KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah:
PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.
2 comments:
Adakah Muhammad Salleh ni asal dari sebuah kampung di Daerah Pekan di Negeri Pahang pada zaman Inggeris dahulu?
Mohon maaf. ..saya pun x pasti tapi kalau di baca laman Web http://www.royalark.net susur galur dia spt berikut :
Wan Muhammad Salleh (Bendahara Bentara Guru) bin Wan Musa (Panglima Tok Wan Musa) bin Wan Ali (Tok Wan Ali) bin Wan Ahmad bin Wan Ismail bin YM Tun Abdullah bin YM Tun Pedah Yusuf (Tun Da) bin YM Dato Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid bin YM Sri Paduka Tun Muhammad Tahir ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Ri'ayat Shah (Dato Temenggong Sri Maharaja of Johor)
Kalau ada maklumat lain mohon Tuan dapat kongsi bersama ya.
Terimakasih.
W M Naim
Post a Comment