-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20130312

Kedai Makan Tok Empat Abdul Rahman Di Sungai Lembing

pada hari ini kami berpeluang menikmati makan tengahari di Kedai makan Tok Empat Abdul Rahman di depan Muzium Sungai Lembing. Kedai Tok Empat Dul ini sering menjadi kunjungan pelbagai tokoh-tokoh yang datang dari dalm dan luar Kuantan.
 01. Ada ikan goreng dan ikan masin.

Dalam kedai ini dihiasi dengan gambar-gambar hitam putih Lombong Sungai Lembing. Sambil menungu hidangan sampai kita boleh melihat sepintal lalu gambaran kehidupan pekerja Lombong Sungai Lembing.
 02. Ada gulai labu dan sambal belacan.

Kedai makan Tok Empat Dul ini berhadapan dengan Muzium Sungai Lembing dan simpang masuk ke lombong Sumgai Lembing. Dibelakang kedai ini adalah Perpustakaan Desa Sungai Lembing dan Pejabat Penghulu Sungai Lembing.
03. Ada ayam masak merah dan goreng kacang panjang campur hati.

Kata Tok Empat Dul, ada beberapa versi cerita asal usul nama Sungai Lembing.
1. Seorang Cina yang bernama Lem Bing
2. Seekor rusa/kijang yang telah ditikam dengan lembing dijumpai/ditinggalkan oleh orang asli.
3. Tok Tangguk jumpa sebatang lembing di dalam Sungai Lembing.
4. Terdapat satu sungai atau anak sungai yang mana airnya mengalir dengan deras macam lembing.

Tok Empat Dul lebih cenderung untuk menggunakan cerita nombor 4.

Saya pula pernah mendengar cerita nombor 3. Tetapi ceritanya lebih lengkap, panjang dan bukan setakat itu. Cerita yang saya dengar adalah dari Pak Wea Nordin Lubuk Kawah. Ianya dikatakan bermula dengan cerita sesorang yang bernama Zainal Abidin yang mempunyai 4 isteri. Salah seorang isterinya melahirkan keturunan Tok Tangguk. Tok Tangguk ini telah menempuh macam-macam perkara dan berakhir di Sungai Lembing.  Lembing tersebut adalah lembing Tok Tangguk yang dipacakkan di dalam sungai Lembing sebelum dia menghilangkan diri.

Selain itu, ada yang mengatakan dalam pembacaan dalam blog dan buku sejarah Pahang,nama Tok Tangguk telah dihilangkan. Tiada waris keturunannya yang terlibat dalam Perang Saudara di Pahang.. Nama Tok Tangguk dan Tok Parit dikatakan sangat hebat di zaman Bendahara Ali. Tok Parit mendapat nama kerana tidak lut dipahat lanun manakala Tok Tangguk pula kerana dia menanguk peluru yg ditembak

Cuma dari mana datangnya Tok Tangguk dan Tok Parit ini sebenarnya? Tok Parit adalah anak kepada Tok Kota. Tok Tangguk adalah adik-beradik Tok Kota. Kebanyakan orang Sungai Lembing hanya pernah mendengar nama Tok Tangguk sahaja. Sehingga kini pihak kami belum berjumpa dengan orang tua Sungai lembing yang benar-benar tahu tentang Tok Tangguk.

Manakala Tok Sindang pula adalah adik beradik Tok Tanggok Manakala Tok Tangguk pula ayah Tok Gajah. Dan lagi Mahira pula adalah sepupu tok gajah.

Mungkin ada antara ketrurnan orang-orang tersebut masih menyorok dan takut nak bercerita kerana bimbang .......

1 comment:

Anonymous said...

Assalam. Sy ada terbaca blog yg mengatakan mat kilau tu keturunan asalnya dr pagaruyung. Juga disebut nama tok sidang. Mahira dan lain2. Bukn itu masalahnya. Yg sy musykil apa yg disembunyikn sebenarnya??takut apa??