Untuk maklumat lanjut hubungi:
Koler Ati Creatif
Lot 609, Kampung Kuala Sanggang, 28020 TEMERLOH
019-988 6094
Menjual- gasing dewasa, gasing kanak-kanak, keychain gasing, tali gasing dan lain-lain cenderamata berkaitan gasing.
05
Gasing dan tali gasing
04
Macam-macam jenis gasin dan macam-macam jenis tali.
03
Gasing boleh dipilih ikut minat masing-masing.
02
Gasing yang telah digunakan.
01
Macam-macam jenis gasing yang dikhaskan untuk pameran sahaja.
2 comments:
Salam...,
Saya tak pastilah berapa harga gasing dewasa ini. Berada di zaman remaja belia dulu, berasal dari kampung permainan tradisi ini sampai ke senja, gasing2 pangkah bunyinya "lekor lekor, tas kor " kekadang sampai termimpi2 apabila gasing kesayangan hilang atau pecah.
Ketika saya bermain dahulu, teras kayu gasing kami sanggup mencari didalam hutan sehingga berada di dalam hutan cerang beberapa ketika. Mujurlah pada ketika itu, kami tak pandai nak tebang kayu balak, cuma kami hanya akan ambil teras kayu yang sudah rebah menyembah bumi. Saya masih ingat beberapa jenis teras menjadi pilihan iaitu teras "koran" bukan kerana ketahanannya sangat, tapi kerana seni bunyinya apabila di pusing dan di pangkah bunyi lentingnya bagaikan "pengantin remaja" di malam pertama. Itulah "seninya" permainan gasing pangkah ketika itu.
Mengenai talinya yang diperbuat daripada 'akar bedauk" dan di tambah sedikit dengan kulit sepat "rami" untuk kelihatan cantik. Namun kecantikan tali gasing itu, kekadang hanya seketika sahaja, tambahan pula pemain tak pandai mengambil jarak untuk memangkah gasing lawan atau "menalut" berapa pusingan tali gasing pada bahagian gasing akan terputus. Jika tidak bawa tali "spare" atau simpanan, maka kekecewaan terbayang di wajah pemain kerana tidak dapat berhibur bersama. Bagi pemain yang bijak dan arif dalam permainan gasing, cara mereka memusing gasing sudah cukup memberikan keseronokan apabila gasing yang baru hingga di permukaan tanah, talinya boleh menghasilkan perlabagi bunyi. Ada yang berbunyi "tas", "pauuuuu" - (bukan pau tulah). Jika tali gasing basah ia akan mengeluarkan bunyi "peh" macam bunyi kambing bersing di musim hujan, dan langsung tak keluar bunyi pun ada macam Allahyarham Tan Sri P Ramlee baca surat dalam filem bujang lapuk. Kata Sudin, Ramlee baca "tak bunyi langsung".
Sekian, itulah indahnya seni...
Terima kasih saudara Anonymous kerana berkongsi cerita yang sungguh indah. Sampai dapat bayangkan bunyinya.
Post a Comment