KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20130326

J24 pusaka amanah dan pusaka mutlak

assalamualaikum..tuan,
neguai.

hanya kepada jauhari yang mengenal manikam.
kerana dia yang tahu duduk nya perkara.

dalam bab hukum, jelas letaknya
dalam bab adat, saya tak berilmu

sedikit yang saya inginkan pengesahan...
adat itu amanah atau mutlak.

sekiranya amanah, mereka betul.
sekiranya mutlak, mereka perlu rujuk kepada piagam madinah.(al-quran dan al-hadis)

yang perlu diperjelaskan,
yang mana pusaka amanah dan
yang mana pusaka mutlak

kerana yang amanah dibolehkan, digunakan(hasilnya boleh diambil dengan kebenaran) tetapi tidak boleh dimiliki( teras hak pusakanya)
harap maaf,

jika ini telah melanggar tata adat bercakap...
yang baik itu dari Allah jua dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri...

hanya Allah yang maha pengampun dan maha penyang. kepadaNYAlah tempat memohon. moga diampunkan segala yang tersilap.

wallahualam...inshaallah...    

Sun 1-Apr-2012 04:16

No comments: