-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20190903

KETURUNAN TOK SHAHRUM (TENGKU ALI)

Tok Gajah (Rasu Abdul Salam) di lahirkan di Kg Temau, Raub, tahun 1845 dan meninggal di Pasir Nering Hulu Terengganu 1901,

Ayahnya Tok Shahrum (Tengku Ali) duduk di Temau, orang Rao/Rawa.

Ibu Tok Gajah: Tok Dinar. (Siti Hajar bt Sheik Ali) orang kg Chengkuas, Kuala Kenong, Kuala Lipis.

Adik beradik Tok Gajah ada 5 org, 3 lelaki, 2 perempuan, adik beradiknya ialah ,
1. Khatib Mat Arif (9 org anak)
2. Haji Mohd Amin(7 org anak)
3. Khatib Abd Salam (Tok Gajah)(23 org anak)
4. Hajjah Maimunah ( 3 org anak)
5, Ranting Mas (tiada anak) yg mengandung 7 bulan, (mati di bunuh oleh sepupunya Tok Zainal kerana merampas emas mentah, suaminya Hj Hasan Keramat, kubur kedua-dua mereka ini ada di Hulu Temau, Raub.

Berikut dari sumber: Piathangtuan.blogspot
Dalam satu perbalahan merebut emas mentah, Ratin Mas  anak Teuku Ali yang sarat mengandung anak yang pertama telah dibunuh. Suaminya, Haji Hassan Keramat, turut dibunuh dalam perebutan itu. Bagi menenangkan keadaan, Teuku Ali membawa keluarganya berdiam di Kampung Permatang di Budu.  Di sinilah Rasu Abdul Salam menyempurnakan pembelajarannya dalam ilmu kepahlawanan dan ilmu agama.  Ini dsebabkan di Budu itu telah tumbuh pusat-pusat pengajian agama dan gelanggang kependekaran.  Namun begitu, tidak lama kemudian, Teuku Ali  dan keluarganya kembali semula ke Temau.  Di sinilah Rasu Abdul Salam mendalami ilmu tareqat  dan menyampaikan pengajaran agama kepada penduduk setempat.

Isteri Tok Gajah

Isteri pertama, Cik Siti orang Kuala Kenong,
(1). Awang Baiduri (Ulu Jelai)

Isteri kedua Tok Gajah di Budu, bernama Jebah bt Ibrahim,
1. Ahmad Pilus
2. Teh De (ayah Tok 4 Nong Tualang Padang),
3. Saripah
4. Nadiah
5. Abd Rahman (aki Dato Mazlan Jamaluddin/Penasihat).
(6) Mat Kahar
(7)
(8)

Isteri ketiga Tok Gajah, Teh Mahda bt Tok Kaut,(org Burau/Pulau Tawar) anaknya ; 1. Mat Kilau
2. Teh Ibrahim
3. Yang Chik
(4) Awang Nong

(Mat Kilau aki kepada Cikgu Abu Bakar Hasan/ bekas ADUN Pulau Tawar). Mat Kilau di lahirkan di Kg Masjid Pulau Tawar, Jerantut pada tahun 1865,

Isteri ke 4 Tok Gajah : Bedah org Pulau Tawar,

Isteri ke 5, Mah - tiada anak,

Isteri ke 6, Cik orang Pekan Sentol,

Isteri ke 7 Tijah. Dato Bahaman adalah menantu kepada Tok Gajah,

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjuangan dan kisah hidup Tok Gajah & Mat Kilau (rujuk U.M 24.Sept,1977.),(U.M.22.4.1998),

Buku
-kajian kesahian Mat Kilau yg diterbitkan oleh kerajaan Negeri Pahang tahun 1969,
-Aruna Gopinath Sejarah Politik Pahang 1880-1935,
-Pahang Sejarah Dan Budaya (Norzait Selat),
-Bingkisan Sejarah Raub, Rao Dan Pagaruyung: Pertaliannya Dengan Raub Dan Pahang.

Sila rujuk kepada keturunan Tok Gajah & Mat Kilau untuk mengetahui salahsilah keturunan ini dari:
-Encik Zainuddin Ali (Sg Isap)
-Dato Mazlan Jamaluddin (Penasihat)(Kuala Lumpur)
-Dato Khairuddin Kawi(Jerantut)
-Dato Zulkifle Mohamad (Pekan)
-Tan Sri Rahim Mohamad (Pekan)
-Dato Shamsiah Bt Dato Abdul Hamid (Pekan),
-Encik Rostam Affandi/Encik Azmi Bin Tok Muda Nong (Jerantut)(ayahnya bekas -Penghulu Mukim Budu/Tembeling),
-En.Zukarmi Bin Abu Bakar (Kuantan)
-Keluarga aruah Tok 4 Nong Tualang Padang, Mukim Budu,
-Persatuan Keturunan Tok Gajah & Mat Kilau di Perdana Business Centre,Bandar -Damasara Perdana, Kuala Lumpur, hubungi Dato Zul, Salam.
-Persatuan Waris Tok Shahrom, Tok Gajah, Mat Kilau - Jamaluddin b Long (Bandar Pusat Jengka)

sumber asal: ikatanbudu.blogspot.com
tulisan asal: Tanpa Nama
tarikh asal: 12 November 2011 9:43pg

MESTI BUAT SEMAKAN DAN PENGESAHAN SEBELUM DIGUNAKAN. 

3 comments:

Anonymous said...

salam;

tolong siasat semula,dengan apa yang tuan tuliskan itu.tak berapa nak betul nampak gayanya.dalam senarai anak,ada nama anak orang lain.

Anonymous said...

salam;

cerita yang aib jangan sesekali di bentangkan kepada orang yang ramai. nampak sangat tak beradab kelakuannya walaupun diri seorang yang bijak. maaf.

Unknown said...

Dari cerita Arwah Tok Saya Mat Deli Bin Awang Cik. Dia adalah cicit tok gajah dari isterinya Jebah dibudu salah seorg anak perempuan bernama Khalijah berkahwin dgn Siapa arwah xsempat cerita Khalijah melahirkan 1 orng anak bernama Awang Chik yaitu moyang saya. Memang arwah pernah bawak saya sblm dia meninggal tahun lepas ke Budu dan temau berjumpa puak keluarga disana tapi tak sempat kenal rapat. Kebanyakan keturunan Tengku di raub adalah keturunan Tengku Rawa(Rao).cuma sy nk tahu tok sharum ni Rao di bahagian mana. Krn Rao tu ada 50 kota jadi kota yg mane. Kalau ikut gelaran Tengku Ali ada seorg pahlawan Rao(Rawa) juga bergelar Tengku yg dipanggil Tengku Imam Bonggol dan berasal dari Pagaruyong kawasan Bonjol di Rao(Rawa).