-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20230331

Pendekatan 68: Jangan gembira kerana menjadi hamba yang taat.

 68) Jangan merasa gembira atas perbuatan taat (bakti) karena engkau 

merasa telah dapat melaksanakannya, tetapi bergembiralah atas perbuatan 

taat itu, karena ia sebagai kurnia taufiq, hidayat dari Allah kepadamu. 

Katakanlah : Karena merasa mendapat kurnia dan rahmat Allah, 

mereka harus gembira. Itulah yang lebih baik daripada yang dapat 

mereka kumpulkan. (Yunus 58) 


Gembira atas perbuatan taat itu jika karena merasa mendapat 

kehormatan kurnia dan rahmat Allah sehingga dapat melakukan taat, 

maka itu baik. Sebaliknya jika gembira karena merasa diri sudah kuat 

dan sanggup melaksanakan taat, maka ini menimbulkan ujub/sombong 

dan bangga yang akan membinasakan amal taat itu. 



7 comments:

Anonymous said...

neguai,
salam;


syukur serta redho itu akan melampiri hati bila amanah yang di pegang dilaksanakan dengan kaedah budibicara yang betul.[tidak melakukannya sambil mata terpejam].[sama macam bersolat tu lah juga kaedahnya].

dari situ lah baru ikhlas sampai timbul dalam diri[tidak ada ucapan ikhlas yang terkeluar dari rongga mulut][ikhlas itu tidak berbunyi].
[ketiga-tiganya;syukur,redho,ikhlas; akan terlihat oleh tingkah laku diri;yang bukan ditunjuk-tunjuk seperti melakunkannya].

orang atau manusia yang boleh berada pada peringkat ini,diduga akan niat mereka oleh allah,dan pada masa itu lah akan ternampak turun naik keimanan seseorang;siapa yang dapat mengekalkannya atau siapa yang merundum imannya.
[itu yang di katakan sebagai; iman itu tidak boleh dijualbeli,dan iman itu tidak boleh diwarisi].[syukur,redho,ikhlas,tidak tersenarai dalam warisan pusaka;yang tersenarai adalah amanah wakaf pusaka mutlak].

maka; seluruh tuntutan[kalau boelehlah],dendam,hasad dengki,kianat,dan lain-lain yang sama jenama dengannya,patut-patut dinyahkan dari dalam diri.[sertamerta atau beransur-ansur;dua-dua kaedah pun boleh guna];jangan buat menjadi pekong dalam dada,itu jenis barai punya orang namanya.



hadamkanlah serta fikirkanlah;kalau benar pakai,kalau salah buang tong sampah aje lah pembentangan kat atas tu.



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;

apabila kesemuanya yang tiga perkara itu telah lekat di dalam hati diri;baru lah islam@iman islam manjadi kenyal pada diri;orang tua kat;[berdiri sama tinggi,duduk sama rendah;ditiup angin tak tumbang,terbang tak jatuh,mendarat tak tergelincir,berenang atau berperahu tak hanyut].

baru lah boleh pakai peribahasa; tenggelam sabut timbul batu;atau;telor dihujung tanduk;[sebab tak ada yang tengelam dan tak ada yang timbul][yang hak diletak pada tempatnya yang hak].



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


tuanpuan kena ingat dan tahu;kalau dalam bab adab,adat,fekah;tuan tak dapat memahami,sampai bila pun tuanpuan tak akan melepasi dalam bab berketurunan.

bab berketurunan itu adalah pokoknya kepada bab manusia[akan kejadiannya];kalau tuanpuan melihat dan mempelajari ilmu haiwan dan ilmu tumbuhan,tuanpuan akan menyedari akan ilmu berketurunan diterjemahkan melalui keduanya ilmu haiwan dan tumbuhan.

bab keturunan itu juga adalah satu dari ilmu bab dalam mengenal diri dan mengenal tuhan. kalau tak belajar dan tak mahu ambik tahu,tak sempurna lah ilmunya pada diri.[tak kan nak bergantung harap setakat berkata;kita semua dari keturunan yang sama;tak berapa boleh pakai kat padang mashyar tu nanti].

dan kita boleh mengaku kita dari keturunan sipulan sipulan,sejarahnya mana?.

buktinya hanya ada dalam al quraan[keturunan dan sejarahnya].

melayu;mana asalnya?

jawi; mana asalnya?

arab;mana asalnya?

israil; mana asalnya?

jawapan bagi bab keturunan sebutan diatas tersebut,ada dalam al quraan.



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


kalau buat perangai macam pahat dengan tukul[cakap sekali buat sekali,tak mendatangkan faedah lansung][lansung tak boleh berdikari];dan kalau dalam fekah,mereka itu disebut sebagai orang banyak bertanya. [tak boleh jadi ketua atau pertugas orang macam tu].[mereka bertanya bukan keran nak dapatkan yakin diri,sebaliknya hanya nak menganjing orang].

ilmunya telah di bentangkan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul.[dalam rukun iman disebutkan percaya kepada rasul-rasul;percaya kepada kitab-kitab][beribu tahun].

sebaliknya manusia zaman ini,masih yang mandi tak basah,makan tak kenyang,tidur tak lena.



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


nak cerahkan sikit yang dok kabut kelibut;[ambik perhatian];

yang disebutkan sebagai dari timur[panji-panji];

bukan bagi sebutan baru malaysia atau indonesia lah.

malaysia tertubuh pada tahun 1957;dan indonesia tertubuh pada tahun 1948;jadinya kedua-duanya bukan; yang dimaksudkan panji-panji dari timur oleh pemuda bani tamim itu adalah cucu cicit nabi adam yang menjadi pemegang amanah kepada islam yang menegakkan amar makruf nahi mungkar di akhir zaman,untuk melawan fitnah dajjal dan fitnah yajud majud.

jangan dok berbalah-balah lah kepada bab yang tuanpuan tak tahu hujung pangkal;

disuruh mendalami ilmu [fekah,adat,adab];semuanya konon buat pandai dan cerdik,sampai bertelagah dalam isu yang kecik macam tu.

[jangan dok asik mendalami ilmu perang[tarikat perang] aje;itu yang buat mamai kepala otak tu]
[dalam talkin;soalan yang di sebut; siapa imam mu;dan jawapannya; al quraan imam ku]

faham, tak faham,dengan kias khilaf tersebut???.

kalau nak tahu dan nak kenal,siapa dan apa melayu;bani tamim;panji-panji dari timur;siapa atau apa imam mahdi; belajar dan dalami lah ilmu sejarah berketurunan.

tak disebut akhir zaman tu nanti; dengan soalan;

siapa dan apa malaysia?. atau siapa dan apa indonesia?.

yang disebutnya nanti;

wahai bani adam,dan wahai hamba allah....
[jangan kelirukan diri sehingga menjadi fitnah yang mmemudaratkan seluruh manusia islam].[ada faham]


inshaallah.



Anonymous said...

neguai,
salam;


sikit penerangan untuk pencerahan;


sapi adalah merujuk kepada lembu jantan,bukan kepada lembu betina;harap maklum;jangan salah penaksiran.

al baqarah;itu bermaksud lembu betina;dan bukan bermaksud sapi betina;kekeliruan akan menyebabkan kekalutan.

sepatutnya tahu dan faham,akan menjadi cacamerba jadinya.[kelamkabut].

bila dah serabut,sejarah al quraan akan berubah,hanya disebabkan salah maksud sebutan.[satu surah menjadi rosak].

dan diri akan dicerca oleh iman sendiri;[dan nafsu akan mentertawakan diri tuanpuan].


inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


ramai manusia zaman ini yang menunggu atau tertunggu-tunggu,atau mencari-cari kepada manusia yang lepas[nabi khaidir/nabi yang lainnya/wali/para wali lainnya].apa hal sebenarnya penungguan tuanpuan???.

dan apa hal nya dengan diri sendiri[diri tuanpuan];tuanpuan mencari diri orang lain;dan kenapa tak cari atau dicari diri sendiri???.

ada kah tuanpuan tidak dapat memperbetulkan diri sendiri,sehingga teraba-raba atau tercari-cari diri orang lain bagi memperbetulkan diri tuanpuan???.

imam di depan tuanpuan[al quraan];penjaga disekeliling tuanpuan[malaikat];dan tuhan melihat tuanpuan[allah].

tidak yakin kah tuanpuan atas kemampuan diri sendiri???;sehingga perlunya manusia yang silam datang membantu???.

iman dan nafsu itu wajib dijaga dan diselenggara oleh diri sendiri,dan bukan oleh orang lain.

sebab itu,tahu dan faham[ilmunya],adalah wajib atas diri;supaya tidak terabai;tiada sangsi;tidak berbolak-bolak hati.

tanyakan diri sendiri;

siapa diri aku ni???.

bukan ditanya,siapa dan dimana diri mereka itu.

jangan dicari bayangan yang jauh;cari dan kenal bayang-bayang diri sendiri yang ada didepan mata,dan ada kalanya menghilang.

rasulullah saw telah berpesan;aku tinggalkan al quraan serta al sunnah,dengannya kamu tidak akan sesat.


inshaallah.