INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160504

Kampung Gintong Jerantut Pahang ada kesyahduan.

Perjalanan pada 2 Mei 2016 adalah untuk melihat Makam Lubuk Pelang. Perjalanan kami tersasar sampai ke Kampung Gintong Jerantut kerana tersilap masuk simpang ke Tebing Tinggi.
 01. Menurut Fatimah Mansur, setiap ibu bapa memang memang berharap anak-anak di kota pulang ke kampung untuk bersama mereka. Disebabkan kesibukan tugasan menyebabkan anak-anak Kampung Gintong yang berhijrah keluar tidak selalu dapat pulang ke kampung dan hanya akan pulang untuk menyambut Hari Raya.
 02. Amat menggembirakan hati ibu bapa di Kampung Gintong jika anak-anak dapat pulang untuk berbuka puasa bersama.
 03. Kampung Gintong adalah Kampung halaman yang terletak kira-kira 25 km dari Bandar Jerantut Pahang, Bagi Mariam suasana di kampung Gintong akan bertambah ceria pada bulan Ramadan dengan kehadiran generasi muda  yang pulang dari kota.
 04. Sunyi, kini Kampung Gintong semakin sunyi, hanya tinggal generasi tua kerana anak-anak muda telah berhijrah ke kota mencari rezeki dan ada juga melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi.
 05. Tinggallah ibu bapa serta warga emas yang lain menjalani ibadah puasa bersendirian atau bersama-sama pasangan masing-masing, kalau ada pun seorang dua anak yang masih dibangku sekolah atau masih belum mendapat pekerjaan atau yang masih setia dengan suasana kampung Gintong.
 06. Kampung Gintong, yang adalah sebuah kampung tradisional Melayu yang berusia hampir 100 tahun. Hampir setiap minggu kampung Gintong dimeriahkan dengan kehadiran para pelajar sekolah dari luar melakukan aktiviti yang disediakan. Agensi kerajaan juga ada menghantar petugasnya bagi mengalami sendiri aktiviti seperti berkhemah di tepi sawah, memburu burung hantu pada waktu malam selain memedap ikan di sawah dan bermain gasing.
 07. Bagi anak jati Kampung Gintong, DJ stesen radio swasta En. Mohd Kamal Hasan berpendapat anak-anak muda yang bermastautin berhampiran kampung mungkin tiada masalah untuk balik berbuka puasa bersama keluarga tetapi bagi mereka yang tinggal jauh agak sukar untuk pulang ke kampung setiap minggu.
 08. Menurut Mohd Kamal, pada bulan mulia inilah anak-anak muda diseru untuk balik ke kampung, paling tidak pun setiap hujung minggu untuk berbuka puasa bersama keluarga yang sentiasa menjadi harapan ibu bapa memeriahkan suasana bersama.
 09. Berbuka puasa hujung minggu di kampung Gintong lain rasanya, di Kampung Gintung ada kesyahduan, itulah rasa hati Nurizzati Umira Satar, seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur yang juga berasal dari Kampung Gintong. Biarpun dengan menaiki bas express, Nurizzati tetap akan pulang jika hujung minggunya tiada sebarang kuliah.
10. Berbuka puasa di kota, biar pun terhidang juadah tradisi kampung di hotel-hotel tetapi tidak sama suasananya dengan juadah di kampung Gintong ketika berbuka puasa dengan keluarga.

Tetapi masih ada yang sanggup berulang 50km setiap hari untuk bekerja di bandar Jerantut asalkan dapat tinggal di Kampung Gintung kampung kesyahduan.

Rujukan teks:
sinarharian.com.my/rencana/orang-muda-ceriakan-ramadan-di-kampung

No comments: