Kereta ini adalah milik Cikgu Ramli yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Maran pada masa sesi penerangan tersebut. Kalau sesiapa yang berminat dengan kereta Volkswagen lama milik Cikgu Ramli ini boleh mencari beliau di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
01.
Pada tahun 1931, Ferdinand Porsche dan Zundapp membangunkan "Auto fur
Jedermann" (kereta untuk semua orang) dan itulah pertama kali nama
Volkswagen digunakan.
02.
Porsche lebih gemar menggunakan enjin 4 silinder rata sejukan udara,
tetapi Zundapp menggunakan enjin jejari 5 silinder sejukan cecair.
03. Pada tahun 1932 tiga prototaip telah berjaya diuji
1. Kesemua kereta tersebut telah hilang semasa perang; yang terakhir telah hilang pada tahun 1945 di Stuttgart semasa serangan bom.
1. Kesemua kereta tersebut telah hilang semasa perang; yang terakhir telah hilang pada tahun 1945 di Stuttgart semasa serangan bom.
04.
Pada tahun 1933, Adolf Hitler menghantar lakaran kepada Ferdinand
Porsche bagi cadangan model "Volks-Wagen" ("Kereta Rakyat"). Ianya
arahan membina kereta asas yang boleh digunakan untuk membawa dua orang
dewasa dan tiga orang kanak-kanak pada kelajuan 100 km/j (62bsj).
05.
Kereta Rakyat tersebut boleh dimiliki oleh rakyat Jerman Nazi dengan
menyertai skim simpanan khas. Harga serendah 990 mark iaitu hampir sama
dengan harga sebuah motosikal. Pendapatan purata rakyat Jerman adalah
DM32 seminggu.
06.
Volkswagen Type 1, lebih dikenali sebagai Beetle atau Bug, adalah model
kereta ekonomi yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Jerman Volkswagen
dari tahun 1938 sehingga 2003.
07.
Nama "Beetle" dan "Bug" diterima ramai dalam masa yang singkat, hanya
pada bulan Ogos 1967 barulah Volkswagen menggunakan nama Beetle untuk
pasaran Amerika Syarikat.
08.
Di Britain, Volkswagen tidak pernah menggunakan nama Beetle secara
rasmi. Sebelum ini ia dikenali sama ada "Type I" ataupun 1200cc, 1300cc
atau 1500cc. ini adalah nama yang digunakan di dalam pasaran Eropah.
09.
Pada tahun 1998, selepas model asal sudah lama dihentikan
pengeluarannya bagi sebahagian besar pasaran dunia (tetapi masih
dikeluarkan di Mexico sehingga tahun 2003). Volkswagen memperkenalkan
model "New Beetle" yang dibina berasaskan platform Volkswagen Golf.
10.
VW Beetle dikenali dengan pelbagai nama di kebanyakan negara, biasanya merujuk kepada perkataan "kumbang" (beetle). Antaranya:
Agroga katak di Iraq
Bagge kumbang di Sweden
Bhamba datya di Zimbabwe
Bjalla di Iceland
Boble buih di Norway
Boblen buih di Denmark
Bogár kumbang di Hungary.
Broasca katak kecil di Romania
Brouk di Czech Republic
Buba di Croatia
Carocha di Portugal
Catch Fire di Nigeria
Cepillo Berus di Republik Dominika
Chrobák di Slovakia
Coccinelle kumbang di Haiti
Coccinelle kumbang di Perancis
Coccinelle atau ladybird di Belgium
con bo di Vietnam
Cucaracha di Guatemala.
Cucarachita lipas kecil di Honduras.
Cucarron di Colombia.
Escarabajo kumbang di Paraguay
Escarabajo kumbang di Sepanyol dan Amerika Latin
Escarabajo di Ecuador
Escarabajo di Venezuela.
Escarabat kumbang di Catalan
Folcika di Bosnia-Herzegovina
Foxi atau Foxy di Pakistan
Fusquinha Di selatan Brazil
Fusca atau Fuscão di Brazil
Garbus bongkok di Poland
Hipushit kumbang di Israel
Hrošč in Slovenia
Ji Ké Chóng kumbang di China
Jin-guei che di Taiwan
Kabuto-mushi kumbang badak di Japan
Käfer di Jerman
Kaplumbağa kura-kura di Turki.
Kever di Belanda
khon-fesa di Mesir
Kifuu di Kenya
Kobe di Tanzania
Kodok di Indonesia
Kostenurka kura-kura di Bulgaria
kotseng kuba kereta bongkok di Filipina
Kuplavolkkari buih di Finland
Kura di Malaysia
Maggiolino di Italy
Mgongo wa Chura Belakang Katak di Swahili
Moncho atau Escarabajo di Chile
Peta kura-kura di Bolivia
Põrnikas kumbang di Estonia
Rod Tao kura-kura di Thailand
Scathari di Yunani
Scoro-Scoro di Namibia
Pulguita kutu di Mexico
Vabalas di Lithuania
Vabole di Latvia
Volks Beetle ibba (kura-kura) di Sri Lanka
Volkswagen Bug
Volkswagen Sedan
Volky in Puerto Rico
Volla di Afrika Selatan
Weevil di Canada
3 comments:
nak tanya, tahu tak berapa rate harga kereta ni skang eak?
Kalao nengok no plet, harganya adalah
RM24,660.
Tengok keadaan kereta dan tuan nak lepas harga berapa
Post a Comment