KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20130324

J22 hukum pesaka kepada anak yatim

assalamualaikum... tuan,
neguai.

hukum pesaka kepada anak yatim...wajib di tunaikan (dikembalikannya hak miliknya oleh pemengang amanah atau pemerintah walaupun dah beribu tahun)

jika diketahui dan
jika tidak diketahui

pesaka itu
tidak boleh digunakan,
tidak boleh dipinjamkan. dan
jika harta itu digunakan (diperniagakan), keuntungan dari perniagaan nya adalah menjadi hak sianak yatim.

hak sipemegang amanah adalah sekadar upah untuk menampong rezeki hidupnya sahaja. dan tugasnya mencari mengesahkan dan menjalankan penyerahkan pesaka berserta keuntungannya sekali kepada anak yatim dan pewarisnya.

jika penyerahan itu tidak tunaikan (dijalankan) diatas muka bumi ini (sekarang ini). hak pesaka itu akan dijalankan diakhirat. tiada pengkecualian atas manusia (pemegang amanah)... rujuk bab pesaka dan hak wajib anak yatim islam.

rujuk cerita dan tafsiran dari pertemuan nabi musa dan nabi khadir;

1] nabi khadir menokek/merosakkan kapal yang ditumpanginya bagi mengelak dirampas oleh raja yang zalim. kerana yang elok disangka semuanya haknya.

2] memenggal budak yang bila besarnya akan menyebabkan ia mendahaka kepada kedua ibubapanya. dan allah akan menggantikan dari anak dan zuriat yang lebih baik dari sebelumnya.

3] membina/memulihkan rumah yang telah runtuh, yang mana dibawah rumah itu tersimpan harta anak yatim, pemilik rumah tersebut.

inshaallah...bersambung...wallahualam...asslamualaikum.    

Fri 30-Mar-2012 00:25

No comments: