salam;
pekong di dada:
kepada manusia yang jauhari, ilmunya[dari izin allah], mereka akan senyap dan tidak akan menceritakan sebab musababnya,apabila mendengar atau mengetahui akan atau seseorang atau sipulan mendapat atau mengidap penyakit,yang mereka akan membantu hanyalah dalam kiasan nasihat mereka kepada sipulan yang sakit itu.
mereka tidak akan membuat pertuduhan kepada barang makanan,itu adalah salah.masa kan makanan menjadi punca kesakitan dan penyakit; sedangkan punca sebenar kepada penyakit itu adalah tabiat manusia itu sendiri,yang makan gelojoh,makan dengan tamak,makan dengan lahab,makan makanan yang bukan rezeki untuknya atau bukan haqnya,makan makanan yang kotor, dan kedekut untuk memberi makan kepada manusia lain,hatta kepada haiwan sekalipun.
contoh: menternak haiwan; haiwan ternakannya itu makan rumput milik dari harta tanah siapa,dengan izin atau tanpa izin tuan tanah. lalu di jual ternakan itu,dan hasil jualan ternakannya dibolotkan seluruh untuk dirinya dan keluarganya.
dan adakalanya; ternakan yang berlepas itu,di beri makan kepada masyarakat, dengan menjamu mereka. atau di berikan kemasjid atau surau atau dibuat akikah,atau dibuat korban.
makanya; disitu ada terdapat beberapa ketogeri salahlaku dan subahat.
yang membuat salahlaku,dah tentu salah.
yang tahu, memanglah salah.[subahat dalam sedar]
yang tak tahu, turut salah.[subahat tanpa sedar]
yang buat tak tahu,pun salah.[membiarkan amar makruf nahi mungkar bermaharajalela].
dan apabila kejadian, gejala sakit dialami oleh si pemakan haiwan ternakan itu, alasan apa yang akan bergema ketelinga?
lembu yang disalahkan?.
inshaallah.
22:12
14 comments:
salam;
tahu dan faham.
tahu? pekong tu apa; luka atau kecederaan yang bernanah.ianya busuk. dan jika tak dibersihkan,boleh membawa maut kepada empunya diri.[atau juga disebut bentan: bahasa lembut kepada kanak-kana yang bersunat/berkatan,dan kepada ibu yang baru lepas beranak;yang tak menjaga pantang makan].
membuka pekong didada;[itu peribahasa melayu].
orang melayu zaman dahulu;mereka tetap menutup akan nya;bagi mengelak malu kepada si pulan dan kepada keluarga sipulan serta warisnya.
makanya; di di buatkan satu cerita atau peribahasa/atau sesuatu kisah mitos yang tidak menghilangkan aib itu sebagai pengajaran orang yang kemudian dengan kiasa dan khilaf.
sebaliknya orang melayu zaman ini; lebih cenderung kepada,kononnya mereka ketelusan. yang mana mereka telah membuka pekong mereka sendiri dengan sengaja,tanpa mereka sedari.
sebagaimana;manusia yang tahu hanya akan mengelengkan kepala sahaja;
bila seseorang kena penyakit;[sabit salahlakunya sebagai menerangkan pekong apa yang tersimpan dalam dada mereka itu].[mereka menyebut sendiri akan sakit mereka kepada orang yang ramai;lalu berkata;biasalah, kena sakit sekian-sekian]
makanya; mati yang menyelesaikan pekong itu;sebaliknya aib pekongnya tetap disebut oleh keluarga dan orang yang ramai.
tak ada gunanya;akan menyebut: moga-moga allah mengampunkannya dan diletakkan bersama-sama orang-orang yang soleh.kalu dalam pada itu[masa yang sama] disebutkan apabila ditanyakan orang, sipulan itu mati sakit apa;makanya; dijawabkan oleh keluarga dan orang yang ramai; dia mati sebab kena sakit sekian-sekian[ buka pekong didada lah namanya tu].
tuanpuan minta dari allah akan kebaikan kepada simati,dan dalam masa yang sama,menceritakan aib pekong simati.[ada belajar sekolah ke macam tu punya orang].[dengan hanya menyebut simati mengalami sakit sekian-sekian;itu sudah memadai membuka pekong didada].
sebab itulah; bab amar makruf nahi mungkar.wajib kena belajar betul-betul,dan bukan paki tiru-tiru.
inshaallah.
salam;
tahu dan faham.
kami kerap di sebutkan dengan; orang tua dah tak ada nak ditanya.
dan yang sebenarnya; orang melayu ni zaman ni tak ambik perduli dengan orang tua,dan bila orang tua ramai yang dah mati,mereka gunakan alasan orang tua tak bercerita,tak bagi tahu,tak ajar.[semuanya disandarkan atas belakang tengkok orang tua].
dan adakah tuanpuan itu tidak akan menjadi tua atau orang tua ke?.
dan ramai dari kalangan orang tua yang disisihkan dalam masyarakat melayu.[oleh keluarga sendiri].[oleh masyarakat].[dan oleh....].
kami tak mahu beritakan,tuanpuan lihat sendirilah.
salah satu dari sebab terjadinya bala atau bencana[yang membolehkan bala sampai];adalah apabila orang tua yang tersisih,terdetik dihatinya mengadu kepada allah.[hak mereka di ketepikan oleh masyarakat].[atau mereka dijadikan bahan gurauan masyarakat].[bergitu jugalah jika terdetik dihati perempuan yang dalam uzur mengadu kepada allah].
uzur bukan bermaksud datang bulan;ianya bermaksud perempuan yang disisihkan hak mereka dalam masyarakat[seperti ibu tunggal]/[dan juga anak-anak yatim yang mengadu kepada allah].[kepada orang miskin yang mengadu].[juga oleh haiwan dan tumbuhan serta makhluk lain,yang mengadu kepada allah].
hanya dengan detikan hati mereka sahaja.[tidak perlu mereka menadah tangan. mengadu memohon kepada allah].
makanya; beringat sikit,kepada manusia yang memegang amanah kepada mereka-mereka itu. tuanpuan akan di pertanggungjawabkan dengan urusan yang remeh itu.
inshaallah.
salam;
tahu dan faham.
ilmu itu perlu dicari,dan bukannya menunggu ibarat anak burung yang baru menetas dalam sarang tu.
dan setiap ilmu,wajib disahkan sengan manusia lain yang alim berkenaan ilmu yang tersebut.
janganlah ilmu haiwan;pergi sahkan kepada orang yang alim ilmu masakan. atau kepada tukang guting rambut.
belajar pada haqnya pemegang amanah.dan mpemegang amanah perlu di cari.itu yang disebutkan oleh orang tua sebagai;
yang bulan tak datang menggolek,yang pepeh tak datang melayang.
dan dalam al quraan sendirpun dah sebut;
berjalanlah kamu diatas muka bumi,dan lihatlah akan kebesaran kejadian allah.
inshaallah.
salam;
tahu dan faham.
ada apa pada nama: nama yang betul sebutan dan ejaannya kepada sipemakai atau tubuh badan, tidak memudaratkan; sebaliknya jika sebut aje sedap,sebutannya salah dan ejaannya salah,akan menyababkan yang betul menjadi salah. dari sebab ejaannya di eja salah makanya maknanya pun menjadi salah.dan menyebabkan nama yang baik maknanya menjadi rosak.
makanya; kepada mak ayah yang sesedap rasa meletakkan nama anak-anak dengan sebutan dan ejaan yang salah[konon-kononnya moden dan indah disebut dan didengar pada telinga dan mulut],ingat-ingat sikit,mudaratnya akan timbul kepada anak sipemakai nama,dan tempiasnya kena pada diri mak ayah yang memberi nama.
terjemahan nama bukan setakat letaknya pada bahasa semata;ia juga berkaitan dengan terjemahan fekah,adat,adab.
jangan sampai maksud pembaik menjadi perosak;dari sebab meletak ejaan yang gelemor.[contoh; yusuff ditukar menjadi eusuff].
gonagaya nak menyebutkannya nama tu? sebab maksud dan maknanya dah bertukar.
yusuff;makna....
eusuff; makna....
kedua sebutan tu lain bunyi dan lain maknanya.
inshaallah.
salam;
tahu dan faham.
solah atau solat[sembahyang]; tujuannya adalah kepada manusia untuk mengenal allah,dan bila boleh mengenal allah,makanya dapatlah mengenal diri sendiri tu. taklah jadi manusia yang berserabut hati.[bodoh].
sebab itulah dalam azan dan iqamat sebutan solah di wajibkan menyebutkannya.
dalam solat,keberadaan kepada kesemua urusan[rukun islam serta rukun iman],sebaliknya manusia zaman ini,terutamanya orang melayu,hanya setakat solat tunggang tunggit,itupun ramai yang dah hilang tertip dan tertilnya solat.
bila ditanya;dah solat; jawab mereka; dah.,dan bila ditanya lagi solat tu apa,untuk apa?;mereka jawab;[kebanyakannya menjawab]; uztat cakap,solat adalah.....; apa pasai pulok sabit kepada uztat pulok. yang belajar tuanpuan,yang melakukan solat,tuanpaun,yang tahunya tuanpuan,dan yang tak tahunya tuanpuan juga. tiada sabit sandarannya[betul atau salah] kepada uztat atau tok guru yang dah mengajar solat.
kalu uztat yang mengajar solat tu salah ajar;kenapa tak tegur uztat tu.
dan kalu uztat yang mengajar solat tu ajar dengan betul,kenapa solat tuanpuan dan mereka, berterabur[tidak ada tertir dan tertip].
kalu tak caya;masa solat dimasjid; duduk dibelakang sekali;tunggu orang ramai solat[mula solat dulu; perhatikan kelakuan mereka-mereka itu. bermacam ragam.
kalu ada berani;tanyakan kepada mereka-mereka itu; kenapa solat mereka macam tu. termasuklah kepada imam dan pegawai masjid dan ajk masjid.
inshaallah.
salam;
tahu dan faham.
ada persoalan berkenaan susur keturunan yang sampai kepada kami,yang dari kalangan ahli sejarah.
kalu ahli sejarah tak tahu atau tak berapa tahu hal ehwal sejarah,gonagayanya.
macammana anak sedara benar boleh jadi tunang.
macammana cicit jadi anak.cucu jadi anak.menantu jadi anak.anak jadi menantu.
macammana sekalipun cucu atau cicit diambik menjadi anak angkat;taraf cucu atau cicitnya tetap kekal tak berubah.
sanad keturunan tu kena betul,kalu tak betul,nanti sejarah jadi salah/jadi tak betul juga lah. dan sejarah yanh salah;itu yang disebut sebagai fitnah sejarah;makanya wajib/perlu diperbetulkan.semuanya ada tercatat dalam al quraan serta al sunnah. tak berubah dan tak boleh dipinda-pinda. fekah tetap fekah.dalam al quraan disebut ali imran[keluarga imran]; siapa dianya ali imran tu?siapa dia keluarga dia[imran]]. lokman ;siapa dianya yang bernama lokman tu?.
inshaallah.
salam;
tahu dan faham.
sains duduknya dalam sejarah,dan sejarah duduknya dalam kitab[kitab-kitab],dan induknya kitab adalah al quraan serta al sunnah.
sains itu adalah ilmu kajian atau disebutkan kira-kira[memikirkan].
untuk mendapatkanjawapan,perlulah dikira-kira.
dimana sekalipun kedudukan syariat,tarikat,hakikat,makrifat sekalipun;kena adailmu sains,ilmu sejarah;dari sebabnya,bila berzikir perlukan jumlah zikir,habis tu kalu tak reti kira-kira,nak disainskan apa kebendanya.
dan yang boleh jadi zoom tu pulok,tak kena ada ilmu sejarahnya siapa dan apa yang pernah terjadi.
yang jadi tak betulnya adalah bila ilmu sains dan ilmu sejarah disalah gunakan dan disalah terjemahkan oleh manusia zaman ni. untuk mencari nama[kemasyhuran],dan mendapatkan keuntungan dari salahlaku mereka terhadap ilmu.
membuat keris itupun tiada siapa dalam kalangan orang zaman ini yang boleh menghuraikan[satu dari sains dan sejarah lah tu].yang hanya di kias khilafkan dalam al quraan sahaja.[ perkara yang ghaib menjadi perkara yang nyata].[ dan tetap pada kedudukannya ghaib dan nyata;kekal dari dahulu sehingga lah kiamat,tidak berubah].
huraikanlah ,jika ada sesiapa yang boleh;separti huraian dalam al quraan itu berkenaan KERIS.
kami akan mendengar akan huraiannya.
inshaallah.
salam;
tahu dan faham.
notis: kepada seluruh[pemegang amanah/pertugas/pelapis],tanpa pengngecualian;pemutihan@pemulihan keris serta pedang.
inshaallah.
salam;
tahu dan faham.
untuk mendapatkan jawapan; kepada bahtera nabi nuh/tembok yajuj majuj/lain-lain usul berita fekah/adat/adab[dalam ilmu];kena dibuat dengan kira-kira @ sains[di kaji sejarahnya lah].
al quraan tidak menyurukkan beritanya;hanyalah manusia yang memamaikan diri mereka sendiri[membodohkan diri sendiri lah].
kalu diberitahu terang-terang;yang manusia zaman ini cari,bukan kebenarannya,sebaliknya emas dan harta kekayaannya,egonya,takburnya,tamaknya,kedekutnya zalimnya. seperti apa yang telah terjadi kepada namrud yang pertama itu;dia menjumpainya akan kitab sihir,lalu menyalahgunakannya,dan menjadi zalim,ego,takbur,dan ingkar,dengan itu dia kufur kepada dirinya sendiri dan kepada allah.
makanya dia dihukum;dan telah menerima akibat dari perbuatan kufur diri sendiri.[sejarah akan berulang,jika tidak di baca dengan adil serta saksama[menggunakan akal lah].
dan sejarahnya zaman namrud pertama itu masih tersimpan dengan kemas dan elok sehingga kehari ini,dalam kitab fitnah sejarah.[apa dianya kitab fitnah sejarah?][digelar kitab apa?].[dan kitab itu tidak pernah dan tidak dapat ditafsirkan oleh manusia zaman ini].
didalamnya ada terkandung berita berkenaan ayah kepada katurah/ayah kepada nabi ibrahim/ayah kepada siti sara,dan juga beritanya kisah sebenar namrud pertama.[semuanya dalam bentuk kias/khilaf fitnah;makanya,huraikanlah,dan carilah/perbetulkan, akan benarnya beritanya yang sebenar].
inshaallah.
salam;
tahu dan faham.
manusia zaman ini bercerita berkenaan fitnah dajjal dan fitnahnya kaum yajuj majuj;yang mana masa dan zamannya belum sampai;sedangkan perumpamaan kepada fitnah yang tersebut kejadiannya telah beberapa kali di cubakan keatas manusia,yang kebanyakannya manusia yang diduga dengan fitnah yang seperti yang tersebut itu gagal kebanyakannya.
sandaran atau kiasan fitnahnya sahaja manusia masih keliru atau termangu-mangu;bagaimana bila terjadinya sebenar kejadian bila sampai waktunya.
dalam diri manusia zaman ini terlalu banyak tersimpan fitnah/was-was/bersangka-sangka/ego; ibarat daki yang tebal yang tidak pernah di cuci/ditanggalkan.seperti batu yang di seliputi lumut,bukan lagi hijau,malah telah menjadi oren kemerahan[lumut yang beracun].[kalau dilaut tu ,teritip dah bersarang pada dinding kapal,yang boleh merosakkan dan membocorkan,dan mengaramkan kapal].
kalu daki dibadan,dicucikan dengan disental dengan berus atau dengan sesuatu yang boleh menanggalkannya dan disanbun. sebaliknya daki hati;gonagayanya?.
[tuanpuan tak tengok rencana yang ditayangkan dalam tv ke?.bagaimana teritip merosakkan kapal.teritip tu kalu dalam laut dia jadi satu dari karang tapi kalu dah banyak sangan lekat pada dinding kapal,tak lama bocorlah kapal tu,kapal tu boleh dijadikan tukunlah pulok].
makanya;jangan meminta-minta dari dicubakan bala,sebab itulah bacaan doa yang dibaca nak kena tahu dan faham,apa yang dibacakan,apa yang disebutkan,apa yang betul dan apa yang salah.jangan dok main sebut aje,orang sebut,kita sebut,orang sebut betul,kita sebut terbalik maknanya.orang minta baik,kita minta buruk.
inshaallah.
salam;
tahu dan faham.
kepada manusia yang berhajat ingin menjadi lanun;mereka adalah wajib tahfis dalam tiga bidang fekah/adat/adab[ilmu].
kalau tak reti apa-apa ilmu;itu yang jadi perompak laut/darat.
lanun dan perompak laut tidak sama.
perompak laut; adalah orang yang membuat onak,merampas,mengacau manusia dan makhluk laian.
[kias/khilaf]lanun[fekah/adat/adab];adalah orang yang menjalankan kebenaran tanpa pengetahuan manusia dan makhluk lain,dari izin allah.sebutannya adalah dari dua perkataan[laam serta nuun;disebut dan ditulis dan dibaca dalam jawi][bukan dalam rumi].
[laam nuun];dan apabila sebutan atau dituturkan dengan cepat,makanya bunyinya lanun.dan lanun atau laam nuun,itu adalah kias khilaf sebutan gelaran kepada mereka-mereka itu sahaja,dan siapa mereka sebenar,memang disuruk akan rahsianya.maaf.
bukan semua,dari mereka-mereka yang yang lepas dari kalangan laamnuun,yang lepas pada tahap itu;ramai yang kandas,asalnya dilantik untuk menjadi laamnuun,sebaliknya diakhiran mereka,mereka gagal,menjadilah mereka perompak[laut/darat],mereka menyalahgunakan ilmu yang dianugerahkan kepada mereka oleh allah.
contoh kepada mereka adalah namrud pertama,dan/hamman/qorun/firoun zaman nabi musa.[kalu kaum pulok;majusi/yahudi/nasrani;yang melanggar arahan/perintah nabi mereka snediri]
kalau di sebelah sini[nusatara] cari sendirilah.[kami hanya memberi contoh yang ada dalam al quraan sahaja.
inshaallah.
salam;
tahu dan faham.
jumlah huruf-huruf dalam al quraan adalah 124 ribu kali 3;maka jumlahnya[...];dan kalu tak yakin,tuanpuan boleh kira sendiri.
apa sebabnya huruf dalam al quraan berjumlah sebanyak itu?
makanya,mana perginya kesemua pemegang amanah/pertugas/pelapis,yang jumlahnya sebanyak huruf dalam al quraan tu.
pergi makan angin ke/pergi memancing ke/ tak bangun tido lagi ke/kenyang perut ke/takut ke/tak tahu dan tak faham ke/ atau membesarkan ego diri sendiri? ke.
jangan sampai ibarat kata pepatah;harapkan pagar,pagar membawa rebah.
inshaallah.
salam;
tahu dan faham.
diatara islam dengan melayu;yang mana dulu,yang mana kemudian?.
ini serupa cerita ayamlah; ayam dulu ke,atau telor dulu?.
huraikan jawapan kepada persoalan yang tersebut.[diantara islam dan melayu].
inshaallah.
Salam;
Adab & adat jika didahulukan, nescaya aturan hidup pasti indah tersusun.
Yang penuh adab & adat tentulah melayu, yang tersusun kemas peraturannya tentulah Islam.
Post a Comment