-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20190903

Panglima Lelangit Hitam Membawa Diri Ke Pahang

Salam tuan.
Saya nak bertanya juga
mengenai panglima ni.

Sbb arwah pak long saya
dapat keris pusaka dari moyang saya,
manakala mak saya pula dapat tombak
yang dikatakan telah memakan 99 darah orang
ketika mengamuk suatu ketika dahulu
di negeri johor,

so saya nak tanya
adakah tuan pernah terdengar
mengenai sejarah panglima ini.

Dan saya dapat tahu
yang lelangitnya hitam,
selepas kejadian amuk tu
dia bawa diri ke negeri pahang

Oleh: Tak ada nama
Tarikh: on 8/20/19

2 comments:

Anonymous said...

salam;

maklumat yang tuan berikan tu tak berapa lengkap. atau ada maklumat yang tuan tak nak bentangkan.

cerita lelangit hitam itu cerita lain.

cerita amok 99 itu cerita lain

cerita moyang tu,moyang no berapa dari tuan.

Anonymous said...

salam;

kerajaan pagar ruyung telah ada sebelum asal dari lereng gunung merapi lagi. sebelum dari di situ,pagar ruyung terletak di tempat lain dan berpindah-pindah mengikut masa zamannya diatas muka bumi ni. mengikut pemerintah semasa dalam zaman masing-masing.

dan raja adat dan raja ibadat itu,kalau nak tahu maksudnya ,buka dan bacalah al quraan serta al sunnah dengan mata yang terang,baru jumpa siapa mereka itu. jangan main tangkap jarang,atau main perdak semata,ini bukan kerja nya nak pergi perdak atau menggagau ikan. ini bab ilmu kias. belajarlah ilmu mantik dan ilmu bayan,baru lah boleh reti.