayam.

kebanyakan manusia zaman ini,mempedoohkan diri sendiri,dengan mengakui yang diri mereka telah taubat;sebaliknya mereka masih lagi terlibat secara lansung atau tidak lansung dengan urusan subahat[fitnah] diri.

selagi diri tidak faham dan tidak tahu begaimana untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar dengan budibicara,selagi itulah diri tidak akan terlepas dari subahat fitnah.

ada dalam kalangan manusia ini zaman ini yang dengan tidak munasabah menjalankan urusan amar makruf nahi mungkar;yang mana mereka menganggapkan itu adalah betul dan mengikut tatacaranya hukum.

dan takut hati atau berlepas diri[kecut perut] satu dari salahnya tugas amar makruf nahi mungkar tidak dapat di tegakkan dan di jalankan.

rasanyalah sampai bila keadaan seperti itu akan melingkari hatidiri tuanpuan dan mereka itu.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

segala ayat yang digunakan sebagai pendiding dari musuh yang tuanpuan gunakan itu tak memberi apa-apa manafaatpun pada diri tuanpuan;lagi memudaratkan diri adalah.

tuanpuan bermusuh dengan siapa;dan mana musuhnya?

macammana ayat yang indah di baca dan didengar dijadikan pendiding dan senjata. akai ada ke?.

dalam solat bila dibacakan ayat yang indah-indah sehingga tersengguk-sengguk dan adakalanya sampai tertidur.tapi bila diluar solat;digunakan sebagai alat atau senjata atau pendinding dari musuh.

tak ke itu dinamakan salah guna ilmu tu?

mempertahankan diri dari syaitan atau iblis. siapa mereka tu?.

bukan ke mereka itu satu dari hamba allah.yang dahulunya pada zaman mereka;mereka telah tersilap langkah atau terbuat salah laku dahulunya;makanya,ngapa ke mengikut perangai mereka,buat salah laku pada atau dengan ilmu.

tak belajar sejarah ke?.

sejarah mereka telah di bacakan dalam al quraan serta al sunnah;tuanpuan dan mereka itu lansung tak ambik iktibar dari cerita sejarah mereka atau tak tahu mana satu sejarah mereka.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

manusia ini telah berzaman merantau dari tempat asalnya;dan ibarat bangau serta seluang.

dan juga disebut sebagai yang asal pulang ke asal atau wal asil balik asal.

makanya; bersihkanlah diri untuk pulang kepangkuan keluarga.

kalu taknak balik,itu disebut sebagai pengembara yang tersesat atau orang yang merajuk atau orang yang melarikan diri dari perang.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

urusannya kepada;air mata duyung air mata ibu; siap pulih lengkap sempurna,dari izin allah. inshaallah.

lengkap sempurna menyempurnakan. disandarkan dalam al quraan.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

makanya;tidakkah mereka dan tuanpuan melihat perumpamaan yang di bentangkan dalam al quraan tentang diri sendiri,sebagai perbandingan serta tauladan yang berguna.

makanya; nikmat mana yang didustakan oleh mereka dan tuanpuan.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

sebelum terantuk lah sepatutnya yang nak kena tergadah;
bukannya dah terantuk baru tergadah;
dan selalunya dah terantuk baru tergadah;
sebaliknya dah kena hantuk pun masih belum nak tergadah lagi.

keras betul kepala orang melayu zaman ni.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

kenapa lah masih dijadikan kambing hitam kepada gelaran mereka tu,oleh manusia zaman ni,terutamanya orang melayu;

azazil;dajjal;iblis;syaitan; itu gelaran kias penduga kepada tuanpuan dan mereka itu.[kepada manusia lah].

disebutkan dalam al quraan;agar tuanpuan dan mereka itu ada arah untuk meletakkan tujuan atau memberi semangat agar jangan berada dalam ketakutan yang tak menentu,serta berwaspada dalam kelakuan diri dan masyarakat.

di berikan nama gelaran itu;supaya di cari akan benarnya atau kebenaran disebalik kias dan fitnah gelaran nama yang tersebut itu.

tuanpuan dan mereka bermusuh dengan siapa dan apa?; kalau yang empat nama diatas tu;mananya mereka tu?;dan untuk tujuan apa bermusuh dengan mereka?.

kalau dijawabkan; al quraan dan alsunnah yang sebut; hati-hati sikit tuanpuan dalam bercakap tu. al quraan dan al sunnah membentangkan kias bercerita dan menyatakan;dan yang menentukan benar atau fitnahnya berita ,adalah diri sendiri.

kalau tidak; tidaklah manusia ni diciptakan menjadi khalifah diatas muka bumi.

azazil;dajjal;iblis;syaitan;mereka tahu dan faham apa itu manusia;sebaliknya manusia itu sendiri[zaman ini] yang masih teraba-raba mencari siapa diri mereka.

keempat mereka itu lebih hafal al quraan dari tuanpuan dan mereka itu.

bila dibacakan,surah kepada mereka;kononnya mereka terbakar dan jadi debu. ya ke?;kalu dah jadi debu,macammana pulok mereka datang lagi;dan datang lagi,berkali-kali; dan terbakar jadi debu berkali-kali.

dalam keadaan ini;siapa yang sebenarnya terbakar dan jadi debunya?

mereka yang berempat itu atau tuanpuan dan mereka itu.

tuanpuan gelak[ketawa] pada mereka atau mereka yang gelak[ketawa] tengok perangai tuanpuan.

jangan belajar dengan membuta tuli;ilmu yang di ambik dengan membuta tuli,akan membazirkan masa dan usia aje. tak kesampaian.

ibarat: anjing menyalak bukit;anjing dengan bayang-bayang;beruk mendapat bunga;kera kena belacan;kalkatu terbang malam;pungguk rindukan bulan;menunggu bulan jatuh keriba;kera di buai bayu.

ini semuanya peribahasa melayu;kias kepada menegur perangai salahlaku orang melayu zaman dahulu.orang melayu zaman ni tak ambik perduli lagi;dan akibatnya,orang melayu hilang punca tamadunnya sendiri.

inshaallah.

Cha said...

Salam,

Setuju sangat tu;

Dah kena hantuk memang tak guna dah.

Maaf. Sambil mencelah, saya pesan kat diri sendiri juga.