PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.

20140206

Kalki Avatar (Pembimbing Agung) menurut kitab suci Hindu

Wahai Tuhan kami, bukakanlah bagi kami segala rahsia kalamMU agar kami dapat mengambil manafaatnya. Limpahkanlah kurnia rahmatMU, Wahai Pemberi Rahmat.
-------------------------------------------------
Sumber kami:
http://semaremas.blogspot.com/2014/02/nenek-moyang-melayu-dah-lama-tahu-kalki.html

Sumber asal:
http://silverheritage.blogspot.com/2014/02/nabi-muhammad-saw-dalam-kitab-hindu.html
--------------------------------------------------
Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bermaksud Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw.

DiIndia adalah merupakan factor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatau bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran.

Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.

 Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan.

Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan ibu Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi.

Nama Bapa Nabi Muhammad s.a.w
VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat bererti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH

Nama Ibu Nabi Muhammad s.a.w
SUMAANI bererti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH

4. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

5. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

6. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

7. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.

8. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

9. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

10. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.

Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.
---------------------------------
Wahai Tuhan kami, bukakanlah bagi kami segala rahsia kalamMU agar kami dapat mengambil manafaatnya. Limpahkanlah kurnia rahmatMU, Wahai Pemberi Rahmat.

20140202

Pertemuan Sultan Negeri Sembilan dengan Kerabat Rajo 3 Selo

Assalamu alaikum.

Sudah banyak yang saya baca tulisan dan komentar dari saudara2 kami, baik yang ada di Indonesia maupun di semenanjung Malaysia. Semua bercerita tentang raja pagaruyung dan turunannya. Tujuannya hanya satu yaitu ingin kembali merajut tali yang hampir putus atau sudah putus, atau biang nan lah cabiak dalam satu wadah
Silatur Rahim, semoga cita-cita mulia ini dikabulkan dan diberkahi Allah SWT, aamiin.

Selanjutnya izinkan saya menyampaikan sebuah tulisan yang berisi cerita tentang suatu sejarah yang sudah hampir dilupakan(atau sudah dilupakan).

35 tahun yang silam saya mendengar cerita ini dari Almh nenek saya dan 14 tahun yang silam kembali diingatkan oleh Almh ayah saya, ceritanya tentang suatu peristiwa yang terjadi ditahun 1920-an (th pastinya tak ingat).

Waktu itu di Pagaruyung kedatangan tamu Sultan dari Negeri 9 Malaysia dan ingin bertatap muka serta mengadakan pertemuan dengan Kerabat Rajo 3 Selo yaitu
Raja Alam,
Raja Adat dan
Raja Ibadat serta
Basa Ampek Balai yaitu
Panitahan Sungai Tarab,
Mukhudum Sumanik,
Indomo Saruaso,
Tuan Kadhi Padang Ganting serta
Tuan Gadang Batipuh selanjutnya keluarga dari
Pariangan tak ketinggalan
DtBandaroKuning Limo Kaum.

Tapi acara belum bisa dimulai walaupun semuanya sudah hadir, karena dari Rao-Rao yaitu Rajo Nan Paik atau pemangku ataupun utusannya belum datang. Maka diutuslah dua orang hulubalang untuk menjemput beliau ke Rao-Rao dengan pesan

” Jika beliau sedang tidur jangan dibangunkan, tunggu dia bangun sendiri. Jika sedang bekerja, tunggu dia selesai atau dia sendiri berhenti dengan sendirinya, dll”

Singkat cerita, sesampainya di Rumah Gadang di Rao-Rao, beliau tak ada dirumah, yang ada hanya nenek saya tsb. Hulubalang tsb bertanya dimana beliau berada, jawab nenek saya beliau sedang disawah, apakah perlu di panggil segera. Kedua Dubalang tsb menjawab tak usah, karena seperti itu pesan yang dibawa, biarkan beliau sendiri yang pulang dan tak boleh diganggu.

Perlu diketahui, saat itu yang jadi pemangku atau Tungganai dirumah Rajo nan Paik tsb yang tua seorang Lelaki Bernama Muhammad Thahir (Thaher) Lenggang Sutan yang biasa dikenal dengan panggilan Tohia Palagak Kupiah Sirah, Beliau ini mamak kandung oleh nenek saya tsb.

