KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah:
PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.
1 comment:
salam, tuan.
abdul kudus bin awang [awang bin ujang],simpang pelangai.
[matan penghulu mukim simpang pelangai];
maaf,kami hanya boleh membentangkan sebahagian dari susurnya sahaja.
yang lainnya perlu kami tutup,sebagai menjaga tertip dari pemegang amanah.
dari awang bin ujang,masih ada empat nama sebelum sampai kepada nama putera badrul,yang bermastautin@bermukim dijohor.
ayah putera badrul datang dari luar johor dan ibunya asal dari johor.[maaf nama tidak dapat dibentangkan]
ayahnya+ibunya.
^
putera badrul + bininya.
^
tiga lelaki dan seorang perempuan[empat beradik seibu seayah]
^
[1]
^
[2]
^
[3]
^
[4]
^
awang bin ujang.
putera badrul mempunyai adik beradik seibu berlainan ayah.[ayah putera badrul mati sebelum putera badrul lahir lagi].[ibunya berkhawin lain kali kedua].
maka hati-hati dalam penyusunan susur waris yang tersebut,jangan sampai tersalah susun jalur kepada orang lain.
yang lainnya tuan kena usahakan dengan sendiri.
Post a Comment