Assalamualaikum…
Asal-usul salasilah keluarga sebelah arwah bapa saya adalah dari Pagar Ruyung tapi saya sendiri tidak mengenali mana-mana waris dari sana.
Menurut bapa saya kakaknya masih berada di sana.
Semasa datuk dan nenek saya datang ke Tanah Melayu makcik saya ditinggalkan di sana, manakala bapa saya dan adik2nya yanglain dilahir di Tapah, Perak.
Sebelum ini keluarga bapa saya menggunakan gelaran Raja tetapi tiba di Tanah Melayu gelaran tersebut tidak digunakan lagi, sebabnya tidak ketahui tapi masih ada juga saudara2 yang lain yang masih memakai gelaran tersebut.
Malah banyak juga adat-adat dan pantang larang yang dibuang seperti adat jejak tanah (pantang tanah) tapi bapa saya melakukan adat tersebut pada saya dulu.
Malah keturunan kami juga diceritakan kisah tentang 3 jenis makanan yang dilarang makan iaitu:
a) Ikan talang
b) Kerbau balar
c) Pisang raja udang
Arwah bapa pernah liau menolak dipanggil balik ke sana tetapi beliau menolak. Bapa saya bernama Abdullah bin Basir bin Pandak Muda manakala nenek saya pula bernama Siti Aishah binti Sutan Nemas. Saya teringin sekali menjejaki waris2 di sana.
Siti
2 comments:
salam,
kalau tak di angkat kaki tu dan melangkah,tak sampai tak bergerak dan sampai bila-bila tak kan pergi.
daya dan usaha tu kena lakukan,dan kalau setakat teringin sangat itu angan-angan aje lah.
salam;
telah dibentangkan beberapa tahun dulu.rujuk pembetangan itu berkenaan keturunan yang tak boleh makan ikan talam,kerbau balau,pisang raja udang.
Post a Comment