-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20200703

Sendiri buat sendiri tanggung

salam;

kami telah maklumkan tidak lama dulu:

maklumat yang sampai dari alam ghaib dan alam nyata[makhluk ghaib dan manusia nyata],perlu di tapis dengan sebaik mungkin.[ditapis dengan teliti].

perangai keduanya makhluk ghaib dan manusia nyata adalah sama aje, kalau mereka buat pedooh.[menipu]

jangan sampai di diperdaya dan di tipu oleh mereka yang ditugaskan sebagai penduga itu. yang disebutkan dalam al quraan serta al sunnah sebagai;

syaitan dalam kalangan jin dan manusia. dan syaitan itu adalah musuh yang terang lagi nyata bagi kaum yang hendak berfikir.

mereka tidak akan menanggung dosa dan berlepas diri dari perbuatan manusia yang membuat fitnah dan salahlaku. tanggung dan pikullah sendiri dosa itu.

siapa suruh dengar dan turuti hasutan mereka itu? sendiri buat sendiri tanggung.

bacalah al quraan serta al sunnah tu dulu sebelum nak buat sesuatu pembentangan.

inshaallah.
16:15

3 comments:

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

sebelum dibaca atau dibuat sesuatu;di suruh bacakan minta perlindungan allah dari syaitan yang direjam[nauzubillah];dan lepas itu dibacakan basmallah.

nauzubillah tu apa kebendanya?;dan basmallah tu apa kebendanya?

bacanya;baca sangat,ingkar dan fitnah buat juga. betul ke tuanpuan dan mereka-mereka itu baca?.

KALAU BACA,kenapa yang sampai di berikan bala wabak covid 19?.

manusia yang di kenakan wabak penyakit tu,dan bukannya syaitan. dan bukan iblis.guana gayanya ni. kata syaitan dan iblis yang ingkar dan musuh.

covid 19 tu adalah kuman;dan bukanya soldadu syaitan tentera iblis atau tentera dajjal.

menung dan renung lah lama-lama.apa sebenarnya yang telah terjadi?.

dalam bab tahu serta faham hatidiri.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

kami betul tak pahamlah dengan kelakuan manusia zaman ni; mereka minta dan dalam masa yang sama mereka menghalang.
[sampai demam-demam]

dengan berani mereka meminta-minta;dan dengan amat ketakutan sekali mereka mengelak atau menghalang.

seolah-olah yang datang kepada mereka itu jembalang;pernah nampak atau pernah jumpa ke jembalang tu.

kami sendiri tak tahu apa dianya jembalang tu;kalau jembatan atau jamban;itu kami tahu.

hantu;kami tak tahu;kalau antu kami kenal;itu moyang kami di boneo.


mereka minta untuk di bantu kepada allah;dan bila allah hantar bantuan;dah mereka kata hantu atau syaitan.ada kurang 5 sen ka mereka punya otak.

padan lah siling 5 sen mereka buang-buang;mereka kata tak berguna dan tak laku dah. kalau seling 1 sen;lansung;jangan kata nak ambik,jeling pun lansung tidak. menghina sungguh 5 sen dan 1 sen,dibuat oleh mereka.

tapi yang pelik lagi ajaibnya; siling 1/2 sen dan siling 1/4 sen,dibantainya cari.dan sanggup dibayar ribuan atau jutaan ringgit bagi mendapatkannya.

tak ke jadi suatu kerja banggang tu mereka buat.
[marah ke?][memang patut nak marah bila di kata;macam tu kan].

akal ada fikir lah sikit.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

tuanpuan hendak jadi apa?


jadi manusia?

atau

jadi insan?


kami hanya membantu kalau seseorang berkehedak menjadi manusia;dan kalau seseorang berkehendak menjadi insan,makanya kami tidak akan campur.

sangat membazir,mengejutkan seorang insan,alpanya diri mereka sehingga ke tulang sumsum.

mereka tidak ada hajat pun untuk kembali kepada allah.

mereka hanya ingin masuk syurga semata aje, tanpa ingin kembali kepada pencipta mereka.

dan seorang manusia akan berusaha memperbaiki diri mereka serta berbetulkan diri;dan seorang insan akan membiarkan diri mereka leka serta alpa dengan dunia.

inshaallah.