-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20130309

J7 Dari cacatan Buku Buyong Adil

Turun Luak Johol meliputi Inas, Gemencheh, air Kuning dan Gemas, dibawah Pemerintahan Nenek Kerbau, setiap ketua bergelar Bathin dan pembantunya bergelar Jenang. Nenek Kerbau adalah Pemerintah Perempuan bagi Jajahan Luak Johol.

kedatangan orang pagar ruyong Dato Melengkar Alam dan isterinya bernama Tok Koyan menetap di Pasir Besar dan menamakan anak mereka JOHOL, Johol dikatakan berkahwin dengan Nenek Kerbau dan mempunyai seorang anak perempuan dinamakan PUTERI KUNUN, dengan memerintah kawasan Seri Menanti, Jempul Hulu Muar dengan dibantu oleh Dato Johol.

Kehadiran Bendahara Sekudai ke Johol membawa kepada perkhawinan Bendahara Sekudi dengan Puteri Kunun (memelok Islam dengan nama Siti Hawa )

Kesukaan Puteri Kunun bersiar-siar dikaki gunung maka Dato Johol mengelarnya  JOHAN LELA PERKASA SITIAWAN dan kemudian nya mengelarkan diri DATO JOHAN LELA PERKASA SITIAWAN,

Dato Undang Johol yang pertama, apabila mangkat ianya diganti oleh Dato Rambut Panjang juga seorang perempuan, kemudian selepas mangkat Dato Rambut Panjang jawatan itu di ganti oleh perempuan juga Dato Puteri Siti Awan II,

Berikut adalah senarai Dato Undang Luak Johol sepertimana yang tercatit didalam buku catitan Buyong Adil.
1.Dato Puteri Siti Awan (perempuan)
2.Dato Rambut Panjang (perempuan)
3.Dato Puteri Siti Awan II (perempuan)
4.Dato Rambutan Jantan (lelaki)
5.Dato Nuri (lelaki)
6.Dato Abu Bakar Gubah ( Tok Buncit )
7.Dato Wan Eto Rubah ( Datuk Saeto)
8.Dato Wan Omar bin Wan Hasan
9.Dato Kamat bin Haji Sulaiman
10.Dato Abdul Manaf bin Tolok
11.Dato Haji Abdul Majid bin Abdul Wahid

setakat ini cacatan yang terdapat didalam buku Buyong Adil, untuk mengetahui Dato Undang Luak Johol, bagi waris waris Dato Undang Luak Johol boleh berhubung terus dengan Dato Dato Lembaga disana mengikut kerapatan adat disana.

Wassallamuaallaikum wrwt.    

Sun 18-Mar-2012 10:12
Posted by:Tengku Arian Kirana

1 comment:

Syed Nizam Syed Omar said...

http://nizamullah.blogspot.my/2016/04/sejarah-pahang-buyong-adil.html