-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20181115

Mencari Tanpa Sandaran

manusia zaman ini bertanya;
mereka mencari:

siapa melayu
dimana bahtera Nabi Noh
mencari harta Karun @ Qorun
mencari barang Nabi Sulaiman
mencari barang Nabi Musa
mencari keluarga Nabi Isa
mencari peninggalan Adam dan Hawa
siapa Iskandar Zulkarnai dan hartanya
mencari kitab asal Zabur, Taurat, Injil.
mencari umur dunia dan atau umur bumi.

sebaliknya mereka tidak pun berusaha 
mencari diri mereka sendiri.

carilah dalam Al Quraan,
adalah jawapannya.
dah tak cari,
mana nak jumpa.

dok pakai pendapat kitab je,
kitab-kitab karangan ulama itu 
perlu disandarkan kepada Al Quraan,
dan bukannya Al Quraan 
disandarkan kepada pendapat kitab ulama.

[kitab tu huraian atau ulasan pendapat ulama pada masa zamannya].

sepatutnya digunakan untuk huraian kefahaman aje.
dan bukannya untuk manusia kemudian bersandarkan diri kepada mereka.

Oleh Neguai
12.11.2018

27 comments:

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


ilmu allah itu perumpamaannya seperti lautan,perlulah berani untuk menyelam meneroka dalam lautan nya,maka barulah jumpa,tahu,faham,dan untuk menyelam,kenalah mempelajari kaedah-kaedah penyelamannya,kalau tidak belajar atau setakat belajar tahu asas menyelam aje,mati lemas nanti.

bukannya setakat ambik teori aje,teori dan pratikal mestilah bersekali,dan mahir akan kedua-duanya bersekali,barulah setaraf,duduk sama-sama rendah,berdiri sama-sama tinggi. itu barulah di panggil ulama atau dalam bahasa zaman sekaran ini; pro atau mahir atau pakar.

sebaliknya,kalau pakai alasan;menurut kata kitab sekian atau menurut kata ulama sekian,atau menurut kata sahabat sekian.itu meniru namanya. maka terjadilah yang orang ramai sebutkan; pak turut.

betul salah, tidak ambik perduli,janji pahala dapat berlonggok-longgok[pada sangkaan mereka].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


dalam khubah hari ini dalam pahang; menceritakan:

penentang kepada dakwah islam oleh orang[kumpulan islam leberal dan angkatan mereka]; kumpulan itu memang dah memang nampak jelas menentang,dan menghalang,maka jelas akan ingkarnya mereka kepada islam.[nak pelik apa pada mereka itu].

sebaliknya kepada satu lagi kumpulan yang berdiri @menyuruk dibelakang jari telunjuk; kumpulan ini rasa-rasanya lagi tak guna dan tak boleh harap,tak boleh pakai.

kumpulan islam liberal memang dah jelas ingkar,dan kumpulan berdiri belakang jari telunjuk ni pulak,lansung tak dapat dikesan kedudukan mereka. inkarnya mereka dalam kumpulan ini seperti musang berbulu ayam. dan mereka ini juga ibarat anjing yang tersepit atau talam dua muka.

kumpulan pertama boleh dan dapat dibendung[sebab mereka telah perjelaskan pendirian mereka],sebaliknya kumpulan kedua,belum tentu dapat,kerana penyamaran mereka amat sukar dikesan,walaupun mereka berada dalam kalangan sekeliling kita.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


pada mula 9/11/2018[malam jumaat]; mereka sibuk menyabut,apa yang mereka sebutkan menyambut hari kelahiran nabi muhammad atau maulidur rasul.

kenal ke dengan sebenar kenal,ataupun setakat mengiyakan cakap-cakap orang yang ramai tu aje.

siapa dia,kepada siapa susur keturunan untuk sampai kepada ibrahim, macammana dia di tauliah atau di angkat menjadi nabi dan rasul,dan mana sandaran untuk dia dalam al quraan.

jangan lah sanjungkan dia menjadi sepertimana orang nasrani puja atau orang yahudi puja,dalam al quraan dah sebutkan pada surah ke 109,baca serta teliti dengan cermat.

jangan jadi macam orang yang makan pucuk kecubung,ingatkan nak buat ubat rupanya mabuk.makanya tidur tak sedar diri dan berangan-angan dengan mimpi hayalan yang dibuat-buat.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


mereka yang ramai selalu menyebutkan bergini:[perumpamaan]

kita sekarang dah berada pada waktu asar atau waktu senja.
itu di fahamkan kepada umur manusia,yang membawa maksud dah tua dan rumah kata pergi,kubur kata mari.

sebaliknya bagaimana pulak dengan umur dunia atau alam,duduk pada waktu asar ke atau dipenghujung senja ke?.

tuanpuan, kita di wajibkan solat lima waktu sehari semalam,kalau kedudukan umur dunia atau alam ni pada waktu asar atau senja;itu dikatakan umur yang baru nak masuk tua atau baru matang.

makanya kias-kias atau khilaf-khilaf yang di beritakan oleh allah dalam al quraan serta dalam al sunnah yang di beritakan oleh rasulullah,kalau bergitu tidak dapat di rungkai oleh manusia yang ramai zaman sekarang.

makanya, kemana perginya hati-hati yang tenang,atau yang disebutkan[ wahai jiwa yang tenang] dalam kalangan manusia zaman ini.
masih bergelora ke jiwa mereka-mereka itu?

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


mereka berkata;jangan tafsir al quraan pakai logik akal sebab ianya wahyu allah.
sebaliknya sandaran dan fikirkannya dengan akal yang telah disempurnakan allah.
perbandingan kepada sandaran dan tafsir telah terbentang di depan mata;sejarahnya,kejadian alamnya,kejadian diri manusia,dan lagi,dan lagi,dan sekali lagi,berulang-ulang.
jawapan kepadanya yang disebutkan ; hanya allah dan rasul yang tahu: itu jawapan untuk manusia yang tahu bagi mengelak mereka tersasul menyebutnya,
dan bukan jawapan untuk manusia yang tak tahu,dan bagi manusia yang tak tahu,ini yang sepatutnya mereka sebut:maaf, kami tak tahu,kami tiada ilmu berkenaan dengan nya.

maka; tidaklah menjadi fitnah kepada tafsir dan sandaran al quraan serta al sunnah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


seluruh tuanpuan,[pemegang amanah,pertugas,pelapis(ghaib/nyata)];di panggil balik untuk urusan pemutihan[pemulihan].[seperti kenyataan yang ternyata dalam al quraan serta al sunnah].

dalam badan manusia itu ada seketul daging,jika di jaga dengan baik,maka baiklah ia,dan jika dibiarkan titik demi titik hitam sehingga hitam seluruhnya daging itu,maka rosaklah ia,yang menjadi penyakit yang dihinggapi.



Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


ada kalangan mereka-mereka itu resah gelisah hatinya,bimbang anak cucu tak dapat makan dan hidup.mereka tak risau kepada diri mereka sendiri,walaupun mereka tahu yang mereka tak berapa nak lepas dengan persoalan kubur,urusan makan minum yang mereka risaukan.

tidak ke telah di beritakan dalam al quraan,rezeki itu pemberian dan anugerah dari allah kepada makhluk.mereka lansung tidak yakin dengan berita itu sebenarnya.

mereka juga telah diberitakan,yang dunia ini adalah dugaan dan cobaan keatas diri mereka, kecuali kepada orang yang bertakwa,sedangkan orang bertakwa itu juga diduga,dan dugaannya lebih hebat serta berat lagi dari mereka-mereka itu sendiri.

makanya janganlah jadikan angan-angan sebagai satu cara hidup.ini bukannya kisah mat jenin atau kisah aladin yang telah di salah akan jalan ceritanya oleh manusia yang terkemudian dari pengarangnya.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


urusan kepada pelembangannya kumpulan tapak sulaiman siap lengkap sempurna pulih.inshaallah. dari izin allah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


ini untuk ingatan kepada mereka-mereka itu;

jangan bercakap atau menasihat atau menyuruh atau mengajak manusia lain yang ramai,kalau diri itu sendiri masih dalam kedudukan bersubahat,jalankan urusan amar makruf nahi mungkar keatas perlaku kesalahan dahulu,dan barulah bercakap kepada manusia yang ramai.

seperti orang zaman sekarang cakap: cakap tak serupa bikin.bikin tak serupa cakap.
bersubahat dan melindungi salah laku,hukumnya sama dengan manusia yang melakukan kesalahan itu.[hari-hari dengar laongan azan,tara paham ka].

kias sindiran kepada orang yang ramai yang dilaongkan itu tak mendatangkan manafaatpun,jadi satu pekerjaan bodo aje.orang yang ramai bukannya faham,dan manusia yang disindir itu pulak masih buat kerja salahlaku juga,tak insaf pun tengok ke gayanya mereka itu,dan yang bersubahat pulak,nak bersubahat sampai keakhir hayat[ajal sampai] ke?.ke gonagaya?

hidup untuk makan,:yang ini dipegang oleh manusia yang buat salahlaku.
makan untuk hidup,:yang ini dipegang oleh manusia yang bersubahat,sebab;jawab sendirilah.

makanya, sebab itulah rasuah berluluasa.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


ada manusia mabuk sebab minum arak
ada manusia mabuk sebab mengandung
ada manusia mabuk sebab tekanan udara tinggi
ada manusia mabuk sebab dengan bau asap kenderaan
ada manusia mabuk sebab kasih
ada manusia mabuk sebab,sebab,sebab,dan sebab lagi
dan ada manusia mabuk tiada bersebab:makanya kalangan yang ini lah yang terlalu ramai pada zaman sekarang.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


dulunya;disebutkan: gajah dengan gajah berjuang,pelanduk tersepit ditengah gelanggang. dan,

berani kerana benar,takut kerana salah. itu betul lah,kalau zaman dulu-dulu.

sebaliknya,zaman sekarang ini;dah jadi maksud lain;

pelanduk sama pelanduk yang berlaga,gajah duduk ditepi menyengih. dan

berani lah kerana takut.....,benar kanlah kerana salah.....;fikir lah sendiri akan jawapannya. dah suka sangat pegang perkara fitnah,nak buat macammana. lansung tak nak keluar dari bawah tempurung.

katak pun semasa-semasa menyusup keluar dari bawah tempurung tempat dia menyuruk,,sebaliknya sesetengah manusia,lansung tak mahu.

keluarkan diri dan hati dari fitnah.
tuanpuan mengundang bala bencana kalau duduk dalam fitnah.
membazir je berdoa panjang-panjang setiap hari.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


tok mihad,kg machang gelap;

itu orang warisnya kepada pakngah yasin kg pantai atau kg machang gelap.
nama dan gelaran lainnya abdullah patahir.yang lainnya ,maaf.
............


batin sibuk machang gelap; dengan batin sungkai;

bukan datang dari indonesia dan bukan adik beradik seayah seemak,mereka bersaudara dari satu moyang.mereka dari kumpulan bersama tok mengkarak membuka melaka.zaman tu nama indonesia mana ada lagi.
.........................


tok gemok kg pesagi menantu tuk selingan;

dia orang kg mengkara lah.penulis dan penyusun salasialah keturunan zaman sultan abdullah.
.........................


haji derus kubur di telok melati;

dia bukan anak bahaman,dia anak saudara bahaman;
mak hj derus, adik beradik seayah seibu dengan bini bahaman yang pertama.
..................

kubur imam nong;

kuburnya betul di rantau panjang lanchang,tapi namanya bukan nong;nama dia nuh atau imam nuh.
.......................

tok sahidin;
kuburnya betul di telok melati,tapinya susunan adnan yaakob tu tak berapa betul tu,adnan ke tok sahi,manaboleh waris kelima.

tok sahi tu masa zaman melakalah.zaman melaka anggaran tahunnya tahun berapa. kiralah molek-molek.
....................

kapal sitenggang tak tenggelam di kuala bera;

yang dikuala bera tu sejarah mitosnya lain tapi jalan ceritanya bersamaan.
................

jangan pegang fitnah lah tuanpuan.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


sejarah menunjukkan siapa kita atau diri kita.

dan kalau sejarah di salah susun,........

dan kalau sejarah sengaja di putarbelit,.....

dan kalau sejarah di ubah,.......

dan kalau sejarah ditipu,......

dan kalau sejarah dibuka,......

dan kalau sejarah sebenar,.......

makanya jangan memandai ubah sejarah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].

untuk makluman;

panglima harimau berantai pahang bukannya gelaran wan daud atau orang kaya haji.

gelaran itu adalah gelaran kepada abang atau adik beradik wan daud lah.[adik beradik seayah]

betul ke apa yang mereka susun itu, wan daud di bin kan kepada wan pahang tu.

dan wan tanjung di bin kan kepada wan chik.

kalau tak betul,tolong betulkan,jangan buat kerja merapu dalam susunan salasilah keluarga,mudarat yang berat akibatnya nanti.

Anonymous said...

salam tuanpuan.

maaf; pembetulan:

gelaran panglima harimau berantai ada 3 orang pada masa itu,salah seorang darinya ada lah wan daud itu sendiri, adik beradiknya,dan sepupunya.

macammana dia dapat gelaran itu dan kepada yang lain juga: maaf,tidak dibenarkan untuk di buka oleh pemegang amanah. maaf sekali lagi. ralat dari kami.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


waris pertama yang menjadi orang perba jelai dari susur gelaran wan adalah yang WAN YUSUF BIN,,[KESAN LAH SENDIRI].ayahnya siapa.

yang mengambil alih jawatan itu dari ayah mertuannya atau dari bapa saudara bininya,yang bernama tengku ritajudin atau tengku retauudin yang meletak jawatan dan meninggalkan pahang,pergi atau kembali ketanah moyangnya di sumatra[pagar ruyung],waris ke 14 atau waris ke 15 kepada tok rompin atau wali 7 tanah melayu.[wali ke 7 atau bongsu].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


jumaat,23/11/2018; khutbah jumaat di pahang;[masjid lama pekan].
khatib menyampaikan kisah maulidur rasul.[sebab ini bulan maulut].

ceritanya dari lahirnya muhammad,sehingga menjadi nabi dan menjadi rasul,dan berbagai lagilah.betul lah cerita tu dan bagus untuk diperdengarkan.

dalam mereka bercerita,dan mereka yang mendengar kisah nabi;adakah mereka faham serta tahu,dan benar-benar kenal akan gerangan nabi muhammad itu. atau setakat meluahkan perasaan aje mengikut skrib.

kisah rasul itu[maulidur rasul] adalah kisah berkenaan sabit perbincangan dalam rukun islam yang pertama,[mengucap dua kalimah syahadah].

kisah rasul itu adalah huraian dan bukan jawapannya kepada dua kalimah.
dan mereka yang bercakap itu kena tertib dalam menghuraikan kisah rasul,dan bukannya boleh main hentam bercakap aje.

dan kalau tak kena kaedah bercakapnya[atau susunan kisahnya tungganglanggang],itu disebutkan sebagai berkata-kata dengan aib atau kurang ajar.

jadinya macammana yang nak dikatakan cinta rasul. kenalnya tidak,tahunya tidak,dan fahamnya pun tidak. sebaliknya safaat darinya hendak.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


tuan yang bernama sapie,perbetulkan salah susunan yang telah tuan berikan dan buat kepada beberapa pewaris keluarga lipis[perba jelai].

jangan suka-suka buat andaian,itu satu fitnah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


islam sebenarnya telah lama ujud adanya sebagai pegangan.
dan lengkap sempurnanya islam sebagai agama yang di redho allah adalah semasa nabi muhammad,dan bukannya tanggapan yang mengatakan oleh manusia zaman ini sebagai: agama yang dibawa oleh nabi muhammad: dan agama islam bermula atau baru 1400 tahun.

baca molek-moleh lah khutbah rasul[khutbah akhir]dipadang arafah semasa haji wedak[perjalanan akhir nabi muhammad ke mekkah]. jangan dok main ikut sedap bercakap aje.fahamkan betul-betul lah] baru bercakap.

nabi muhammad diarahkan allah bagi melengkapkan serta menyempurnakan urusan islam,dan dijadikan sebagai pegangan serta agama kepada manusia serta seluruh alam.

inilah yang sebutkan sebagai kias disebalik kias.atau ghaib dalam nyata,nyata dalam ghaib. rahsia tetap rahsia,hanya kepada manusia yang dibenarkan oleh allah sahaja yang diizinkan.

dan kalau nak menjadi sebahagian dari manusia yang dibenarkan oleh allah. putihkan lah diri tu[taubat].
kalau setakat bercakap,tak buat,tak guna. sebabnya nabi muhammad,dia buat,sebab tu dia cakap.
dan manusia kemudian dari dia[zaman sekarang ini],hanya dengar dan bercakap,tapi tak buat pun.
jadinya,ada patut ke orang zaman sekarang ini menyalahkan manusia atau orang zaman dulu-dulu tu. tak patut tak patut.

itu sejarah dah,adakah patut atau tidak, manusia zaman ini mengikuti atau meniru salah laku dari sejarah lama itu.

kalau nak tiru,tiru atau ikuti akan kejadian sejarah yang baik dan molek sahaja lah. tak gitu akan kaedahnya.

itu pasailah ada pepatah orang tua-tua;
kepada perkara atau sejarah,yang baik jadikan tauladan,yang buruk atau jahat dijadikan sempadan.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


sabit kepada rukun islam dalam perkara pertama telah diperbentangkan oleh mereka-mereka bilang tahun pada setiap tahun,makakan mereka hanya bercakap,dan bercakap,dan terus bercakap,tanpa pengetahuan ilmu berkenaan dengan nya.mereka menghuraikan,menyimpulkan,mentauladankan,dan bermacam-macam meng dan men lagi.

perkara yang di raikan dan di sebut-sebutkan bilang tahun itu adalah:

1]maulidur rasul
2]israj mikraj

mereka hanya membacakan sebahagian dari halnya sahaja,dan sebahagian darinya lagi dimana?,kenapa tak di bacakan?

sengketa dalaman hati diri mereka sendiri tidak pernah dapat mereka damaikan,mereka tetap menyalahkan bahagian yang lain,dari sebab kekeliruan hati diri mereka sendiri itu.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


mereka[manusia zaman ini] berkata;seperti mana mereka mengcopy cakap-cakap orang tua-tua dahulu:

kita kena istiqamah dalam setiap perkara.

dan macammana nak istiqamah bagi manusia zaman ini,kalau dah dok fotostat sahaja,dan tiada jawapan sendiri. serupa anak kecil baru belajar bercakap.

kanak-kanak kecik itu menyalin atau meniru apa yang mereka dengar dan lihat,lama kelamanan kanak-kanak itu belajar juga dengan sambil memikirkan apa yang mereka lihat dan dengar itu.

dan sebaliknya bagi manusia yang cukup umur dan cukup akalnya,tidak dibuat seperti anak kecil,mereka dak salin sahaj semata,tanpa berani hendak memikirkan serta mengesahkan perkara yang mereka lihat dan dengar.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kapada;[ ].


manusia yang melakukan salah laku tanpa pengetahuan adalah yang terok dikenakan penyakit kifarahnya,berbanding dengan manusia yang melakukan kesalahan dengan pengetahuan.

manusia pertama itu,mereka buat salah,dan mereka merasakan yang mereka tidak melakukan kesalahan atau mereka tak mengaku atau tidak mahu mengakui apa yang mereka buat itu adalah salahlaku kepada allah.makanya mereka ingkar dengan perintah allah tanpa pengetahuan.[ibarat salah laku hawa kali pertama]

manusia kedua itu,mereka tahu yang mereka telah melakukan atau ter masuk dalam melakukan salahlaku,dan mereka tahu yang mereka telah menzalimi diri mereka sendiri,maka mereka akan cepat-cepat atau mencari jalan bagaimana mendapatkan pengampunan atau taubat kepada allah.[ibarat salah laku adam kali pertama]

manusia kedua itu tetap dikenakan penyakit kifarah keatas mereka,sebalikkan tidak seterok kifarah yang dikenakan kepada manusia pertama.

makanya berita sebergini[yang telah di beritakan dalam al quraan serta al sunnah],tidak mendatangkan keyakinan dalam diri manusia zaman sekarang.

oleh itu tuanpuan cuba carilah keyakinan mengikut acuan hati sendiri,kalau jumpa.

Anonymous said...

salam ,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


makanya;kesengsaraan diri dari sebab penyakit atau dari sebab masalah dalaman diri atau keluarga,jangan disalahkan manusia lain atau makhluk lain,kalau diri sendiri masih tidak yakin dan tidak percaya dan tidak tahu@tidak mahu ambik tahu,dan tidak berilmu berkenaan dengannya urusan,serta masih lagi ingkar tanpa sedar kepada allah.

kesemuanya penyakit adalah akan di sabitkan atau disandarkan kepada ingkar kepada allah. bukan sebab makanan,bukan sebab makhluk halus,dan bukan sebab apa yang bermain dalam kepala otak manusia itu.

baca dan fahamkan dengan cermat ayat-ayat al quraan dan al sunnah,supaya jelas kefahaman berkenaan ilmu dan berita dari dalamnya kitab keduanya itu.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].[bab pewarisan,keturunan dari dalam al quraan].[pembentangan kedua]


beberapa tahun dahulu,ada orang mengatakan kami hanya berceritakan hal kulit semata,dan bukannya hal isi.

dan ini kiasannya kepada tanggapan mereka itu.

dalam al quraan: ada beberapa nama surah yang bermaksud kepada bab keturunan;

nama surahnya adalah:[ini baru nama bagi surah sahaja,belum lagi isi ayat al quraan itu sendiri].

ali imran
yunus
hud
yusuf
ibrahim
maryam
al anbiyaa
luqman
muhammad
nuh
dan beberapa nama surah lagi yang tidak menggunakan nama-nama seperti diatas,sebaliknya dalam bentuk sebutan kias.[contohnya al anbiyaa],
dalam surah al ambiyaa itu tertera atau tercatit ramai nama-nama pula.

makanya; nama-nama diatas itu,bagaimana hendak dikaitkan diantara satu dengan yang lain mengikut susunan keturunan atau salasilah nya mereka. dan sebagaimana akan sejarah kesinambungan salasilah mereka pula untuk dikaikan dengan susunan keturunan mereka itu.

makanya,dalam al quraan menyebutkan secara sah tertir dan tertib susunan keturunan dan kesinambungan keturuan mereka itu.

maka,ada yang akan berkata,dah ada dah,itu yang terpapang digantung pada dinding masjid dan surau tu[hak terpelihara oleh ulama indonesia.

lihat dan semak denga betul-betul serta dengan jelas,ada ke susunan yang tertera itu lengkap dengan sebenar-benar lengkap. atau masih ada rungga atau ruang yang lopong.


Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


sepertimana amaran yang tercatit dalam al quraan kepada manusia dan jin,bergitu jugalah kaedah yang kami jalankan kepada para pemegang amanah,pertugas,pelapis.tiada perubahan.

sesiapa dari kalangan mereka itu yang membuat salahlaku dengan sedar ataupun dalam tidak sedar,yang memudaratkan manusia lain dengan kerja-kerja celaka mereka,mereka akan tetap dihukum.
cumanya cepat dan lambat sahaja tindakan yang dikenakan keatas mereka.

apabila berita salahlaku mereka sampai kepada kami,kami akan menyemak kelakuan mereka,adakah berita itu benar atau fitnah.

makanya berjaga-jagalah dalam kelakuan dan tindakan kerja yang tuanpuan lakukan,urusannya mengikut fekah atau melanggar fekah.

kami tetap memerhatikan kelakuan setiap pemegang amanah,pertugas,pelapis dari jauh.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


al quraan dibaca
al sunnah @ al hadis di baca
yakinnya hanya separuh hati
percayanya hanya dimata
huraiannya tidak sampai kepada jawapan yang dicari
bidaahnya telah melebihi zaman jahiliah
pengetahuannya setinggi langit, ilmunya tiada
dan fahamnya hanya dibuat-buat senampak cantik dimata
manusia dan insan tidak mereka dapat bezakan lagi
apatah lagi yang baik dan yang buruk.
kita tetap akan kembali kepangkuan allah,
bagi menjawab persoalan itu nanti.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


makluman kepada pewarisan susur;pawang-pawang,bidan-bidan,bomoh-bomoh;

tuanpuan diingatkan agar atau supaya;perbetulkan tanggapan dan kefahaman yang salah kepada maksud pawang bidan bomoh,akan imunya,akan fekahnya,akan adatnya,dan akan adabnya.

perkara yang tersebut mestilah di sandarkan kepada dalam urusan al quraan serta al sunnah. atau duduknya dalam yang disebut ulama sebagai:

rukun islam lima perkara,dan rukun iman enam perkara.

ramai dari pewarisan mereka ini,telah di kifarahkan atau di denda sebab menghina,dari sebab salahnya tafsiran kepada urusan maksud pawang,bidan,dan bomoh,atau salah guna kepada urusannya tersebut itu.

kembali kepangkal,jangan berjalan dalam kabus atau gelap tanpa bersuluh.