KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20190917

Zulkeflie

Asalamualaikum……saya dari Pahang Malaysia masih tertanya-tanya, 

adakah benar saya ini dari keturunan raja-raja dari minangkabau. 

Arwah ibu saya pernah menceritakan bahwa arwah moyang saya bernama Pakis Ali dan sudaranya yg lain telah lari ke Malaysia ketika dahulu sewaktu terjadi perbalahan di sana. 

Arwah ibu saya pernah menyatakan bahawa kampung arwah moyang saya di Kg.Sawah Lebar di Sumatera….

Bagaimana untuk saya mengesahkan perkara ini ya…

Ikhlas
Zulkeflie

2 comments:

Anonymous said...

salam;

pergi ke sana. dan sahkan dengan pentara istana minangkabau tu.

Anonymous said...

salam;

pakis ali ke atau fakih ali?[nama sebenarnya siapa?].

bila pulok orang tua tu melarikan diri dari sumatera.sejarah moyang sendiri pun,main reka-dengar cakap orang ke?.

hanya kumpulan perang padri sahaja yang melarikan diri,itu pun sebab di buru,kalau tidak tak ke lari juga mereka tu.

betulkan semula sejarah moyang tu.