Saat itu gelar Rajo Nan Paik tak ada yang memakainya sepeninggal kakek dari Mhd Thahir tsb.  Beliau ini seorang yang cukup arif dan punya suatu kemampuan yang dapat merasakan adanya orang yang menunggunya dirumah, lantas dia berhenti bekerja dan kembali pulang.

Dirumah beliau melihat ada dua orang tamu dan beliau sudah tahu siapa mereka, melihat dari pakaiannya lantas beliau sapa dan bertanya apakah sudah lama menunggu, yang dijawab sudah cukup lama. Kemudian beliau mengatakan tunggu sebentar karena akan pergi mandi.

Selesai itu barulah beliau menanyakan apa keperluannya. Untuk diketahui, Hulubalang tsb datang membawa CERANA (CARANO) yang berisi pinang langkok/lengkap (sesuai adat minang).Setelah menyampaikan apa tujuannya, barulah beliau dan dua orang Dubalang tsb berangkat menuju Pagaruyung.

Setelah beliau hadir, barulah acara bisa dimulai.

Hal ini pernah saya tanyakan pada Bp Sutan Taufik Dirumah beliau didepan Istano Silindung Bulan tahun 2009 silam. Belia mengatakan tak pernah mengetahui dan menerima cerita seperti ini. Malah mengatakan bahwa Kebesaran Rao-Rao adalah pemberian dari Pagaruyung. Saya kemudian mengatakan kalau ceritanya benar dan tak diakui,maka musibah akan datang ke Pagaruyung, tapi jika tidak maka semua akan baik saja.

Waktu itu saya datang dengan adik saya dan saya datang 15 menit lebih dulu dari adik saya, kemudian 15 menit setelah adik saya datang dan merasa cukup, kami KEMBALI PULANG. Kedatangan kami tsb terjadi 15 hari sebelum terbakarnya ISTANO BASA karena sambaran petir.

Apakah cerita tsb pernah didengar oleh orang tua2 kita atau tidak, bahkan dikatakan pada saya kalau dipagaruyung mengadakan helat memotong kerbau, maka daging segantang sakapalo di antar kerumah Rajo nan Paik.Tapi saat.ini sudah cukup banyak Nagari yang saya datangi dan bertanya, baru 3 orang yang menerima cerita in dari tempat yang berbeda.

Untuk diketahui, saat ini saya diberi Gelar oleh Kaum saya adalah Rajo Nan Paik. Gelar ini baru dilewakan saat saya baralek.walaupun gelar tsb sudah diberikan oleh Mamak/Tungganai kaum kami 7 tahun sebelumnya. Kepada saudara2 yang ada menerima atau mendengar cerita atau sejarah Rajo nan Paik,

kami mohon diberi informasinya. Karena saat ini kami minim bukti tertulis karena semenjak Rumah gadang kami terbakar tahun 1927 silam, semua bukti tertulis dan benda pusaka, Raib tanpa bekas.

Walaupun Rumah gadang kembali dibangun dan selesai th 1929 dan sampai saat ini masih berdiri walaupun dalam kondisi sudah mulai banyak yang rusak dimakan masa. Peninggalan yang ada saat ini haya sebuah TABUAH LARANGAN SIGOGA ALAM yang kondisinya juga sudah sangat memprihatinkan (Usianya sudah lebih 400 th) dan Pamedan/medan bapaneh.

Sekian dulu tulisan dari saya dan mohon maaf jika ada yang salah dalam uraian ini baik isi, kata maupun kalimatnya.

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

makhfuz idris

20140201

RAJA LABOH. RAJA LABU. YAMTUAN SATI . RAJA SATI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,

Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana pencarian saya selama 7 tahun berhasil dan saya telah menemukan nama gelaran sebenar yang digunakan oleh Almarhum moyang saya sewaktu Almarhum tiba di Negeri Sembilan satu ketika dahulu.

Gelaran yang diberikan ialah
RAJA LABOH
RAJA LABU
YAMTUAN SATI
RAJA SATI
yang merupakan calon Yamtuan ke-4 untuk ditabalkan menjadi pemerintah di Negeri Sembilan.

Almarhum tiba di Rembau sekitar tahun 1824 atau 1826 (Saya kurang pasti) dan difahamkan Almarhum juga bersusur galur dari keturunan RAJA MELEWAR.

Tetapi malang sekali, perlantikan tersebut tidak berlaku disebabkan ada perselisihan dan penentangan dari anak-anak raja yang lain.

Wallahu’alam. Kalau tak silap saya, nama Raja Laboh / Raja Labu ni dicatat di dalam buku Sejarah Tingkatan 1 cuma tidak dihuraikan secara terperinci.

Syukur juga dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana pencarian saya ini telah menemukan dengan susur galur keturunan Almarhum yang bertempat di Rembau, Negeri Sembilan. Pencarian saya telah menemukan saya dengan keluarga En. Shah Nizam yang merupakan cicit dari susur galur Almarhum Raja Embong/ Tengku Embong dan Raja Melewar. Kalau nak diikutkan banyak lagi maklumat yang saya perlukan tetapi Alhamdulillah sepanjang 7 tahun pencarian saya ini telah menampakkan hasilnya walaupun banyak lagi maklumat yang harus saya cari tapi sekurang-kurangnya saya telah mendapat identiti moyang saya yang selama ni dirahsiakan sangat-sangat.

Memang menjadi tabiat orang dulu-dulu untuk menutup rahsia dan seboleh-bolehnya tak nak seluruh keturunan cucu cicit tau perihal nenek moyang mereka. But as for me, I will not accept that since we are living in the new millennium.Ya, saya agak degil dan keras hati orangnya.

Setiap kali kami pulang ke kampung dulu (Sebelum arwah atuk dan nenek saya meninggal) acapkali bila kami suruh ceritakan kisah hidup almarhum….apa yang kami dapat ialah “Kalau nak tau, pergi balik ke Pagaruyung”.

Macam manalah kami nak balik kalau semuanya ditutup dan dirahsiakan? Tetapi Allah maha berkuasa dan membuka jalan untuk saya mencari dan menelusuri keturunan almarhum dan Alhamdulillah saya telah menemukan apa yang dicari selama ini.

Menurut saudara Shah Nizam, keturunan Raja Embong ni banyak di Rembau dan almarhum juga bersusur galur dari keturunan Raja Melewar tetapi bagaimana perkaitannya, saya kurang pasti.

Setelah almarhum ‘dipecat’ (Mengikut perkataan dalam buku Sejarah) telah dijalankan satu upacara ‘Tutup payung kuning’ di Astana Raja dan dikatakan almarhum pulang ke Pagaruyung.

Well, the truth is he DID NOT return to his birthplace, instead he made his way to Ampangan Negeri Sembilan dan membuka kawasan di sana. Dan saya percaya ini berlaku dalam tahun 1832 ke atas.

Tetapi saya pun tak tahu berapa ramai pengikut-pengikut almarhum sebab mengikut catatan Sejarah, bila Raja Melewar pertama kali datang ke Negeri Sembilan, seramai 3700 pengikut dibawa bersama. Kalau tak silap saya, salah seorang pembantu Almarhum bergelar RAJA KERJAN juga ada turut serta dalam rombongan tersebut.

Wallahu’alam…saya pun kurang pasti kesahihan cerita ini.Almaklum sahajalah, sejarah dah hampir mencecah 200 tahun lamanya…

Dalam 6 tahun sudah saya ada mendapat mimpi dan 2 kali ianya berlaku.Saya bermimpi saya berdiri di halaman Muzium Lama Diraja Seri Menanti dan melihat ke arah tingkat teratas (bilik kecil) muzium tersebut.

Saya tak tau apa makna dan kaitan mimpi tersebut dengan pencarian saya. Dan pernah juga saya dengar cerita rambut sehelai penuh sebatil yang diceritakan oleh makcik saya.Maklumat lanjut tak pula saya ketahui. Cuma apa yang diberitahu, bila dimasukkan sehelai rambut tersebut dan dijampi oleh pawang diraja, maka penuhlah sebatil/sebekas apabila dibuka.

Buat warga keturunan Pagaruyung, teruskan usaha anda mencari dan menelusuri susur galur anda. Berkat usaha dan kesabaran, InsyaAllah pasti berjaya. Mungkin satu hari nanti kita akan bertemu dan berpelukan kegembiraan dapat merapatkan ukhwah dan silaturrahim sesama leluhur.

Salam ukhwah dari saya dan wassalam

Oleh
MiraMarlena

Panglima Kasim

Panglima Kasim,
kuburnya ada di Pulau Tawar.

Rujuk nama
Mangku Imam Kasim bin Tok Panglima Koming

BERKAITAN:
http://lamanpahang.blogspot.com/2012/01/rawa-di-pahang.html?

20140131

D13: krisis yang ditanah arab dan parsi


Kemasukan Islam kedalam tatanegara 
yang tersebut bermula dari krisis 
yang ditanah arab dan parsi, 
yang mana semasa itu 
(fitnah telah meresap dalam takbir kerajaan Islam khalifah). 

Mereka ini telah meninggalkan tanah air mereka 
dan berhijrah 
atau kata lain melarikan diri 
bagi menyelamatkan warisan mereka 
dari dihapuskan. 

Mereka bersembunyi 
dimerata tempat 
diseluruh dunia.

Peraturan Salasilah Balai Jonggo (ISB)

Ikut silah yang di simpan di Balai Janggo/Istana Silinduang bulan peraturannya adalah begini…

- Raja Bakilap Alam/Sultan Alif 1 adalah anak kepada…

- Tuanku Rajo di Buo 3 ( isterinya Puti Reno Suto Dewi ) adalah anak kepada…

- Dewang Sari Megowano Tuanku Rajo Tuo ( isterinya Puti Reno Nalo Nali ) adalah anak kepada…

- Dewang Sari Demowano Tuanku Maharajo Sakti 2 ( isterinya Puti Reno Rani Dewi@Dewi Ranggowani) adalah anak kepada….

- Dewang Pandan Salasiah Banang Raiwano ( isterinya Puti Reno Kumuning Mego@Puti Maharani ) adalah anak kepada…

- Puti Panjang Rambut 2 ( suaminya Hyang Indo Jati dari Sumanik ) adalah anak kepada….

- Dewang Pandan Putowano@Tuanku Maharajo Sati 1 (isterinya Puti Bungsu ) adalah anak kepada….

- Puti Reno Dewi Sanggowani ( suaminya Rajo Dianjung anak Datuk Perpatih Nan Sebatang ) adalah anak kepada….

- Adityawarman(isterinya Puti Jamilah/Puti Reno Jalito)

oleh
mohamedyazman

20140130

Raja Embong / Tengku Embong Negeri Sembilan

Salam kepada semua waris Pagaruyung…Seronok sekali saya membaca cerita anda semua.Memang benar, kebanyakan keturunan yang ada di Malaysia sekarang ni berasal dari Tanah Sumatera dan Tanah Jawa yang kebanyakannya merupakan putera raja yang melarikan diri daripada diburu oleh musuh/penjajah.

Saya juga tak terkecuali dan sehingga kini masih lagi tercari-cari akan salasilah keturunan sebelah ayah saya yang dikhabarkan berasal dari Pagaruyung.

Moyang saya merupakan seorang pemerintah yang dijemput untuk menjadi Yamtuan ke-4 di Negeri Sembilan suatu ketika dahulu dan sesampainya baginda di Malaysia, ada perkhabaran mengatakan bahawa perlantikan telah berlaku.Kecewa dengan berita itu, moyang saya membawa diri ke Ampangan,Negeri Sembilan tinggal sehingga ke akhir hayatnya dan dimakamkan di sana.Malahan almarhum baginda juga merupakan orang yang pertama membuka kawasan penempatan di Ampangan tersebut.

Beberapa tahun lepas, saya mendapat maklumat bahawa nama almarhum moyang saya ada persamaan dengan nama gelaran yang diberi oleh penduduk di Rembau Negeri Sembilan iaitu Raja Embong.Tetapi seluruh kaum keluarga saya mengenali almarhum dengan nama Tengku Embong.
Memandangkan almarhum tidak dapat menaiki takhta, maka satu upacara dinamakan ‘Tutup payung kuning’ diadakan bagi menandakan tamatnya perlantikan pada waktu tersebut.

Makam moyang saya terletak di Sikamat, Seremban dan sebelum ini makam almarhum baginda terletak di seberang jalan bertentangan dengan Masjid Dato Kelana Petra Sendeng di Ampangan, Bukan itu sahaja, malah makam-makam kepunyaan keluarga almarhum (ada 4 buah makam) turut diletakkan di dalam kawasan masjid Dato Kelana Petra Sendeng, Ampangan. Negeri Sembilan.Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan telah memindahkan makam almarhum kira-kira 20 tahun lepas ke Sikamat, Seremban.
Beberapa barang persendirian seperti pending/tali pinggang diraja,keronsang milik almarhumah bonda Tengku Embong masih disimpan rapi oleh ibu saudara saya.

Almarhum baginda dikatakan mempunyai 5 orang adik beradik lelaki kesemuanya dan saya masih lagi mencari akan salasilah yang terputus ini.Tetapi semua usaha saya menemui jalan buntu.Tidak pasti di mana harus saya mulakan pencarian ini.

Lama dahulu (Dalam tahun 60 an) sewaktu arwah atuk saya masih hidup, ayahanda kepada Tuanku Muhriz , Almarhum Tuanku Munawir ada datang beberapa kali hendak berjumpa dengan arwah datuk saya bertanyakan perihal makam Tengku Embong ni. Khabarnya hendak di makamkan dalam kawasan pemakaman diraja istana tetapi ianya disambut dingin oleh arwah datuk saya.Apa sebabnya, saya pun kurang pasti.Sehingga kini pencarian salasilah saya terhenti disebabkan tidak tahu di mana harus saya mulakan pencarian.
Dulu pakcik saya ada pergi melawat ke Istana Lama Seri Menanti dan nama almarhum moyang saya memang tertera di salasilah tersebut.Tetapi tak lama kemudian salasilah itu ditukar dengan yang baru dan saya tak dapat nak jejak nama moyang almarhum sebelumnya.

Disebabkan almarhum moyang saya tidak dilantik menjadi pemerintah, maka almarhum melarang semua keturunannya memakai gelaran Tengku/Raja kerana pada pendapatnya mungkin gelaran ini hanya boleh digunakan oleh pemerintah sahaja.
Maka, gelaran Raja/Tengku telah dibuang dalam keluarga kami.

Ada satu lagi pantang larang di mana kami tidak boleh makan 3 jenis makanan iaitu:

1) Ikan talang

2) Kerbau balau

3) Pisang raja udang

Setakat inilah sahaja maklumat yang boleh saya kongsikan di sini.
InsyaAllah jika panjang umur dapatlah kita bersua kembali.

Tujuan saya cuma satu, ingin merapatkan ukhwah sesama muslim dan dapat kenal mengenali di antara satu keturunan dengan yang lain.Sememangnya Islam itu bersaudara dan saya ingin merapatkan kembali jurang yang terpisah di antara kita.

Jadi jika di antara saudara/saudari yang mempunyai persamaan , diharap dapat menghubungi saya supaya dapat merungkai persoalan yang lama bersarang dalam diri saya ini.

Wassalam.

oleh
MiraMarlena

20140128

Salasilah Sutan Ali dan Sutan Abdullah anak Sutan Abdul Madjid

Sutan Ali dan Sutan Abdullah anak Sutan Abdul Madjid

Saya, Riza Syahran Ganie gelar Sutan Khalifah yang diberikan oleh almh. nenek/oma saya sebelum hendak menikah, ingin menceritakan mengenai silsilah keluarga saya dari garis keturunan ayah dan nenek/oma (ibu ayah) saya keatasnya.

Ayah saya, alm. Amaludin Ganie, adalah anak dari nenek/oma saya, Siti Zubaidah, dalam copy ranji silsilah keluarga (saya mempunyai filenya dalam bentuk jpeg dan pdf, siapa yang berminat dapat mengirimkan alamat email ke saya, rizaganie@yahoo.com, akan saya kirimkan filenya), yang diperbuat oleh Sutan Ali dan diperbaharui oleh M. Joenoes gelar Sutan Bagindo pada tanggal 28 Mei 1952 di Kutaradja, Aceh, disebut dengan nama Siti Zabidah.

Sedangkan nenek saya, Siti Zubaidah atau Siti Zabidah, adalah anak dari Sutan Abdullah mantan Mantri Boom di daerah Meulaboh pada jaman Belanda.

Sutan Abdullah mempunyai anak 5 orang anak (dalam copy ranji silsilah tidak disebutkan nama ister beliau, namun menurut keterangan paman saya, Nusyirwan, ister dari Sutan Abdullah adalah bernama Puti Reno Dewan), yaitu nama anak-anaknya adalah :
1. Sutan Sjamsuddin,
2. Siti Zabidah (nenek/oma saya),
3. Siti Rohani (ibu dari paman saya, Nusyirwan),
4. Siti Raisah,
5. Siti Maimunah, yang kesemuanya saya sebut diatas (termasuk ayah saya) sudah meninggal dunia, kecuali paman saya, Nusyirwan.

Sutan Abdullah adalah anak ke-enam dari 10 bersaudara dari ayahnya yang bernama Tuanku Sulthan Abdul Madjid (yakni Raja ke-9 didalam negeri Pasaman Kehasilan Kalam) dari isteri yang tidak disebutkan namanya dalam copy ranji silsilah (sehingga kami tidak mengetahui nama isternya).

 Adapun nama anak-anak dari Tuanku Sulthan Abdul Madjid adalah sebagai berikut :
1. Si Djawab gelar Saidi Sutan Pension Mantu Kopa, beranak 5 orang, yaitu :
-1. Sutan Sarif Muhammad,
-2.Sutan Marzuki,
-3.Tidak ingat nama, dan
-4.M. Nasir,
-5.Siti Djazah.

2. Siti Mariah, beranak 5 orang, yaitu :
-1.Saidi,
-2.Siti Atikah,
-3.M. Jusuf,
-4.Tiarab, dan
-5.Siti Andun.

3. Alhadji Sutan Mohd. Sjaleh, beranak 6 orang, yaitu:
-1.Siti Kalsum,
-2.Mohamad,
-3.Hawiah,
-4.A. Malik,
-5.Djaimah, dan
-6.Zabidi.

4. Sutan Ali, beranak 5 orang, yaitu :
-1. Siti Absah,
-2. Sutan Sjarif,
-3. Sutan Mohd. Nur,
-4. St. M. Jahja, dan
-5. Siti Rapiah.

5. Siti Djariah, mati waktu kecil.

6. Sutan Abdullah, beranak 5 orang, yaitu :
-1.Sutan Sjamsuddin,
-2.Siti Zabidah (Siti Zubaidah),
-3.Siti Rohani,
-4.Siti Raisah, dan
-5.Siti Maimunah.

7. Siti Madinah, beranak 2 orang, yaitu :
-1.Sutan M. Jasin, dan
-2.Sutan Husin.

8. Siti Raimah, beranak 4 orang, yaitu :
-1. Umi,
-2.M. Saleh,
-3.M. Sarai, dan
-4.Bachtiar.

9. Sutan Aminuddin, beranak 8 orang, yaitu :
-1. Nurela,
-2. Saleha,
-3. M. Junus,
- 4. M. Idir,
-5. M. Husin,
-6.Fatimah,
-7.Djuri, dan
-8.Sutan Mansur.

10.Siti Maredjan, beranak 6 orang, yaitu :
-1. Siti Ramah,
-2. Siah,
-3. Siti Zabidah,
-4. Siti Rawi,
-5. Achmad,
-6. Siti Nurima.

Berdasarkan cerita Unyang (bapaknya nenek) saya, Sutan Abdullah, yang diceritakan kembali oleh paman saya, Nusyirwan, pada waktu Kerajaan Pasaman Kehasilan Kalam menyerah pada Belanda (VOC), yang tidak disebutkan tahunnya,

Maka Sutan Ali dan Sutan Abdullah pindah keluar dari Pasaman, mereka berdua ke Negeri Aceh yang pada waktu itu masih berperang melawan Belanda (VOC) dibawah pimpinan Teuku Umar.

Sutan Ali akhirnya menjadi tangan kanan (kepercayaan) Teuku Umar, namun pada saat Teuku Umar menyerah yang pertama kali kepada Belanda, Sutan Ali pindah lagi ke Negeri Sembilan (atau Djohor, paman saya lupa ceritanya) dan disanalah anak keturunan Sutan Ali beranak pinak.

Sedangkan Sutan Abdullah tetap di Aceh, malahan pada waktu Teuku Umar berperang kembali melawan Belanda (VOC), Sutan Abdullah menggantikan posisi Sutan Ali sebagai tangan kanan (kepercayaan) Teuku Umar, sampai akhirnya Teuku Umar menyerah kembali pada Belanda (VOC).

Pada akhirnya, Sutan Abdullah diangkat Belanda (VOC) menjadi Mantri Boom di Meulaboh dan kemudian akhirnya dipindah ke Langsa.menjadi Mantri Candu sampai pensiunnya.

Demikianlah sekilas cerita mengenai asal keturunan saya, dari ayahnya nenek/oma saya atau kami panggil Unyang, alm. Sutan Abdullah.

Semua keturunan Sutan Abdullah menetap di Aceh, Meulaboh dan Langsa, dimana Langsa adalah kota kelahiran alm. ayah saya.

Sedangkan keturunan yang lainnya (anak ke-1 s/d ke-3, anak ke-5 dan anak ke-7 s/d ke-10, yakni saudara kandung dari Sutan Ali dan Sutan Abdullah) dari Tuanku Sulthan Abdul Madjid, selain Sutan Ali (anak ke-4) dan Sutan Abdullah (anak ke-6), menetap di daerah Talu, Sumatera Barat. Pusat Kerajaan Pasaman Kehasilan Kalam adalah di Parit Batu, dengan urutan radja-radja didalam negeri Pasaman Kehasilan Kalam (berdasarkan copy ranji silsilah) adalah sebagai berikut :

1. Paduka Seri Sulthan Seri Radja di Radja Alam Sjah.
2. Paduka Maharadja di Radja Alam Sjah…..bersaudara dengan Puteri Intan Djohor.
3. Paduka Radja di Radja Alam.
4. Radja Nan Garang.
5. Paduka Radja Nan Tjerdik.
6. Jang Dipertuan Sakit Kaki.
7. Paduka Jang Dipertuan Radja Lembang Alam.
8. Tuanku Muda.
9. Tuanku Sulthan Abdul Madjid.
10. Paduka Daulat Jang Dipertuan Mohd. Ali Hanafiah.
11. Paduka Jang Dipertuan didalam Negeri Pasaman Mohd. Siam, raja yang penghabisan, cucu dari Tuanku Sulthan Abdul Madjid.

Puteri Lindungan Bulan

puti lindung bulan adalah putri dari puti reno bulan suaminya orang minangkabau suku melayu.

ayah puti lindung bulan difitnah berselingkuh dengan siti badiah istri dari sutan tangkal yang pertama.

tetapi orang tidak tahu kejadian yg sbenarnya.

ayah puti lindung bulan menyelamatkan sutan mangun tuah 5tahun adknya sutan oyong 2, 5tahun ingin dibunuh tuan panitehan dan yan tuan garang. bagi mereka hanya ada 1 sutan mangun tuah yaitu sutan mangun tuah panitehan yg diharapkan menjadi raja suatu hari nanti.

ayah puti lindung bulan dibunuh oleh tuan angek garang musuh berbuyutan sebelumnya ayah puti lindung bulan diracuni pelemah otot dan tulang”, sehingga dgn mudah angek garang membunuh ayah puti lindung bulan.

ibu puti lindung bulan tak lain puti reno bulan ditawan tapi berhasil dibebaskan oleh putranya rambun pamenan dgn tongkat datuk lara capa (harimau putih). puti reno bulan melarikan diri ke jawa kemudian diikuti putrinya puti lindung bulan. jadi istana puti lindung bulan kosong, lalu diambil alih keluarga panitehan.

oleh:
Tuanku Putri Bandari Puti Reno Desma

20140127

Berikut adalah maklumat yang diterima oleh Laman Pahang. Harap ada pihak yang dapat membantu.
----------
Saya
Rahmat bin Abdullah bin Awang Kechik@Malek bin Mohamad,

Emak saya
Ameyah binti Haji Daud,
Saberiah binti Haji Daud adik kepade emak saya

Daud bin Salleh @ Haji Daud bin Mat Salleh,

Dari cerita emak saya Saudara saya
Moyang saya Mat Salleh mula membuat rumah di sebuah Kuala sungai..Sungai Lebam..seberang Sungai Pahang dari Kampung Salong..dapa tahun 1888@1818 saya pun tak ingat dah cerita emak saudara saya

Toki saya dikenali dengan gelaran Orang Kaya Haji Daud.
tambahan.seorng
pawang tanah
pawang buaya...

Rumah yang ada di Sungai Lebam dipagil rumah besar..(Mukin Penyor).
Menjadi tempat persinggahan orang sebelah hulu bermalam.

Sbelum sampai ke pekan..dalam tahun 1940 1980
Haji Daud ada miliki sebuah bot@tokang yg besar..boleh memuatkan 4 keluarga semasa banjir besar tahun 1971..
Bot itu dipanggil Cantik Manis.

Untuk pertanyaan @ info 0199725447

----------