-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120605

15c Koming Mertua dan Koming Menantu Versi 3

Cerita 15c
Koming Mertua dan Koming Menantu (seorang imam dan seorang panglima)

Versi 3
dilain hari pula mertua mengajak menantu pergi ke sungai ,menjala ikan (siang atau malam tidak diketahui). Mertua memegang jala dihaluan dan menantu mengemudi diburitan perahu. Maka mertuapun menebar akan jalanya itu disatu kawasan lubuk yang dalam lalu tersangkut jalanya pada lantai lubuk dik kayu atau batu.

Ditanggalkan tali gelang jala daripada tangannya dan diberikan pada menantu sambil berkata “nah ambik dan pegangkuat-kuat tali ni, aku nak selam jala ni”(dia tak nak jalanya rabak kalau disentak dari atas).menantu yang mengambil tali itu hanya menganguk-anggauk sahaja. Terjunlah mertua kedalam lubuk untuk menguraikan(menanggalkan) jalanya,selepas menunggu lama tak timbul-timbul, menantu yang berada diatas perahu tadi dengan selambanya telah mengikat tali jala pada dahan kayu ditepi lubuk sambil berlalu balik kerumah (tuan dan puan fikir-fikirlah sendiri).

Mertua yang ditinggalkan dilubuk tadi berjalan balik kerumah sambil mencebet ikan dan jala nya dan sesampainya dia dirumah dilihatnya menantu sedang berihat diatas pelantar rumah dan mertua hanya senyum sengeh sahaja kepada menantu tanpa digaduhkan apa-apa pun.

No comments: