INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20130302

J1 ISKANDAR ZULKAINAI

assalamualaikum...tuan dan semua penyusur waris ,
saya waris dari temerloh...mohon kebenaran bercakap sikit dan tatap dengan akal yang waras dan hati terbuka...inshaallah

selawat serta salam atas jujungan nabi muhammad saw keluarga serta sahabat dan semua ahli bait juga waris dan semenda.

bismilahirohmanirohim...
maka zaman-berzaman berubah dan masa berlalu, pemerintahan bertukar tangan silih berganti dari satu kepada banyak dan kembali semula menjadi satu puak berkumpul merekaditanah jawi [melayu], adapun waris semenda kepada waris dandimasiki arab membawa islam lalu bersemenda menjadi waris jua.

dari hamba allah bernama iskandar zulkainai bersusur ganti waris keturunan, telah beribu tahun berlalu, dan agama tauhid ia sampai, bertukar ganti sarung alasnya kembali semula kepada tauhid nabi akhir zaman yang dibawa oleh muhammad rasulullah saw melalui pewarisnya ahli bait.

waris bertiga beradik anak maharaja bukit seguntang ini telah lama berzaman berpecah walau dimasuki sinar islam pun mereka masih tidak boleh bersatu sehingga darah dihirup dik penjarah kristian.

sekarang ini mereka masih lagi nak bertelingkah walaupun umur bumi telah hampir akan hayatnya.

waris kepada tiga beradik ini telah ramai berada ditanah jawi, mereka bercampur-gaul sesama dan bersemenda tindan-menindan dan semuanya menjadi ahli waris tanah jawi,dan sepatutnya tiada bersuku puak dan asal mereka dari merata pelosok dunia melayu, tanah arab dan selainnya.

sepatutnya ISLAM menjadi arah dan pedoman untuk bersatu dan menyatukan ketiga susur keturunan dari seorang yang bergelar maharaja suatu masa dulu yang asalnya dikatakan berketurunan dari hamba ALLAH yang bernama ISKANDAR ZULKAINAI.

kedatangan mereka ini kerana menyelamatkan tauhid islam dan zuriat dari pupus. mereka bersembunyi didalam hutan untuk beribadah tetapi ada dikalangan cucu-cicit mereka, ada yang menyalah gunakan ilmu-ilmu yang tersebut untuk dunia semata-mata. kisaran tersebut semakin jauh dan hampir-hampir terkeluar dari landasan putaran sebenar.

dengan itu persoalan dan maksud yang tersuruk ini dibawa untuk dibentangkan kehadapan tuan dan waris-waris penyusur tanah jawi bagi penelitian dan tatapan sebagai ahli waris.

buat semua yang saya hormati.

sudah terlalu lama dan banyak kata kasar dan tidak disenangi yang telah kita hamburkan dikalangan kita-kita sendiri (sebagai ahli waris) dalam bentuk ungkapan kesat yang tidak diketahui akan benar dan salahnya kisah dan riwayat. ungkapan yang tidak diketahui maksud dan hujung pangkal itu menjadi satu fitnah yang amat berat. kita ada pedoman dan jalan hidup sebagai seorang ISLAM.

mari kita bersama-sama melepaskan sesuatu yang selama ini tersembunyi didalam diri, ianya adalah dendam. buang ia jauh-jauh dari diri dan hati kita. tuan yang berkrisis itu telah lama meninggalkan kita dan kita ini hanyalah waris-waris dari kalangan mereka.

bacakan mereka AL-FATIHAH atas mereka dan bukannya mengkeji, kerana itu telah menjadi urusan ALLAH. kita hanya boleh berdoa dan berharap yang mereka semua tidak dipanggil dan dicop sebagai penderhaka oleh Allah Ta'ala...
walaupun perit untuk menerimanya, jadikan Islam sebagai panduan hidup utama dan adat sebagai pengiringnya...waallahualam.............asaalamualaikum...

Thu 15-Mar-2012 15:15

No comments: