KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20130321

J19 Tugas memberi ingatan dan amaran

assalamualaikum ...tuan,
neguai.

inshaallah...inshaallah...inshaallah...yang baik datangnya daripada allah jua. moga ditunjuki hidayah atas kita-kita sekalian dari anak cucu adam as.

berperang menentang iblis itu adalah mutlak bagi umat manusia semenjak dari nabi adam as lagi, khasnya bagi umat islam dan seiring dengannya,

memperjelaskan serta memberi ingatan dan amaran kepada mereka yang dengan sengaja buat-buat lupa dan tak tahu.

kepada mereka yang lupa dan tak nak tahu duduk perkara perlu dijalankan dan diteruskan kerana kita juga akan dipersoalkan diatas pertanggungjawaban itu.

walau pun bergerak perlahan dan memakan masa yang lama,tapi kewajipan ini tetap akan berterusan (mesti dijalankan tidak boleh tidak),selagi hayat dikandung badan...dan selagi bumi ini masih zahir...

inshaalah...wallahuallam... assalamualaikum.

Wed 28-Mar-2012 01:00

No comments: