assalamualaikum...
tuan,
selawat serta salam atas nabi jujungan kita dan salam untuk keluarganya serta sahabatnya dan tabi'i serta muslimin dan muslimat sekalian.
terima kasih atas teguran tuan.
saya akui, masih kurang jelas akan duduk perkara yang tersebut.
saya akan bawakan dan dapatkan perincian dari ayah long. dan bincangkan dengan beberapa ahli di Pahang ini. kerana saya masih tidak dapat mengumpulkan pemegang amanah yang masih menyuruk dikalangan ahli bait.
kemungkinan kita membicangkan perkara yang sama tetapi berlainan arah. saya lebih menjurus kepada, melepaskan perkara yang ahli waris dan semenda tidak tahu yang mereka telah langgar hukum.
berikutan perkara berbangkit;...
tanah kubur pada tahun 1600 (adalah tanah wakaf) dan diduduki oleh orang(waris) dengan kebenaran tetapi selepas 1948, tanah kubur ini telah menjadi hak milik anak kepada orang yang menduduki, dan selepas kematiannya, cucu dan cicit serta warisnya mendapat pesaka( dari tanah menurut undang-undang selepas 1948) berkenaan duduk perkara wakaf tanah kubur yang sekian lama telah atau dilupakan. dan sekiranya waris mereka menjual tanah tersebut, jual beli itu tidak sah dari hukum syarak. kejadian ini berlaku di Pahang depan mata.
yang mana selepas perjanjian 1948 semua tanah menjadi hak kerajaan negeri termasuklah tanah wakaf dan tanah kubur (itu menurut undang-undang dan dianggap tanah kosong dan boleh dipohon) tetapi saya cuba menjalaskan kedudukan dari segi hukum. dan mereka yang tidak mahu ambil tahu telah terlibat secara tidak langsung melanggar hukum islam.
tanah wakaf (tanah kubur atau wakaf lain yang ) tetap menjadi wakaf sampai bila-bila dan tidak boleh dihak milikkan.
wallahualam ..
inshallah bersambung dengan izin dalam muzakarah perkara ...
assalamualaikum.
Thu 5-Apr-2012 06:10
No comments:
Post a Comment