-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20101112

Siapa Dato Bahaman (11) Cerita saya

Semasa mula-mula bermnat dengan cerita Tok Bahaman ini saya sekadar mendengar sahaja. Lama kelamaan saya mula berminat dengan lebih mendalam. Nak kata minat sangat tak juga. Pasal hingga kini saya tak berapa ingat nama isteri-isteri Tok Bahaman. Kalau nak ingat saya kena rujuk semula kepada tulisan yang saya sendiri telah tulis. Nama semua anak-anak Tok Bahaman pun saya tak ingat juga. Dari satu sudut, mungkin saya ni bukan orang sejarah. Tetapi orang yang suka mendengar cerita-cerita sejarah.

Cerita Tok Bahaman yang dapat dikutip dalam internet adalah berbalik-balik dan kebanyakannya serupa. Tak banyak cerita-cerita. Sebab tu kadang-kadang saya suka mendengar cerita-cerita lisan yang dicerita diluar internet.

Cerita 1
Antaranya, "Kalau awok nak tau, Tok Bahaman ni bukanlah besar sangat orangnya. Kecik amat. Kalau tengokkan saiz badannya tak ada langsung gaya pendekar. Tetapi Tok Bahaman adalah seorang yang berdada bidang".

"Kalau nak dibandingkan dengan Mat Kilau, Mat Kilau besar dan tinggi. memang ada gaya pahlawan. Kalau awok nak tengok rupa Mat Kilau, awok tengok Cik Wan Kamaluddin ni. Inilah gaya Mat Kilau. Inilah rupanya. Inilah tingginya."

Cerita 2
"Kalau awok nak dengar cerita pasal Bahaman atok boleh cerita. Kalau awok nak percaya, percayalah. Ini cerita pe-da-oah. Gini ceritanya, masa Jepun dulu aki biasa dengan Cikgu Jantan. Nama sebenar Cikgu Jantan ni Hussin. Cikgu Jantan ni anak Tok Bahaman. Atok biasa nengok Cikgu Jantan mimpin seorang tua. Oran tua ni sentiasa berkelubung. Atas pehanya selalu ada sebilah parang. Tak lama Cikgu Jantan menjaga orang tua ni. Aki rasa orang tua tu adalah Tok Bahaman. Kalau awok nak percaya, percayalah. Tapi inilah cerita pedoah."

Cerita 3 cerita saya.
Lama-lama dengan cerita Tok Bahaman ni, saya sampai satu tahap yang mana satu cerita sebenar Bahaman. Secara formulanya saya boleh kata gini:
A- 2 campur 2 adalah 4 (Bahaman)
B- 2 darab 2 juga 4 (Bahaman)
C- 4 campur 0 juga 4 (Bahaman)
D- 3 campur 1 juga 4 (Bahaman)

Angka 4 adalah Bahaman. Kalau kita guna formula A kita akan jumpa cerita Bahaman. Kalau kita guna formula B kita akan jumpa cerita Bahaman juga. Kalau kita guna formula C kita akan jumpa cerita Bahaman. Kalau kita guna formula D kita akan jumpa cerita Bahaman. Dah tu formula mana satu yang sebenarnya Tok Bahaman.

Banyak orang berani kata dia tau cerita sebenar Tok Bahaman. Tapi saya tak tau mana yang benar.

Tetapi saya terfikir semula. Apa yang sebenarnya kita nak dari Tok Bahaman. Ada orang nakkan ilmu parang terbang, nakkan ilmu selepang merah, nakkan cincin Bahaman, nakkan keris Bahaman, nakkan parang Bahaman dan macam-macam lagi hajat orang-orang kita jika berpeluang jumpa 'Bahaman'.

Betul ke, itulah bendanya yang Tok Bahaman nak berikan kepada kita anak cucu cicit dia?

Dari sudut yang amat berlainan pula, memang ada cerita yang orang boleh cerita pasal Tok Bahaman. Tetapi ada banyak cerita yang orang tak boleh cerita dan tak perlu ditulis tentang Tok Bahaman. Cukup sekadar 'siapa yang tau ... taulah yang tak tau, tak perlu tau'. Memang banyak misterinya Tok Bahaman ni. Teruskan mencari kepada sesiapa yang berminat dan kepada yang minatnya kurang padu mungkin cukup setaka ni aja.



kemaskini: 24.12.2010

3 comments:

Unknown said...

0132256133 wasap. Sy berminat nak tau lebih mendalam. Sbb nasab keturunan sy sampai. Mengikut kiraan org tua dan bapa saudara sy.

Unknown said...

0132256133 wasap. Sy berminat nak tau lebih mendalam. Sbb nasab keturunan sy sampai. Mengikut kiraan org tua dan bapa saudara sy.

Unknown said...

0132256133 wasap. Sy berminat nak tau lebih mendalam. Sbb nasab keturunan sy sampai. Mengikut kiraan org tua dan bapa saudara sy.