KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

PERTAMA Kaedah kajian adalah : Peluasan Epistemologi Pemikiran (Tajdid) dan Analisis Sosiohistoris (sejarah kemasyarakatan) dalam meneliti terjemahan Al-Quran Secara Kritis serta Analitis; satu Tugasan Ilmiah bagi Memahami Kelompok Ayat Yang Jelas (Muhkam) dan Yang Samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki.

20170329

Pantun: Bintang Tujuh Tinggal Enam

Bintang tujuh tinggal enam,
Jatuh sebiji di Majapahit,
Hilang sepuh tinggal senam,
Baru kutahu emas tak baik
[mykedah2]

Tujuh bintang tinggal enam
Satu Jatuh di Majapahit
Tubuh saya terasa demam
Sirih saya makan pahit

Kalau bertemu dia barulah kembali baik
[academia.edu]

Bintang tujuh tinggal enam
Jatuh sebiji di Majapahit
Anak kutuk anak jahanam
Keling disangka Tuan Said
[kompasiana]

Bintang tujuh tinggal enam
Jatuh sebiji di Majapahit
Hilang sepuh tinggal senam
Baharu kutahu emas tak baik
[malaycivilization.ukm.my]

Bintang tujuh tinggal enam
Jatuh sebiji di Majapahit
Hilang sepuh nampak senam
Baharu tahu tak baik
[cafedaum]

2 comments:

Anonymous said...

salam,

untuk makluman sahaja.

bintang tujuh tinggal enam yang kami bentangkan adalah kilaf dari dalam al quraan. berceritakan usul fekah. cuma di bentuk dalam rangkap pantun adat.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias pantunnya;[bintang tujuh tinggal enam].


pantun itu;ke empat-empat baris rangkapnya adalah kias,dan keempat-empat barisnya rangkap itu adalah jawapan.[dalam adat dan adab].

dan kami bukannya mengajak main berbalas pantun, kami nak kan jawapan nya kepada keempat-empat baris rangkap itu.[dalam fekah dan ilmu].

apa jawapannya?[maka jawapannya ada dalam al quraan].