-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20240705

Pendekatan 110: Murnilah pengertian tauhidmu kepada Allah

Sebaik-baik saat dalam masa hidupmu:

Ialah saat-saat di mana engkau merasa dan mengakui keperluanmu, dan kembali kepada adanya kerendahan dirimu. 

Sebaik-baik saat dalam masa hidupmu:

Ialah saat ingat kepada Tuhan dan putus hubungan dengan segala sesuatu yang lainnya. Yaitu pada saat merasakan benar-benar kehendakmu kepada Tuhan. 

Sedang segala sesuatu yang lain tidak dapat menolong meringankan kehendakmu.

Dan pada saat tidak ada pandangan yang lain dari Allah, maka pada saat itu murnilah pengertian tauhidmu kepada Allah. 


4 comments:

Anonymous said...

salamun,
kias,


persoalannya kepada;[hikayat 1001 malam],

dalam adat disebut; 1001 malam.

dalam adab disebut; seribu satu malam.

dalam fekah disebut; ???

dalam ilmu disebut; ???


baca teliti serta kaji lah kitab hikayat tersebut.

klu dapat atau dah dapat;bentangkan jawapan dan huraiannya.

biar ramai masyarakat yang faham dan boleh berfikir.


inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,


persoalan kepada;[ kuman ].

kuman itu adalah makhluk allah.

dan kuman yang mendatangkan penyakit di panggil sebagai vairus oleh manusia zaman ini.

yang merosakkan kuman menjadi vairus adalah tangan-tangan manusia sendiri.

kalau rumah rosak, baiki lah.
kalau tanaman rosak, tanam semula.

sebab itu lah orang tua-tua dahulu itu menyebut; lebih baik mencegah dari,.........[jawab sendiri lah].



inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,


khutbah jumaat 5/7/2024,pahang.[tajuk maal hijrah].

rujuk semula khutbah tersebut]

satu dari yang disebutkan dalam khutbah;


hijrah bergantung pada niatnya seseorang;[ini lah persoalan nya yang tuanpuan wajib fikirkan].

[dalam bab niat];


apa niat tuanpuan apabila berada dalam martabat tingkatan syariat;martabat tingkatan tarikat;martabat tingkatan hakikat;martabat tingkatan makrifat;martabat tingkatan ikhlas;mertabat tingkatan islam.

pada niat itu lah tuanpuan berada masa ini.walau dalam martabat mana sekalipun kedudukan tuanpuan.

fikir lah dengan teliti. apa yang rasulullah saw suruh niatkan;sebaliknya apa yang telah tuanpuan niatkan?

jawab lah sendiri;orang lain tak dapat nak jawab bagi diri tuanpuan,mereka tak tahu apa yang tuanpuan niatkan,sebaliknya,mereka tahu apabila kelakuan serta tingkahlaku seseorang menunjukkannya.



inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,


persoalan kepada; patah tumbuh hilang berganti.

pengertian seperti itu lah yang sepatutnya terjadi dalam kalangan manusia atas muka bumi ini,sepatutnya lah.

sebaliknya,apa yang terjadi zaman ini tidak menuruti kaedah itu,dari sebab??

sebab apa???; sebabnya tak faham serta tak tahu;cakap kasarnya salah sangka pada ilmu[lain yang dimaksudkan,lain pulok yang di terjemahkan oleh orang zaman ini. tak ke jadi porak peranda hati serta akal manusia zaman ini.

makanya; hukum allah,jangan dipinda-pinda mengikut zaman.kucar kacir jadinya.

sejarahnya berulang-ulang,hanyalah versinya berlainan mengikut benua dan tempat.

jangan lah pulok menipu diri sendiri;itu yang terjadinya zaman ini;lepas tu buat kisah pedooh kepada orang ramai.

klu kesah cedok,jangan cakap diri buat kajian,klu cerita versi,jangan cakap kisah betul.pening kepala otak masyarakat.

jadinya; yang mana jantan,yang mana betina.[dialog dalam filem pendekar bujang lapok].


inshaallah.